Nasi Ayam Claypot Terbaik Kalah Old Town White Coffee

Kredit: Gerald Lee

Nasi ayam claypot ini memang satu hidangan yang cukup popular di kedai-kedai kopitiam komersial seperti Old Town White Coffee dan Papa Rich. Oleh sebab harga yang dijual agak mahal, ramai mesti fikir cara nak sediakan resepi nasi ayam claypot ini memang susah dan merenyahkan. Jangan tertipu! Nak masak nasi ayam claypot ini sebenarnya betul-betul senang.

Di rumah saya, setiap kali saya rasa agak malas nak ke dapur dan sediakan lauk-pauk yang banyak, inilah resepi yang saya akan sediakan. Tak ambil masa yang lama pun dan hasilnya, sama seperti anda bertungkus-lumus berjam-jam lamanya di dapur menyediakan 3-4 lauk pauk yang sama. Perkara paling menarik tentang resepi ini menyerlahkan rasa ayam dan cendawan pada nasi, betul-betul seperti di kopitiam-kopitiam Cina tanpa menggunakan bahan-bahan tidak halal seperti lapcheong dan wain Shaoxing. Jadi, memang sesuai untuk dicuba dan dinikmati oleh orang Islam.

Bahan-Bahan:

a) Bahan utama

  • 1/2 ekor ayam, dipotong menjadi beberapa ketulan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu teh minyak bijan, tambah sedikit lagi untuk dituang sebelum menghidang
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 10 cendawan shitake kering, direndam dan dibelah dua
  • 4 sudu besar minyak sayuran
  • 1 kiub ikan masin, digoreng dan dihiris nipis-nipis
  • 6 ulas bawang puting, dicincang halus
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 sudu besar halia parut
  • 2 cawan beras Jasmine
  • 2 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 cawan air

b) Bahan Perasa

  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat manis
  • 1 tbs of cuka
  • 1sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh minyak bawang merah

c) Hiasan

  • Hirisan daun bawang
  • Bawang putih dicincang
  • Hirisan cili padi

Cara-Cara:

  1. Dalam sebuah mangkuk, perap ayam dengan kicap , kicap pekat manis, minyak bijan, sos tiram, serbuk pati ayam dan tepung jagung.
  2. Rendam cendawan kering dalam air selama 20 minit hingga lembut. Tapis air dan simpan 1/2 cawan air rendaman Potong dan buang batang cendawan. Belah cendawan.
  3. Panaskan minyak sayuran pada suhu rendah dalam kuali. Masukkan ikan kering. Goreng kilas selama 30 saat. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam mula bertukar warna perang keemasan. Masukkan bawang putih dan halia. Kacau selama seminit lagi. Masukkan cendawan. Kaut bahagian yang melekat di dasar periuk. Kemudian, masukkan nasi dan lada sulah.
  4. Masukkan nasi yang digaul tadi dalam periuk tanah liat. Masukkan air dan air rendaman cendawan. Letakkan periuk tanah liat di atas api sederhana besar dan biarkan mereneh sebentar. Tutup dan kecilkan api. Biar nasi masak selama 30 mini atau sehingga cecair diserap dan nasi mengembang.
  5. Buka penutup periuk tanah liat. Masukkan 2 atau 3 sudu besar bahan perasa. Tabur daun bawang di atas nasi. Hidang bersama cili potong dan bawang putih cincang.

Sap Sap Sui Sangat!

Tak perlu susah-susah nak ke kedai kopitiam kegemaran anda dan membayar harga yang mahal untuk makan sekali saja! Dengan bajet yang kecil, anda boleh sediakan satu periuk besar untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Tambahan pula, pada waktu-waktu sekarang, lebih baik masak di rumah saja. Jimat pun jimat, puas pun puas. Old Town White Coffee pun kalah!

Saya harap, anda sukakan resepi nasi ayam claypot halal yang saya kongsi ini. Kalau anda pertama kali mencuba resepi masakan Cina dan mempunyai apa-apa soalan atau kemusykilan, jangan lupa untuk bertanya kepada Butterkicap atau saya di laman Instagram. Kami sangat mengalu-alukan pertanyaan anda ini.


Anda ada permintaan masakan yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsi? Sampaikan saja permintaan anda dan kami akan berusah untuk permintaan anda itu!

print
Justine Lim
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again