Tip, Petua dan Cara Menyimpan Daging dengan Betul

Kredit: lobels.com

Hari Raya Aidiladha akan menjelang tiba, anda semestinya akan menerima daging korban dari masjid terdekat. Melainkan anda rajin untuk memasak daging korban anda dengan serta merta, anda mungkin ingin tahu cara-cara yang terbaik untuk anda menyimpan daging untuk kegunaan masa akan datang.

Gagal untuk menyimpan daging dengan baik akan memberi anda risiko keracunan makanan. Kita mahukan hidangan daging lazat yang akan menghantar anda ke syurga makanan dan bukannya ke hospital. Disebabkan oleh daging korban yang diberi oleh pihak masjid adalah segar, daging akan lebih mudah menjadi rosak jika tidak disimpan ke dalam peti sejuk dalam 2 jam.

Ingat, daging boleh menjadi hidangan yang sedap atau berbahaya bergantung kepada cara penyimpanan anda! Dengan menyimpan daging, anda boleh meningkatkan hayat simpan anda dengan syarat anda mempunyai beku. Jimat duit dan juga jimat masa!

 

Kenali Tahap Kesegaran Daging

Kredit: cargillfreshmeat.com

Upacara korban dan pengagihan daging selalunya mengambil masa yang singkat. Oleh itu, daging yang anda terima memang tidak boleh dinafikan kesegarannya. Terdapat tiga faktor untuk anda pastikan kesegaran daging anda iaitu melalui warna, tekstur dan juga aroma.

Salah satu syarat haiwan sembelihan ialah sihat. Oleh itu, daging segar mempunyai warna merah terang dan lemaknya pula berwarna kekuningan dimana daging yang sudah hilang kesegarannya akan berwarna coklat kemerahan. Tekstur daging segar juga anjal ataupun “springy” dan tidak lembik. Jika anda masih khuatir, daging yang segar tidak akan mempunyai bau yang menyenangkan seperti daging busuk.

Daging segar yang terdedah kepada oksigen hanya mempunyai 2 jam untuk disimpan sebelum kualitinya terjejas. Anda boleh menyimpan daging sama ada di dalam peti sejuk atau peti beku bergantung kepada tempoh daging akan dimasak. Daging di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 1-2 hari pada 4.44 ℃ manakala daging anda pula akan bertahan selama 4 bulan di dalam peti beku pada -17.78 °C.

 

Panduan Menyimpan Daging

Kredit: today.com

Memang tidak hairanlah jika perkara pertama yang anda ingin lakukan setelah mendapat daging korban adalah untuk mencucinya terlebih dahulu kerana daging selalunya dipapah di kawasan yang terbuka.

Tetapi perbuatan ini haruslah dielakkan sama sekali. Air basuhan pada daging akan merangsang pembiakan kuman. Memakan daging yang rosak akan membahayakan kesihatan kerana daging anda akan berpotensi untuk dicemari dengan E. koli.

Sebaliknya, anda boleh mengeringkan daging anda menggunakan tuala dapur. Jika anda memang ingin membasuh daging anda, basuhlah sewaktu anda ingin memasak daging. Tetapi jangan lupa untuk mengeringkan daging dengan tuala dapur terlebih dahulu. Daging lebih senang untuk dimasa jika kering. Anda tidak perlu khuatiri daging anda dicemari oleh kuman kerana jangkitan bawaan makanan akan hapus pada suhu yang panas.

Selalunya daging korban akan diagihkan ke dalam beg plastik, tetapi tidak bermakna anda boleh terus meletaknya ke dalam peti sejuk. Ini kerana plastik akan membuatkan daging berpeluh dan merangsang pembiakan kuman. Oleh itu, pindahkan daging ke dalam bekas kudap udara. Bukan setakat itu sahaja, jika anda meletakkan daging yang dibalut beg plastik ke dalam peti beku, ada kemungkinan plastik akan melekat di daging anda. Anda tidak mahu plastik di dalam kari daging anda bukan? Alternatif untuk beg plastik ialah beg kedap udara. Dengan cara ini, anda juga mudah untuk menyahbekukan daging anda.

Sebelum memasukkan daging ke dalam peti beku, anda disarankan untuk memasukkan daging ke dalam peti sejuk selama 4-5 jam terlebih dahulu. Setelah sejuk, pindahkan ke dalam peti beku. Ini untuk mengelakkan perubahan suhu daging yang mendadak.

 

Panduan Memotong Daging

Kredit: greatist.com

Percayakah anda bahawa daging boleh bertahan lebih setahun di dalam peti beku? Tepat sekali. Tetapi dengan syarat, sebelum menyimpan daging di peti beku, anda perlu memotong daging kepada saiz kecil dan agihkan mengikut saiz hidangan ke dalam beg kedap udara. Anda hanya perlu menyahbekukan sebahagian daripada daging yang diperlukan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai 1-2kg daging, maka daging tersebut dipotong kecil. Dengan cara ini, anda mampu menyimpan daging korban dengan lebih lama dan mengawal saiz hidangan anda!

 

Tips Tambahan

Elak menggunakan air panas untuk menyahbekukan daging anda. Hal ini demikian kerana menggunakan air panas tidak akan memberikan pembahagian haba yang sekata yang menyebabkan luaran daging sahaja yang dinyahbeku.

Sebaliknya, gunakan air paip yang bersuhu bilik dan rendamkan daging beku di dalam plastik. Jika kesempitan masa, anda digalakkan untuk menggunakan ketuhar gelombang dengan menetapkan pilihan ketuhar kepada suhu nyahbeku.

 

Jadilah Pakar Daging

Cara-cara menyimpan daging memang selalu dihiraukan kerana kerja ini nampak senang tetapi tahukah anda, daging mudah dicemari dengan kuman? Kecuaian kita akan mendorong pembaziran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh itu, penting sekali kita mengetahui cara-cara menyimpan daging supaya boleh digunakan dengan lebih lama.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha!

print
Aisya Khairain
Aisya Khairain

Aisyatul is an adventurous eater who eats pretty much anything and everything except for nasi lemak burger. With that said, she is a nasi lemak purist but feel free to change her mind. If she goes missing, she's probably hiding out in a mamak with a plate of maggi goreng and a glass of teh o ais. When she's not busy eating food, she writes about them.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More