Penjual Makanan Menarik dan Menawan Malaysia yang Viral

Penjual makanan perlu mengambil kira banyak hal untuk memastikan perniagaan makanan mereka laku, laris dan berjaya. Ya, anda mungkin fikir tentang rasa, konsep dan penyediaan makanan tetapi sebenarnya, ada satu perkara yang perlu diambil kira iaitu penampilan diri penjual makanan itu sendiri.

Bak kata penyanyi Brunei-Indonesia, Jaz,

Dari mata kau buatku jatuh, Jatuh terus jatuh ke hati…

Masalahnya, keempat-empat individu menarik di bawah ini bukan sahaja membuatkan hati anda tertawan malahan perut anda juga dengan masakan mereka ataupun makanan yang dijual oleh mereka.

Yalah, kalau sudah suka, semua pun sedap. Marilah kita lihat siapakah gerangannya individu-individu menarik dan menawan ini.

 

Fatin Farhana Muhammad Suad

Fatin Farhana ataupun lebih mesra dengan panggilan Fatin, bukanlah seseorang yang anda akan fikir sebagai seorang yang bekerja sebagai penebar roti canai tetapi itulah hakikatnya! Gadis genit dari Bidor, Perak, mencari rezeki sebagai seorang penebar roti canai di sebuah gerai bernama Kak Ita Corner.

Wajah Fatin yang polos bak bidadari dan matanya yang bulat bundar sudah pasti menarik perhatian jejaka-jejaka Malaya. Diberi nama gelaran sebagai “Gadis Penebar Roti Canai”, penebar roti comel ini mempunyai lebih daripada 38,000 pengikut di Instagram.

Mamak-mamak roti canai pun mungkin perlu fikir gimik seperti Kak Ita dengan menampilkan penebar roti canai kacak persis Shah Rukh Khan atau Amir Khan supaya gadis-gadis Malaya pula ada peluang untuk cuci mata.

 

Siti Hajar Ahmad

Kredit: Facebook.com (Siti Hajjar Ahmad)

Anda pasti pernah mendengar tentang nasi lemak sensasi yang diberi nama, “Nasi Lemak Anak Dara” bukan? Pemilik nasi lemak itu tak lain dan tak bukan ialah Siti Hajar Ahmad. Cik Siti bukan sembarangan penjual nasi lemak, ya. Gadis muda ini sebenarnya merupakan pemegang ijazah kejuruteraan elektronik.

Tak semestinya belajar tinggi, perempuan tak masuk dapur, ya.  Jika anda ingin merasai air tangan anak dara ini, turunlah ke gerai Nasi Lemak Anak Dara di Shah Alam.

 

Aidille Iman

Kredit: Facebook.com (Aidille Iman)

Saya pasti ramai gegadis di luar sana yang pernah menonton filem Hollywood “500 Days of Summer” dan jatuh cinta dengan watak hero filem tersebut, Tom. Tom atau nama sebenarnya, Joseph Gordon Levitt sebenarnya mempunyai kembar hilang di Malaysia. Nama kembarnya itu ialah Aidille Iman.

Aidille Iman yang mesra dipanggil sebagai Aidille mengakui kebenaran ini pada kapsyen profil Instagramnya. Jadi, gegadis Malaya, apa lagi, DMlah ya.

Sebenarnya, tujuan saya menceritakan tentang Aidille bukanlah kerana rupa parasnya seperti Joseph Gordon Levitt sebaliknya usahanya yang menjual makanan kegemaran Malaysia seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi kak wok dan mee melaka. Aidille seorang yang sangat mesra dan sentiasa mempamerkan senyuman manis semasa melayan pelanggan yang mengunjungi gerainya di  SS6/3.

 

Jordan Yeoh

Kredit: Facebook.com (Jordan Yeoh)

Baiklah, sekarang untuk individu menarik yang keempat pula. Jejaka tampan ini merupakan jejaka idaman semua gadis-gadis Malaysia, baik Cina, India mahupun Melayu. Satu ketika dahulu, riuh satu Malaysia tentang dirinya.

Siapakah dia?

Dia bukan seorang model mahupun pelakon. Sebaliknya, dia seorang penjual buah durian. Kini, buah durian juga kelihatan seksi untuk pembaca wanita, bukan? Jejaka yang diberi nama Jordan Yeoh ini bukanlah penjual durian sepenuh masa. Kebetulan dia membantu pakcik dan makciknya dengan kedai durian mereka.

Kini, Jordan telah membuka app senamannya sendiri yang diberi nama JY Fitness Timer untuk membantu jejaka-jejaka penjual durian lain mendapat badan sepertinya.

 

 

Pastinya, hati anda berdebar-debar selepas membaca artikel ini. Saya faham. Siapa yang tak seronok tengok orang yang cantik, kacak dan menawan, bukan?

Malangya, saya sudah kehabisan senarai penjual makanan yang comel-lote untuk dikongsi bersama anda. Jika anda mengetahui penjual makanan lain yang mempunyai rupa paras bak model atau ratu cantik, bolehlah tinggalkan komen di bawah.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.