Rendang Daging: Resepi Rendang Inspirasi Minang untuk Mereka yang Gemar Cabaran

rendang lembuRendang lembu: berperisa lazat, bertekstur kompleks

Jika anda mencari cabaran yang lebih sukar dan lagi sedap daripada menyediakan masakan rendang daging tradisional, anda perlukan resipi rendang lembu ini. Trifekta paru-paru, hati dan limpa bercampur dengan daging lembu batang pinang memberi tekstur dan perisa yang lebih kompleks kepada hidangan yang sememangnya lazat ini.

Lipat lengan baju anda dan asahkan pisau sehingga tajam kerana anda akan memerlukan kira-kira tiga jam untuk menyediakan dan memasak hidangan ini dengan tepat. Kami juga cadangkan anda mengguna kuali terbesar anda dan otot-otot kuat untuk membantu anda kacau masakan ini.

Bahan-bahan

beef and offal rendang

Daging lembu
  • 500g paru-paru, dipotong 1 inci tebal
  • 500g hati, dipotong 1 inci tebal
  • 500g limpa, dipotong 1 inci tebal
  • 2kg daging lembu batang pinang (tenderloin), dipotong
Bahan-bahan membilas & merendam
  • 6 sudu besar tepung, dibahagikan tiga sama rata
  • 2 biji limau purut, jus sahaja
  • 3 sudu besar garam kasar, dibahagikan tiga sama rata
Untuk direneh dengan paru-paru
  • 3 batang serai
  • 3 daun limau purut
  • 1 inci lengkuas
Campuran rempah panggang
  • 42g serbuk ketumbar (atau 5 sudu besar + 1 sudu kecil)
  • 11g jintan hitam (atau 2 sudu besar + 1 sudu kecil)
  • 15g jintan putih (atau 2 sudu besar + 1 sudu kecil)
  • 5g buah pelaga (atau 1 sudu kecil), tanpa sekam
  • 2g batang kayu manis (atau 1 sudu kecil)
  • 3g buah pala (atau 1 ½ sudu kecil)
  • 2g bunga cengkih (atau 1 sudu kecil)
Bahan untuk dikisar
  • 219g bawang putih
  • 130g halia muda
  • 94g lengkuas
  • 1.15kg bawang besar
  • 513g bawang kecil
  • 215g serai, akar sahaja
Bahan-bahan lain
  • 11g garam (atau 1 sudu besar)
  • 9g lada hitam (atau 1 sudu besar)
  • 340g belimbing buluh, dihiris dua memanjang
  • 191g gula Melaka
  • 1kg kerisik
  • 3 biji asam keping
  • 1.26kg santan
  • 32g daun daun salam, dihiris halus
  • 6g daun limau purut (kira-kira 6 keping)
  • 22g daun kunyit, chiffonade
  • 428g cili boh
  • 692g minyak memasak
Untuk hidangan 12 – 15 orang
Persiapan
  1. Gaul paru-paru dengan 2 sudu besar tepung, 1 jus limau dan 1 sudu besar garam kasar. Bilas dengan air kemudian rendam sepenuhnya selama dua hingga tiga minit.
  2. Buang air dan kemudian didih dan reneh paru-paru dengan batang serai, daun limau purut dan lengkuas selama setengah jam. Letak pinggan atau periuk berat di atas paru-paru untuk memastikan paru-paru terbenam dan air mencukupi untuk menutup paru-paru. Keluarkan paru-paru dan asingkan cecair.
  3. Gaul hati dan limpa dengan 2 sudu besar tepung, 1 jus limau dan 1 sudu besar garam kasar. Bilas dengan air kemudian rendam sepenuhnya selama dua hingga tiga minit. Buangkan air.
  4. Dalam mangkuk lain, gaul daging batang pinang dengan 2 sudu besar tepung dan 1 sudu besar garam kasar, kemudian bilas dengan air.
  5. Gunakan kuali yang kering untuk memanggang semua bahan-bahan dalam senarai campuran rempah panggang menggunakan api tinggi sederhana sehingga wangi. Bila sudah dipanggang, tumbuk rempah-rempah dengan batu lesung sehingga halus.
  6. Kisar semua bahan-bahan dalam senarai bahan untuk dikisar sehingga halus dan sebati.
Kaedah memasak
  1. Masukkan minyak kedalam kuali pada suhu api tinggi. Bila minyak secukup panas, tumis bahan-bahan dikisar dengan cili boh selama 10 minit.
beef and offal rendang
Tumis bahan-bahan yang telah dikisar dengan cili boh
  1. Tambah daging dan belimbing buluh. Masak selama 10 minit.
beef and offal rendang
Masak daging dan belimbing buluh
  1. Masukkan rempah panggang dan kacau selama 10 minit.
  2. Tambah santan, diikuti dengan gula Melaka, asam keping, daun salam, daun limau purut dan daun kunyit. Terus mengacau dan masak selama satu setengah jam.
beef and offal rendang
Masukkan santan dan hampir semua bahan-bahan yang lain
beef and offal rendang
Terus mengacau
  1. Masukkan kerisik.
  2. Masak rendang sehingga kering sambil terus mengacau. Ini akan mengambil masa 20 minit lagi. Jika rendang menjadi kering sebelum 20 minit, tambah 1 cawan cecair paru-paru untuk memanjangkan masa memasak.
Tips tambahan
  1. Anda juga boleh mengguna pengisar rempah atau pengisar kopi untuk menghancurkan rempah-rempah dengan lebih cepat.
  2. Rendang lembu sedap dimakan dengan nasi, lemang, nasi impit, pulut kuning dan roti putih. Ia sesuai untuk majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan, hari raya, atau jika anda benar-benar ingin menarik perhatian mertua anda dengan dedikasi anda untuk menyempurnakan hidangan yang agak kompleks ini. Tetapi jika anda tidak berani menyahut cabaran ini, atau tidak berminat makan paru-paru, limpa dan hati, cuba resipi rendang daging atau rendang ayam traditional kami.

Jangan lupa berkongsi dengan kami gambar rendang lembu anda dengan hashtag #butterkicap!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More