Site icon Butterkicap

5 Tepung Ayam Goreng Jamin Rangup & Gurih

Rahsia pada kulit ayam goreng yang rangup ialah tepungnya. Tepung yang dimaksudkan ini bukanlah sekadar mencelup ayam ke dalam tepung yang kosong tetapi tepung yang diperisa dengan rempah ratus dan lebih lagi.

Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi variasi tepung ayam goreng yang anda boleh belajar?

Semestinya, maklumat ini akan mengubah kehidupan anda selepas ini. Masakan tidak, anda tak perlu runsing lagi pasal ayam anda tak cukup rangup seperti ayam yang dijual di kedai makan.

1. Ayam Goreng Mamak Style

Bahan-Bahan

 

Bahan kisar 

 

Cara-Cara

  1. Kisarkan bahan kisar sehingga menjadi pes.
  2. Potongkan ayam mengikut bahagian dan perapkan bersama bahan kisar, tepung beras, tepung jagung dan daun kari. Biarkan diperap sekurang-kurangnya 15 minit.
  3. Penuhkan kuali dengan minyak sehingga paras yang mencukupi untuk digoreng.
  4. Panaskan kuali api yang sederhana. Minyak sudah mencapai suhu yang cukup panas apabila minyak berdesir bila dimasukkan tepung.
  5. Gorengkan ayam dalam 10-12 minit dengann hanya membalikkan ayam sekali sahaja.

 

2. Ayam Goreng ala KFC

Bahan-Bahan

 

Cara-Cara

  1. Dalam mangkuk, gabungkan garam, lada hitam, serbuk bawang, serbuk bawang putih, serbuk paprika, serbuk jintan putih, oregano, serbuk cayenne untuk menghasilkan campuran perasa.
  2. Campurkan 1/2 campuran perasa ke dalam tepung dan gaul sehingga sebati.
  3. Campurkan lebihan campuran perasa ke dalam ayam dan gaul sehingga ketulan ayam disalut dengan perasa.
  4. Seterusnya, tambahkan susu mentega kepada ayam dan gaul sehingga sebati. Ayam anda akan menjadi warna oren kemerah-merahan.
  5. Perapkan ayam selama 2 jam ataupun semalaman.
  6. Dalam kuali yang besar, panaskan minyak pada api yang sederhana.
  7. Celupkan ayam ke dalam campuran perasa dan tepung dan ketukkan ayam untuk membuang lebihan tepung. Pastikan tiada tepung lebihan pada ayam atau tepung akan menjadi hangit sewaktu digoreng.
  8. Gorengkan ayam 3-4 ketul pada satu masa dan balikkan ayam sekali sahaja sehingga perang keemasan dan rangup.
  9. Rehatkan ayam di atas rak besi untuk supaya tiada lebihan minyak.

 

 

3. Ayam Karaage 

Bahan-Bahan

 

Cara-Cara

  1. Di dalam mangkuk adunan, gabungkan ayam, halia, bawang putih, kicap cair dan lada hitam dan gaul sehingga ayam disalut dengan bahan-bahan.
  2. Tutupkan mangkuk dengan pembalut plastik dan perapkan selama 15 minit hingga 30 minit di dalam peti sejuk.
  3. Di dalam pinggan yang leper, masukkan tepung jagung.
  4. Salutkan satu persatu ketulan ayam dengan tepung jagung sambil membuang lebihan tepung pada ayam.
  5. Di dalam kuali, panaskan minyak untuk menggoreng ayam.
  6. Apabila minyak sudah mencukupi panas, masukkan ayam dan gorengkan selama 5 hingga 6 minit atau sehingga menjadi perang keemasan.
  7. Rehatkan ayam yang telah digoreng di atas rak yang dilapik dengan tuala dapur.

 

 

4. Ayam Yangneom 

Bahan-Bahan

 

Bahan Salutan Tepung

 

Bahan Sos

 

Cara-Cara

  1. Di dalam mangkuk adunan, gabungkan semua bahan-bahan untuk salutan tepung dan gaul sehingga tiada ketul-ketul tepung.
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak pada api yang sederhana.
  3. Celupkan kepak ayam ke dalam tepung jagung sambil membuang lebihan tepung, dan gorengkan sehingga sedikit perang
  4. Angkatkan ayam keluar dan rehatkan selama 3-5 minit.
  5. Seterusnya, tinggikan api dan gorengkan ayam buat kali kedua sehingga perang keemasan dan rangup. Langkah ini akan mengambil kurang dari 3 minit.
  6. Di dalam kuali leper, gabungkan semua bahan-bahan untuk sos dan kacau sehingga mendidih.
  7. Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga sebati.

 

5. Ayam Goreng Thai

Bahan-Bahan

Perapan

 

Salutan tepung

 

Cara-Cara 

  1. Gabungkan bawang putih, biji ketumbar, lada putih, daun ketumbar dan sos ikan di dalam mesin kisar dan kisarkan sehingga menjadi pes.
  2. Gaulkan ayam dengan pes, sos tiram dan serbuk cili selama 1 jam.
  3. Panaskan minyak di dalam pada api yang sederhana.
  4. Dalam mangkuk adunan, campurkan bahan-bahan salutan tepung sehingga terbentuk salutan tepung yang sedikit cair.
  5. Celupkan ayam ke dalam salutan tepung dan masukkan ke dalam minyak yang panas.
  6. Ayam sudah siap digoreng apabila bertukar menjadi perang keemasan.

 

Siapa sahaja yang tidak suka akan ayam goreng? 5 resepi tepung ayam goreng ini memang agak rumit berbanding tepung KFC segera, tetapi kami janji hasilnya sangat berbaloi!

Selamat mencuba.

print