Bufet Ketam Menanti Anda di Hilton KL


Ketam. Satu jenis makanan laut yang paling saya gerun untuk makan. Bukannya saya takut disepit. Tidak, bukan itu sebabnya. Saya cukup gerun nak makan ketam kerana cara untuk menikmati haiwan ini memerlukan anda untuk tidak segan untuk kotorkan tangan, comotkan mulut dan kelihatan seperti seekor raksasa rakus.

Namun begitu, kalau anda seorang kaki ketam, semua itu tidak menjadi masalah kerana nikmat anda mencungkil, menggigit dan mengopek kulit ketam yang keras untuk sampai ke isinya yang manis dan lembut itu terlalu besar untuk anda tolak.

Tetapi, persoalan penting adalah, adakah hidangan ketam yang anda nikmati sebelum ini berbaloi dengan bayaran yang diberi?

Dilema Kempunan Ketam

 

Bagi kaki ketam, sejujurnya, peluang untuk menikmati ketam adalah sangat jarang. Hal ini demikian kerana dua faktor. Faktor pertama ialah harga ketam yang terlalu mahal dan faktor kedua ialah kekurangan kedai atau restoran yang menjual hidangan berketam yang kena dengan selera anda.

Anda faham maksud saya.

Siapa yang tak pernah dikecewakan dengan isi ketam yang sedikit atau rasa sakit perut yang hadir keesokan harinya ekoran ketam yang sudah tidak segar dimasak untuk anda? Pasti anda berasa puluhan ataupun ratusan ringgit yang dihabiskan sia-sia sahaja.

Namun begitu, jangan bersedih atau menyerah kalah kerana saya tahu lokasi untuk anda nikmati pelbagai jenis sajian ketam tanpa had pada harga yang berbaloi dan semestinya menikmati ketam yang berisi banyak serta segar belaka.

Ambil kunci kereta, pasangkan gps ke Hotel Hilton Kuala Lumpur sekarang!

Lambakan Ketam Menanti Anda

Sepanjang bulan April ini, Vasco Hotel Hilton KL menawarkan anda bufet ketam yang memaparkan pelbagai jenis hidangan berketam yang memenuhi citarasa semua orang.
Kesemua ketam ini diperolehi setiap hari oleh cef eksekutif Vasco Hilton KL. Risau tentang jenis ketam yang dipilih? Jangan risau, semua ketam yang diperolehi ialah ketam yang halal dan boleh dinikmati tanpa was-was.

Anda pasti tertanya-tanya, apakah jenis-jenis masakan ketam yang anda boleh jangkakan untuk dinikmati nanti? Dari sajian Jepun hinggalah ke masakan Melayu, terdapat pelbagai jenis masakan ketam yang anda boleh cuba.

Namun begitu, saya ada 3 jenis sajian ketam yang ingin ditekankan kerana 3 masakan ini adalah yang wajib dicuba oleh setiap pengunjung Vasco. Ya, wajib!

Antara sajian yang membuatkan saya masih terliur setelah dua minggu menikmatinya ialah sajian kari ketam Goa, Ketam Xec-Xec dan Ketam Tandoori. Keempat-empat sajian ini cukup menyerlahkan rasa manis isi ketam yang dimasak dengan gabungan rempah-ratus yang digunakan. Memang menjilat jari!

Ketam Tandoori

 

Ketam Xec Xec

 

Kari Ketam Goa

 

Temu Janji dengan Ketam!

Anda tak perlu percayakan kata-kata kami untuk ketahui sajian manakah yang perlu anda cuba. Cara yang lebih baik ialah anda sendiri turun ke Vasco Hotel Hilton KL untuk mencuba semua hidangan ketam yang ditawarkan. Anda tidak akan dikecewakan!

Pada harga RM 178 seorang, jangan lupa untuk hubungi Vasco di +603 2264 2264 atau hantarkan emel ke KULHI_FB @hilton.com. Inilah masanya untuk anda buktikan anda sememangnya kaki ketam sejati!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.