5 Kafe Hipster di Johor dengan Makanan Paling Unik dan Sedap

Johor Bahru kian menjadi tempat pertumbuhan kafe-kafe hipster yang menarik perhatian orang ramai bukan sahaja dari segi makanan yang dipersembahkan malahan perhiasan yang unik.

Kafe hipster pada hujung minggu di lewati oleh berduyun-duyung golongan muda tempatan dan juga mereka daripada Singapura yang inginkan makanan sedap serta perhiasan yang cantik agar ianya boleh dijadikan sebagai foto di Instagram (Instagram worthy).

Kami tahu bertapa susahnya mencari kafe hipster dan ingin menolong anda dengan menyenaraikan 5 kafe hipster yang harus anda lewati bagi mendapatkan gambar yang cantik di Instagram serta makanan yang sedap.

 

1. Roost Recycled & Repurposed (Salad Bar)

Kepada mereka yang inginkan suasana yang hip dan mesra alam, Roost Recycled & Repurposed mungkin kafe untuk anda. Perhiasan yang menggunakan tin lama, surat khabar lama dan juga botol yang diguna semula sebagai kerusi dan meja pasti akan meningkatkan keterujaan anda untuk bergambar di kafe ini.

Mereka yang idamkan suasana kitar semula bolehlah melawati kafe ini dan mencuba frozen yougurt serta salad salmon salai mereka.

A: 14 Jalan Trus, 8000 Johor Bahru, Johor

M: 016-776 7489

FB: Roost Recycled & Repurposed Facebook

IG: Roost Recycled & Repurposed Instagram 

 

2. Chaiwalla & Co. Honest Tea

Chaiwalla & Co. Honest tea merupakan salah satu kafe yang harus anda lewati. Selain menjual air seperti Iced Thai Milk Tea atau Iced Chai Latte ianya salah satu kafe yang boleh anda lepak dengan kawan-kawan anda kerana kafe yang berbentuk kontena ini buka sehingga 1 pagi.

Kafe yang kian menjadi tumpuan orang ramai ini turut menjual makanan ringan seperti pie. Jadi kepada mereka yang ingin mengenteh hipster-style, bolehlah cuba minum di Chaiwalla & Co.

A: Lot 2810, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru 8000, Johor

M: 017-622 4536

FB: Chaiwalla & Co Facebook 

IG: Chaiwalla & Co Instagram

 

3. The Ice Cream Project (TIP)

Mereka yang mengemari ais krim, The Ice Cream Project (TIP) adalah untuk anda kerana setiap perisa ais krim dibuat di depan mata anda menggunakan cecair gas nitrogen. Jadi kepada mereka yang perlukan sesuatu yang lain dari lain, cubalah TIP.

Walaupun perisa ais krim yang ditawarkan di TIP adalah terhad namun begitu ais krim mereka yang berkrim serta lazat akan membuat anda memaafkan mereka.  Antara perisa yang anda harus cuba bila ke sini ialah Butterscotch.

A: 31, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

M: 60 7-221 0039

FB:  TIP Facebook 

IG: TIP Instagram

 

4. Eh Eh Art Café

Terletak di sepanjang jalan budaya Tan Hiok Nee, Eh Eh Art kafe merupakan salah satu tempat yang anda tidak akan terlepas pandang. Eh Eh Art Café atau dahulunya dikenali sebagai The Ink Brew by JWC telah kembali selepas diubahsuai dengan menu serta perhiasan yang akan memukau anda.

Kafe yang turut beroperasi sebagai galeri ini telah mengekalkan elemen-elemen vintaj yang memperlihatkan kepada kecantikan yang tidak dimamah usia.

Pengekalan elemen ini bukan sahaja pada perhiasan mereka tetapi kepada menu mereka juga seperti Cendol, Bubur Kacang merah , Nasi lemak dan lain-lain lagi. Antara cadangan bagi mereka yang ingin ke tempat ini ialah Nasi lemak dengan Kepak ayam dan juga Roti Kaya bakar.

A: No 1, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru 80000, Johor Bahru, Johor

M: 07- 220 0866

FB: Eh Eh Art Cafe Facebook

IG: Eh Eh Art Cafe Instagram

 

5. Flowers in the Window Café

Tadi terdapat kafe yang berkonsepkan kitar semula, Flowers in the Window cafe pula bermotifkan kepada alam semula jadi. Langkah pertama anda ke kafe ini pasti menyebabkan anda rasa lebih lega kerana udara yang nyaman serta perhiasan hijauan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan.

Kepada mereka yang inginkan makanan yang lebih sihat tanpa penggunaan MSG yang berlebihan, flowers in the Window café adalah untuk anda.

Selain menawarkan menu bagi sarapan pagi dan brunch, ianya juga menyediakan pencuci mulut yang sedap. Mereka yang datang ke sini cubalah Pan fried Salmon with cous-cous dan juga Carrot cake.

A: No 9, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

M: 07- 222 7489

FB: Flowers in the Window Cafe Facebook

IG: Flowers in the Window Cafe Instagram

 

Itulah merupakan antara kafe hipster yang berada di Johor bahru menunggu kunjungan anda. Kami tahu bahawa masih terdapat lebih banyak kafe hipster di Johor bahru dan kami ingin mendengar dari anda cadangan anda tentang kafe hipster lain yang harus kami lawati.

(Semua kafe yang disenaraikan berada bandar Johor Bahru iaitu berdekatan dengan Bazaar Karat)

print
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More