Sotong Telur Masin: Kesempurnaan Kombinasi Masin, Lemak dan Kenyal

sotong telur masinSotong telur masin – kalamari disalut sos keemasan kuning telur masin

Makanan laut disalut kuning telur masin adalah hidangan popular di restoran makanan laut gaya Cina di seluruh Malaysia. Sama ada ketam, udang atau sotong, dengan adunan kering atau lembap, sos lemak ini memang menarik, dengan rasa masin dan kadang-kadang sedikit manis yang membuat pengunjung terus-menerus kembali dan tidak malu menjilat jari-jari mereka.

Sotong telur masin terutamanya, adalah pilihan baik untuk pelanggan yang tidak mahu mengotorkan tangan mereka dan tidak mahu susah payah layan kulit ketam atau udang. Hidangan ini sedap tulen 100%.

Walaupun hidangan ini disukai ramai, sotong telur masin jarang dimasak di rumah, walaupun ia sebenarnya senang sekali. Bahan-bahannya pun tidak rumit. Kami telah mengumpul resepi yang mudah dan lazat ini untuk peminat hidangan sotong telur masin supaya anda boleh cuba membuatnya di rumah.

Dan bagi mereka yang tidak boleh makan gluten, resepi di bawah ini juga bebas gluten! Jadi bawa keluar kuali anda. Sudah tiba masanya untuk memasak hidangan ini.

Bahan-bahan

salted egg yolk squid

  • 4kg sotong, dibersih dan dipotong 1cm hingga 1.5cm lebar
  • 1 cawan kanji kentang
  • 1 cawan tepung beras
  • 6 tangkai daun kari
  • 6 biji kuning telur masin yang sudah dimasak dan disejukkan
  • 125g mentega tanpa garam, pada suhu bilik
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 ½ cawan minyak masak
Kaedah: sotong
  1. Gabung kanji kentang dan tepung beras dan campur untuk digunakan sebagai adunan kering.
  2. Panaskan dan sediakan kuali anda dengan mengelap lapisan nipis minyak di sekitar permukaan kuali dengan tuala kertas. Kuali anda panas secukupnya bila lapisan minyak telah kering dan kuali seolah-olah bercahaya.
  3. Masukkan minyak masak. Jika kuali anda cukup panas, minyak akan menjadi panas dalam beberapa saat. Jika tidak, biarkan ia mencapai suhu 180°C hingga 200°C.
  4. Masukkan beberapa kepingan sotong ke dalam adunan kering dan salut dengan teliti dengan lapisan yang sedikit tebal. Jangan lupa salut bahagian dalam sotong juga.
salted egg yolk squid
Salut sotong dengan lapisan adunan kering yang sama rata
  1. Masukkan cumi-cumi yang sudah disalut ke dalam kuali dan goreng sehingga berwarna perang sedikit, kira-kira 1 hingga 2 minit. Lakukan langah ini sedikit demi sedikit. Jangan masukkan terlalu banyak sotong sekaligus.

salted egg yolk squid

salted egg yolk squid
Goreng!
  1. Alih sotong yang sudah dimasak ke dalam penapis. Kemudian, gunakan tapis lain untuk keluarkan semua sisa goreng adunan dari minyak.
salted egg yolk squid
Langkah ini juga membantu mengeluarkan minyak berlebihan
  1. Goreng semua sotong sehingga selesai.
Kaedah: sos
  1. Matikan api dan keluarkan semua kandungan dari kuali. Masukkan mentega dan kacau sehingga cair.
salted egg yolk squid
Kenapa bau mentega digoreng selalu sedap gila?
  1. Bila mentega hampir cair, pasangkan api kembali dan goreng. Masukkan daun kari dan goreng dengan cepat.
salted egg yolk squid
Aroma mentega goreng ditambah daun kari sangat enak
  1. Apabila daun kari sudah rangup, parut kuning telur masin ke dalam kuali.
salted egg yolk squid
Langkah ini lebih mudah dengan kuning telur masin yang sudah disejukkan
  1. Kacau untuk cairkan kuning telur ke dalam sos. Gunakan pemukul untuk membantu kuning telur masin hancur. Masukkan garam.
salted egg yolk squid
Cuba hancurkan sebanyak mungkin ketulan telur masin
salted egg yolk squid
Anda mungkin tergoda untuk mencelup jari anda dan rasakan sos ini sekarang, tetapi berhati-hati kerana ia panas!
  1. Bila sos berwarna keemasan perang yang cantik, masukkan sotong yang telah digoreng kembali ke dalam kuali dan kacau. Lambung supaya sos boleh melapis sotong dengan teliti. Anda juga boleh menambah sedikit adunan yang telah digoreng untuk kerangupan lebih.

salted egg yolk squid

salted egg yolk squid
Omg… nampak sedap sangat!
  1. Masukkan sotong yang sudah disalut ke dalam pinggan hidangan. Hidang terus dengan nasi panas.
salted egg yolk squid
Jangan lupa keluarkan batang daun kari, tetapi jangan keluarkan daun kari!
sotong telur masin
Sedap sangat tak sabar nak makan!
Tips tambahan
  1. Buat telur masin sendiri dengan cara mudah ini!
  2. Jangan salut semua sotong dengan adunan sekaligus. Anda ingin mengelakkan adunan menjadi basah kerana air dari sotong.
  3. Ia adalah sangat penting untuk keluarkan sisa adunan goreng dari kuali sebelum menggoreng sotong seterusnya. Jika anda meninggalkannya, adunan akan terus goreng dan terbakar, dan akan memperisakan minyak dan sotong anda dengan rasa terbakar.
  4. Elakkan kegunaan mentega bergaram kerana kuning telur masin dan garam sudah mencukupi. Tidak suka sotong anda terlalu masin? Jangan masukkan garam.
  5. Kuning telur lebih mudah diparut bila sejuk dan akan menghasilkan kepingan yang lebih halus.
  6. Jika anda suka sotong telur masin yang sedikit manis, masukkan ½ sudu gula semasa membuat sos.
  7. Jangan tuang semua sos ke dalam mangkuk hidangan atau sotong akan menjadi lembap terlalu cepat dan hilang kerangupannya. Hidang sos secara berasingan atau simpannya untuk dimakan kemudian dengan apa sahaja yang anda kehendaki – seperti lebih sotong goreng, pasta kosong, roti kukus atau nasi panas!

Sekiranya anda sedang merancang hidangan makanan anda, sotong telur masin hebat dengan hidangan masakan Cina yang lain termasuk daun salad dimasak dalam sos tiram atau bawang putih, telur goreng biasa dan ikan kukus. Elak menghidanginya dengan masakan masin yang lain kerana anda ingin hidangan ini bersinar. Tunjukkan kami sotong telur masin anda dengan mengetag kami dengan #butterkicap. Nikmatilah!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.