Kotor, Sihat atau Salah untuk Makan dengan Tangan?

Dari zaman dahulu kala lagi, masyarakat Melayu dan India makan dengan tangan mereka. Tetapi, mungkin kerana peredaran masa, maka amalan makan dengan tangan tidak lagi diamalkan oleh generasi moden, khususnya yang tinggal di kawasan bandar. Mereka lebih suka menggunakan sudu dan garfu berbanding makan dengan tangan.

Ini bukan sebab terlupa asal-usul. Sebaliknya, perkara ini berlaku kerana mereka merasakan lebih mudah untuk menggunakan sudu garfu kerana mereka tidak perlu mencuci tangan di samping tidak merenyahkan mereka untuk mencari air mencuci.

Selain itu, terdapat juga pendapat bahawa makan dengan sudu garfu adalah lebih bersih berbanding dengan tangan kerana kita masih ada kuman yang terlekat pada tangan walaupun sudah dicuci.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah adakah ini semua berlaku akibat pengaruh Barat ataupun sekadar kesan daripada arus modenisasi? Jawapannya mudah saja, anda tidak didedahkan dengan manfaat teknik makan ini.

Kenapa Bagus Makan dengan Tangan?

Makan dengan tangan
Kredit: phinemo.com

Pasti ada sebab yang munasabah masyarakat Melayu dan India dahulu kala makan dengan tangan. Tidak mungkin kita masih mengamalkan amalan tersebut jika amalan itu dianggap sebagai kolot dan tidak bertamadun. Memang betul! Makanan dengan tangan terbukti memberi kebaikan dan manfaat tersendiri. Bukan setakat satu, malah ada lima kebaikan yang disenaraikan di bawah:

 

1. Naluri

Makan dengan tangan merupakan sesuatu yang datang dengan naluri. Penggunaan sudu dan garfu merupakan alatan yang dicipta untuk menandakan ketamadunan manusia sejaja dengan peredaran masa. Namun begitu, makan dengan tangan tidak semestinya menandakan hal tersebut.

Banyak tamadun-tamadun besar dalam sejarah adalah di Asia dan kebanyakan daripada tamadun tersebut mengamalkan makan dengan tangan. Lagipun, makanan terasa lebih enak dan sedap dimakan apabila makan dengan tangan.

 

2. Meningkatkan penghadaman

Makan dengan tangan bagai memberikan penanda pada perut anda bahawa rasa lapar yang mengigit anda akan hilang selepas ini. Tangan merupakan sambungan luaran untuk sistem penghadaman anda. Jutaan saraf di hujung jari anda akan menghantar pesanan bahawa anda akan makan termasuklah memberitahu maklumat tentang suhu makanan, tahap kepedasan dan sebagainya supaya perut anda bersiap sedia menerima makanan tersebut. Selain itu, enzim pada tangan akan membantu dalam penghadaman perut anda.

 

3. Lebih peka

Kebanyakan pakar menyatakan kepentingan untuk bertenang dan hadirkan diri semasa waktu makan. Jika anda makan dalam keadaan yang tenang, proses penghadaman anda dapat dioptimumkan dan membantu anda daripada makan secara berlebihan.

Anda pasti pernah berada dalam situasi yang mana anda sedang makan sambil menonton TV, anda makan tiga pinggan nasi pun rasa tak kenyang. Luangkan masa intim bersama makanan anda dan rasa lebih terhubung dengan makanan anda apabila makan dengan tangan.

 

4. Menggunakan Kesemua Deria

Terdapat pendapat yang mengatakan makanan perlu dinikmati dengan semua deria kita dan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut. Ada kebenaran pada kata-kata tersebut. Dengan bau makanan, rasa dan tekstur makanan yang anda makan, anda akan lebih menghargai dan menikmati makanan anda.

 

Etika dan Adab Makan dengan Tangan

Makan dengan tangan
Kredit: Youtube.com

Sekarang, anda sudah tahu signifikan makan dengan tangan. Pasti ada yang berfikir untuk cuba selepas ini (bagi sesiapa yang tak pernah makan guna tangan). Jadi, apa kata kita tengok etika dan adab makan yang perlu anda patuhi untuk makan guna tangan dengan baik.

 

1. Guna tangan kanan

Makan dengan tangan kanan adalah salah satu sunnah Nabi (bagi yang beragama Islam). Hal ini demikian kerana tangan kanan lebih bersih berbanding tangan kiri yang selalunya digunakan untuk mencuci benda kotor.

 

2. Cuci tangan sebelum makan

Kehidupan kita yang aktif melibatkan kita bergerak cergas dan banyak kotoran yang akan ada pada tangan. Jadi, sebelum makan, penting untuk anda cuci tangan dan bersihkan kotoran daripada tangan. Nanti sakit perut atau lagi teruk, terkena cacing.

 

3. Ambil makanan terdekat

Jangan terlalu tamak dan berebut untuk ambil makanan yang jauh kerana terdapat kemungkinan untuk jatuhkan makanan dan membuatkan anda kelihatan tidak sopan. Minta orang di sebelah untuk dekatkan makananan yang anda ingini.

 

4. Makan dengan tiga jari

Makan dengan tiga jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) merupakan sunnah Rasulullah yang perlu diikuti supaya nampak sopan ketika makan dan membuatkan anda tidak kelihatan tamak dan menjijikkan.

 

 

Jadi, itulah antara perkongsian tentang makan dengan tangan. Bagi yang sudah lama tidak biasa makan dengan tangan, mula amalkan kembali amalan ini dan nikmati segala kelebihan makan dengan tangan.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.