Wagyu Gaya Cef Nik Michael Imran: Tip Penyediaan Stik

Daging Wagyu diminati ramai kerana tekstur dagingnya yang empuk dengan lapisan lemak dan daging seakan-akan batu marmar. Bagi para peminat stik, daging wagyu bukan sekadar potongan daging biasa, ya. Sebaliknya, daging wagyu dilihat sebagai suatu yang jauh lebih berharga (dan enak) daripada intan pertama di mata mereka. Perbandingan ini bukanlah suatu hiperbola kerana gred daging Wagyu paling rendah pun masih boleh mencecah ratusan ringgit.

Rakyat Malaysia tidak memilih. Letaklah daging apa pun di depan mereka, baik daging tempatan, daging India ataupun daging Wagyu sekalipun, mereka akan tetap makannya. Janji sedap. Tapi, kalau begitu, takkanlah daging Wagyu menjadi dambaan ramai di seluruh dunia? Untuk lebih mengenali keunikan dan keistimewaan daging Wagyu, kita perlu kembali ke asas dahulu.

Apa itu Daging Wagyu?

Daging berlemak yang mencair di mulut

Dalam bahasa Jepun, ‘Wagyu’ ialah panggilan atau nama yang diberi kepada lembu tempatan yang diternak di Jepun. Berbanding lembu-lembu yang diternak khas untuk dagingnya di negara lain, lembu Wagyu mempunyi kuantiti lemak intraotot tertinggi. Maksudnya, tekstur daging Wagyu kurang liat dan berurat seperti daging-daging lain. Oleh sebab itu, ramai yang menjadi peminat daging Wagyu dek dagingnya yang mencair bak mentega di mulut selepas pertama kali menikmatinya! Jadi, memang tidak menghairankanlah bahawa daging Wagyu adalah salah satu daging termahal di pasaran. Kalau anda teringin nak merasai sendiri keenakan daging Wagyu, dapatkanlah bahagian mata rusuk.

Memilih potongan daging yang terbaik boleh menjadi suatu yang mencabar bagi pembeli kali pertama kerana terdapat pelbagai potongan dan gred daging berbeza untuk dipilih. Anda boleh mencari pelbagai panduan yang mengajar anda cara-cara untuk memilih potongan daging terbaik bersesuaian dengan bajet anda tetapi tiada yang semudah dan seringkas 3 tip Daging Wagyu Cef Nik, cef selebriti dan pengarah kulinari Butterkicap sendiri,

3 Tip Cef Nik Apabila Memasak Stik

Chef Nik Michael penggemar sajian stik dan bagi beliau, penyediaan stik tidak sepatutnya merumitkan atau memeningkan. Menurut Cef Nik, terdapat tiga kriteria penting yang perlu dipenuhi dalam penyediaan stik:

a) kerak dipanggang yang rangup dan berwarna perang.,
b) pastikan daging berjus dan lembap. Daging dapat dimasak begini apabila bahagian dalam daging dipanaskan secara perlahan-lahan dengan kerap membalik-balikannya,
c) tahap masakan stik yang optimum ialah sederhana masak (atau semasak yang boleh, menurut citarasa anda).

Untuk menepati ketiga-tiga kriteria di atas, anda hanya perlu mengikuti tip-tip ini sahaja.

1.Pilih potongan daging yang bersesuaian

Kuiz kilat – Anda boleh bezakan antara potongan gred A5 dan F1?

Tahukah anda, setiap potongan daging digred? Ya, bukan manusia saja kena duduki peperiksaan, lembu pun kena juga! Melainkan anda merancang untuk menjadi seorang cef, kebanyakan daripada kita takkan memahami sebab potongan ini digred dan kepentingannya. Kalau kita cuba juga untuk menghafal panduan pengredan daging ini sekalipun, kita hanya akan menjadi lebih keliru nanti. Jadi, kenapa nak susah-susah pening kepala? Beli sahaja potongan daging Wagyu terbaik pada harga yang cukup-cukup berbaloi dengan AAH Nippon.

Menurut Cef Nik, tiada satu potongan daging terbaik yang dicadangkan untuk semua tetapi jika anda ingin mendapatkan potongan daging pilihan profesional, anda disarankan untuk mendapatkan potongan daging gred A5. Tapi, ini cumalah satu cadangan sahaja. Jika anda sukakan potongan daging yang lain sekalipun, itu tidak akan menjadi suatu batasan atau penghalang anda daripada menikmati sekeping stik yang menyelerakan.

Garam = Kerangupan

Lazimnya, stik diperap dengan garam dan lada hitam yang banyak tetapi itu adalah suatu petua salah yang diikuti oleh kebanyakan cef profesional juga. Perisa lada hitam yang ‘kuat’ akan menghilangkan kemanisan daging Wagyu dan menyebabkan stik anda terasa pahit. Oleh itu, gunakan garam kasar berbanding garam halus. Garam halus melarut dengan cepat dan tidak dapat menyerap air yang terkandung dalam daging. Di samping itu, jangan lupa untuk menyimpan daging yang disapu dengan garam di dalam peti sejuk sekurangnya selama satu jam. Ingat, jangan tutup bekas berisi daging itu.

