Kongsi Makanan dan Rapatkan Hubungan Sesama Jiran

Kongsi makanan hari Lebaran ini bersama jiran tetangga

Kredit: asianimage.co.uk

Saya rasa pada masa sekarang kebanyakan anda semua sedang menonton televisyen sambil menunggu pengumuman Hari Raya pada hari esok. Dah nampak anak bulan ke belum? (Dah, Raya dah tiba!)

Saya ingin memberitahu anda tentang suatu tradisi yang kian menghilang dalam komuniti kita iaitu adat memberi serta menerima makanan pada pagi raya. Dalam erti kata lain, kongsi makanan. Kepada anda yang mempunyai ibu bapa yang agak konservatif dan tradisional seperti saya, anda pasti akan mengetahui apa yang perlu anda lakukan apabila anda melihat benda di bawah ini.

Kredit: mymerbok.blogspot.com

Kongsi Makanan Merapatkan Hubungan

Kepada mereka yang tidak mengetahui nama benda di atas ini; ini ialah mangkuk tingkat. Mangkuk tingkat antara perkara yang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia kerana ianya merupakan bekas yang sering kali digunakan oleh mereka untuk membungkus makanan. Ianya bukan sahaja mesra alam malahan cantik.

Saya menulis artikel ini kerana ini mengetengahkan aktiviti kongsi dan membalas makanan pada pagi raya. Aktiviti ini sering kali dibuat oleh saya pada setiap pagi Hari Raya pertama. Adat ini pada saya adalah seperti Hari Krismas tetapi daripada bertukarkan hadiah, kita bertukar makanan pula.

Jadi bagaimana adat kongsi makanan ini dilakukan?

Cara-caranya sangat mudah dan membawa impak yang singnifikan kepada kita iaitu ianya mengeratkan silaturrahim antara jiran dan masyarakat setempat.

Butterkicap/mejaraya

Cara-caranya :

  1. Letakkan makanan yang telah anda buat dalam mangkuk tingkat tersebut dan kemudian berikan kepada mereka yang berdekatan.
  2. Ucapkanlah selamat Hari Raya kepada mereka.

Lihat…Mudah, bukan? Dan kepada mereka yang menerima makanan tersebut ianya amatlah bagus jika anda membalas makanan yang telah mereka berikan dengan jumlah makanan yang telah mereka berikan. Jadi jika mereka memberi anda 5 hidang, balaslah dengan 5 hidang atau lebih.

Ucapakan selamat Hari Raya dan elakkan daripada bertanya soalan yang cepuhmas seperti “bila nak kahwin” kerana ianya akan mengeruhkan keadaan. Jadi pada pagi Raya yang mulia berikan makanan kepada jiran anda dan perkatakanlah perkara-perkara yang baik.

Saya ingin mengucapkan selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat yang menyambutnya serta makananlah dengan penuh berhemah.

 


Artikel Lain:

Mejaraya: Meriahkan Sambutan Lebaran Anda

Al-Kisah Kuih Raya: 1001 Ceritera Dongeng

Lagu Raya Pasal Makan? Mestilah Ada!

print
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again