Kitar Semula Makanan Raya dengan 5 Cara Ini

Kitar semula makanan Raya. Jangan membazir pula apabila sudah jelak. Jadi kreatif dan guna pakai makanan Raya dalam masakan lain pula!

Kredit: utopiastaging.blogspot.my

Makanan Raya memang enak dan sedap. Kalau tidak, takkanlah kita nak tunggu setahun semata-mata nak jamah makanan tersebut. Namun begitu, ada sebab makanan seperti rendang, ketupat, nasi impit, kuah kacang dan kuih raya sekali dalam setahun. Makanan tersebut terlalu kaya dengan rasa dan kalori sehingga kita berasa jelak makan beberapa kali. Daripada membazir makanan tersebut, apa kata anda cuba kitar semula makanan raya anda dengan tip-tip di bawah:

 

1. Rendang

Butterkicap/rendangayam

Siapa yang tak sukakan rendang? Rasa rempah dan daging yang memekat dalam kuah santan cukup indah apabila dimakan bersama ketupat dan lemang. Tetapi, rendang tak boleh makan banyak-banyak nanti panas badan. Apabila dah jelak makan bersama ketupat dan lemang, apa yang kita boleh buat dengan rendang? Mudah saja! Ubah suai menjadi karipaplah! Anda boleh sediakan karipap rendang ayam istimewa kepada tetamu yang hadir. Pasti mereka terkejut dan kagum dengan kreativiti anda.

 

2. Nasi Impit

Kredit: nyonyacooking.com

Bagaimana kita nak kitar semula makanan raya seperti nasi impit? Mudah saja! Nasi impit tawar jika dimakan begitu saja. Nasi impit sesuai untuk dimakan dengan pelbagai jenis kuah dalam pelbagai cara dan cara yang terbaik untuk menikmati nasi impit ialah dengan membuat soto. Apabila anda sudah muak makan nasi impit dengan juadah Raya sampingan lain, sotolah cara terbaik untuk anda hilangkan rasa muak anda dan ubah selera anda kepada citarasa yang lebih ringan berbanding rendang dan kuah kacang.

 

3. Ketupat

Kredit: frozenkuihtradisi.com

Apabila kita nak kitar semula makanan Raya, pasti ada beberapa hidangan yang anda berasa sukar untuk mencari jalan kreatif mengubahnya. Saya ada cadangan untuk anda. Jika anda seorang yang berani dan terbuka untuk cuba masakan baru. Anda boleh hidangkan sajian minum petang baru iaitu ketupat pulut dan kelapa parut digaul gula melaka. Rasanya sedap kerana rasa manis kelapa parut tersebut seimbangkan rasa lemak pulut ketupat tersebut.

 

4. Pai Tanpa Bakar

Kredit: bakerita.com

Selalunya, pada minggu kedua dan seterusnya bulan Syawal, anda pasti sudah berasa muak untuk makan kuih Raya dan pasti banyak kuih Raya yang tidak dapat dihabiskan. Cara untuk mengitar semula kuih raya memang sukar tetapi di Butterkicap, semuanya tidak mustahil. Caranya, jadikan kuih Raya anda sebagai kerak pastri tanpa perlu bakar. Mudah, senang dan enak! Yang paling penting, anda tidak membazir kuih raya anda.

 

5. Kuah Kacang

Kredit: Azie kitchen

Bagaimana nak kitar semula kuah kacang? Untuk mengitar semula kuah adalah satu cabaran besar. Tetapi, kami ada caranya untuk anda. Sebelum kuah anda basi, anda boleh sediakan sate untuk tetamu-tetamu anda di rumah dan cicah bersama baki kuah kacang yang anda. Sedap, dan ringkas. Tak perlu anda menangis melihat kuah kacang yang anda masak dibuang ke dalam sinki.

 

Itulah 5 cara kreatif mengitar semula makanan Raya secara kreatif. Ingat, membazir itu amalan syaitan. Jangan pula anda merosakkan keindahan dan keseronokan bulan Syawal ini dengan membuang makanan. Tindakan yang kecil boleh membawa perubahan besar.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.