2. Ketahui Citarasa Anda

Yang mana satu anda suka?
(kiri ke kanan): Cukup masak, sederhana masak, sederhana, sederhana mentah

Stik boleh dimasak menurut empat tahap masakan iaitu cukup masak, sederhana masak, sederhana dan sederhana mentah. Secara idealnya, tekstur terbaik untuk menikmati sepinggan stik adalah apabila ia dimasak sederhana mentah. Walau bagaimana pun, tidak ramai yang suka stik mereka masih berdarah dan mentah. Jadi, ikuti panduan di bawah untuk memasak stik mengikut citarasa anda.

a. Sederhana mentah: Dimasak hingga 55 Celsius
b. Sederhana: Dimasak hingga 60 Celsius
c. Sederhana masak: Dimasak hingga 65 Celsius
d. Cukup masak: Dimasak sehingga 70 Celsius

Sedapnya, Padprik Wagyu!

Siapa yang tak pernah memesan sajian daging padprik di kedai-kedai tomyam kegemaran mereka? Padprik ialah sejenis masakan Thailah yang cukup popular dalam kalangan rakayat Malaysia. Rasanya yang masam, manis dan pedas menaikkan selera sesiapa sahaja. Nikmati keenakan daging Wagyu dengan resipi daging padprik istimewa Cef Nik ini!

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu besar minyak biji anggur
  • 200g stik Wagyu, disapu garam dan disimpan dalam peti sejuk
  • 2 sudu besar bawang putih cincang
  • 1 sudu besar halia diparut
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang cili padi, dibelah tengah
  • 2 sudu besar pes tom yam
  • 200ml air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula Melaka
  • 2 sudu teh sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang lobak merah, hiris memanjang
  • 2 batang kacang panjang, hiris memanjang
  • 1/4 kobis bunga, dipotong menjadi kuntuman kecil
  • 1/2 batang jagung manis Jepun, dikupas
  • 1/2 biji bawang kuning, dihiris

Memasak Padprik Wagyu

Cara-cara:

  1. Letakkan kuali atas api besar Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak.
  2. Masukkan stik ke dalam kuali. Balik-balikkan stik setiap 20-30 saat. Selepas itu, angkat stik selepas permukaan stik bertukar perang keemasan. Kemudian, angkat stik daripada kuali dan rehatkan di atas rak wayar.
  3. Kemudian, kecilkan api dan di dalam kuali yang sama, masukkan halia yang diparut dan bawang putih cincang. Tumis hingga perang keemasan, kira-kira 1 minit.
  4. Sekarang, masukkan cili kisar atau cili boh dan biar cili masak hingga minyak pecah, kira-kira 2 minit.
  5. Seterusnya, masukkan serai, daun limau purut dan cili padi. Kacau selama 1-2 minit. Kemudian, masukkan pes tomyam dan biar mereneh selama 1 minit.
  6. Tuang 100ml air ke dalam kuali. Anda mungkin perlu menambah sedikit air lagi apabila kuah memekat. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan Thai.
  7. Kemudian, masukkan gula melaka. Kacau hingga gula melarut. Tambah garam secukup rasa.
  8. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan potongan kacang panjang, lobak merah dan kubis bunga. Kacau hingga sebati selama 1 minit hingga sayuran menjadi agak empuk.
  9. Seterusnya, masukkan hirisan jagung kecil dan bawang merah. Kacau hingga sebati dan padamkan api.
  10. Sebelum menghidang, keluarkan batang serai dan daun limau purut daripada kuah padprik.
  11. Hiris stik yang dibiarkan berehat.
  12. Akhir sekali, tuang sos di atas pinggan dasar dalam atau mangkuk dan letakkan hirisan daging stik yang dipotong di atas.

AAH Nippon: Pembekal Wagyu Halal Yang Dipercayai

Di Malaysia, mencari sumber daging Wagyu yang halal dan berkualiti adalah sangat sukar kerana kebanyakan pasar raya mendapatkan stok daging Wagyu mereka dari ladang-ladang di Jepun. Namun, itu tidak menjadi suatu masalah lagi.

AAH Nippon ialah perintis dan pengedar daging Wagyu Jepun yang terbesar di Malaysia. Bermatlamat untuk mendidik, menimbulkan kesedaran dan menjadikan daging Wagyu lebih murah, AAH Nippon menyediakan kelas-kelas dan webinar untuk disertai oleh orang ramai serta belajar dengan lebih lanjut lagi tentang penternakan lembu Wagyu disamping pengadaptasian prosedur penyembelihan Halal yang digunakan dalam proses pengeluarannya.

Anda Sukakan Daging Wagyu seperti Cef Nik?

Memasak sekeping daging memang mudah tetapi dengan teknik yang betul, sekeping daging tersebut boleh menjadi suatu jamuan mewah di rumah yang setaraf hidangan stik bernilai ratusan ringgit di hotel-hotel mewah. Jadikan panduan memasak stik Cef Nik sebagai pegangan anda apabila memasak stik.

Jika anda peminat daging Wagyu seperti Cef Nik, tunjukkan ilmu stik yang anda baru pelajari ini kepada keluarga di rumah sempena bulan #LuvWagyuMonth dan berpeluang untuk memenangi baucar tunai menarik ataupun bekalan daging Wagyu berkualiti daripada AAH Nippon. Untuk maklumat lanjut, klik di sini!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris