6 Tabiat Puasa Lucu yang anda Akan Perasan Ramadhan Ini

Ramadhan ialah bulan yang sentiasa dinantikan oleh semua lapisan masyarakat dan umur di Malaysia, terutama sekali rakyat Malaysia yang beragama Islam. Untuk tahun ini, bulan Ramadhan dijangka akan bermula pada tarikh 17 Mei 2018.

Oleh itu, bahang keterujaan untuk kedatangan bulan mulia ini semakin dirasai kerana kehadirannya hanya berbaki beberapa hari sahaja. Hal ini demikian kerana ramai yang melihat bulan ini sebagai masa terbaik untuk melaksanakan ibadah sebaiknya tetapi tidak dinafikan, ada antara kita yang menantikan kedatangan Ramadhan untuk aneka juadah yang jarang sekali dijual pada bulan-bulan lain.

Bermula berpuasa setelah lebih 6 bulan asyik makan dan makan pastinya tidak mudah kerana badan anda tidak biasa lagi dengan perubahan tersebut. Oleh sebab itulah, terdapat beberapa perangai dan tabiat yang anda akan perasan anda ataupun orang disekeliling anda akan lakukan.

Ya! Jangan fikir kanak-kanak sahaja yang  ada kerenah tertentu ketika berpuasa. Orang dewasa pun begitu juga khususnya apabila menjelang bulan Ramadhan. Di sini kami senaraikan 7 tabiat puasa yang anda mungkin atau tidak perasan sebelum ini.

 

Tabiat Puasa #1: Bersahur Hujung Waktu

Sememangnya kita dianjurkan untuk tidak bersahur terlalu awal. Sebaiknya lewatkan waktu bersahur. Namun begitu, janganlah terlalu lewat sampai tidak sempat untuk membuat apa-apa hatta minum segelas air sekalipun!

Sekurang-kurangnya, anggarkan masa yang mencukupi untuk anda sediakan atau mengambil sesuatu yang boleh membekalkan tenaga kepada anda sepanjang hari. Dalam Islam,  anda digalakkan untuk bersahur walaupun hanya dengan sebiji kurma. Tiada paksaan untuk anda bersahur dengan kurma.

Apa yang pasti adalah untuk mengambil sesuatu yang mempunyai kandungan gula yang tnggi agar mampu ditukar menjadi tenaga kepada tubuh badan agar kekal aktif di siang hari.

Apapun, elakkan daripada mengambil makanan berat pada waktu sahur kerana anda akan berpotensi untuk cepat berasa lapar apabila menjelang tengah hari. Kalau bersahur terlalu lewat lagilah sukar untuk anda mengambil makanan atau minuman yang secukupnya agar perut anda tidak berkeroncong kuat sebelum waktu berbuka.

Hal ini ibarat anda tidak bersarapan pada hari biasa (hari yang mana puasa tidak diwajibkan). Jadi, tubuh badan akan mudah berasa letih dan lesu sepanjang hari.

Jadi, sebaiknya ambillah sahur pada waktu perantaraan sebelum waktu imsak iaitu waktu peringatan sebelum azan subuh berkumandang. Mulakan hari anda dengan mengambil sahur sebaiknya seperti anda mengambil sarapan setiap hari. Hal ini demikian kerana bersahur adalah pengganti pada sarapan pagi.

Oleh itu, janganlah mengambil kesempatan atas seruan melewat-lewatkan puasa untuk menjadi alasan kepada anda ponteng puasa. Zaman dah canggih, tetapkan jam loceng anda untuk bersahur. Anda mampu melakukannya!

 

Tabiat Puasa #2: Nafsu Tinggi, Selera Kecil

Setiap kali masuk saja bulan Ramadhan, ada antara kita yang dikuasai dengan nafsu makan yang cukup tinggi. Memang tidak menghairankan kerana siapa yang dapat mengawal nafsu makan apabila mereka terpaksa menahan diri daripada makan sepanjang hari?

Namun begitu, itu tidak bermakna hal ini sesuatu yang boleh dipandang sepi oleh semua ahli masyarakat. Menurut satu keratan berita yang dilaporkan oleh Harian Metro pada tahun 2017, terdapat hampir 8,000 tan makanan yang dibazir oleh rakyat Malaysia ketika bulan Ramadhan. Bukan 8 tan ya, tetapi LAPAN RIBU TAN.

Nafsu makan yang tiba-tiba datang membuak-buak ini berlaku kerana kita terlalu teruja apabila berkunjung ke Bazaar Ramadhan yang menjual pelbagai jenis juadah yang jarang kita perolehi pada bulan-bulan lain.

Kita terlupa bahawa perut kita yang kosong sepanjang hari akan cepat kenyang dan tidak mungkin dapat menampung segala macam kuih, pencuci mulut dan sajian sampingan lain yang anda fikir anda akan teringin nanti selepas solat taraweeh (kalau anda tidak kekenyangan dan melingkar di atas sofa seperti ular sawa).

Kalau dulu masa kecil, bolehlah mak ayah mengawal diri anda dengan berkata, “Kesian nasi tu. Dia menangis sebab kita tak habiskan”. Anda mesti pernah dengar kan ayat-ayat emosi seperti ini, bukan? Biarkan kata-kata itu terus terngiang-ngiang di telinga anda setiap kali anda menjejakkan kaki di bazar-bazar Ramadhan.

 

Tabiat Puasa #3: Alasan “Aku Puasalah”

Jangan terkejut kerana terdapat ramai orang, baik yang anda kenal ataupun tidak, yang cukup suka menggunakan alasan ini untuk mengelat daripada menjalankan tugas. Jangan menafikan tentang hal ini kerana perkara ini sememangnya berlaku.

Berpuasa bukanlah satu alasan untuk tidak melakukan apa-apa jua tugasan. Ada yang menjadikan puasa sebagai alasan tidak perlu hadir ke tempat kerja dan bercuti dengan alasan sakit akibat berpuasa seperti gastrik.

Ramai yang mengambil cuti pada bulan Ramadhan kerana mereka menjadi letih dan lesu sepanjang hari. Hal ini juga berpunca daripada mengabaikan bersahur.

Oleh itu, janganlah jadikan puasa sebagai alasan untuk merendahkan mutu produktiviti dan menganggap kerja anda sebagai sesuatu yang membebankan diri anda. Sedangkan zaman dahulu orang mampu berjuang di medan perang walaupun mereka berpuasa, apatah lagi kita sekarang yang duduk dalam bilik yang sejuk?

Lagipun berpuasa tidak mengehadkan pergerakan kita seharian tanpa berbuat apa-apa.

Namun begitu, kalau anda betul-betul tidak mampu, janganlah memaksa diri. Nanti semakin melarat pula sakit anda!

 

Tabiat Puasa #4: Berbuka Prioriti Utama

Perkara yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua yang berpuasa ialah waktu berbuka. Kita sanggup menunggu azan maghrib di hadapan televisyen kerana kebiasaannya waktu azan maghrib akan ada laungan azan di kaca televisyen tidak mengira apa jua siaran yang anda tonton. Tambahan pula, memang seronok berkumpul beramai-ramai sambil menantikan azan maghrib berkumandang.

Waktu ini sangat ditunggu-tunggu kerana setelah seharian berlapar dan menikmati makanan yang anda sudah beli atau sediakan. Namun begitu, janganlah sampai sudah mencedok makanan dan duduk termenung memandang pinggan anda yang penuh sementara membuka telinga mendengar azan. Agak memalukan dan menyedihkan jika anda bersikap begitu.

Walaupun amat digalakkan untuk berbuka pada awal waktu, janganlah terus menjamah makanan yang berat dahulu. Kita seelok-eloknya menjamah makanan sekadar untuk mengisi perut dan tunaikan solat maghrib dahulu. Selepas itu, barulah makan makanan yang lebih berat. Bulan Ramadhan bukan bulan makan tetapi bulan untuk beribadah.

Kita sebaiknya berhenti makan sebelum kenyang dan elakkan makan secara berlebihan sehingga sengkak. Makanan takkan habis kalau anda makan sedikit demi sedikit. Bulan Ramadhan berlangsung selama sebulan, bukannya seminggu!

 

 

Tabiat Puasa #5: Puasa “Yangyok”

Kebiasaannya, budak-budaklah yang akan suka membuat tabiat ini. Perkara yang lebih mengejutkan adalah ada juga orang dewasa yang berperangai seperti ini juga. Jangan sangka umur dah lanjut, perangai sudah matang.

Bagi yang berperangai seperti ini, baik mengaku sekarang dan bertaubatlah. Semasa kecil, ramai yang konon-konon berpuasa tetapi sebaik sahaja ibu bapa tiada di rumah atau sibuk bekerja, anda yang senyap-senyap ke dapur untuk menjamah sedikit kudapan ataupun minum air.

Kalau kecil, bolehlah marah dan pukul. Kalau dah besar, takkanlah nak dirotan lagi? Buruk betul bayangan tersebut. Oleh sebab golongan puasa yangyok ini tidak mahu kantoi, mereka membentuk geng rahsia yang digelar geng plastik hitam. Janganlah anggap semua lelaki dan wanita yang memegang beg plastik hitam merupakan geng ini, ya.

Geng plastik hitam ini selalunya sembunyi di mana-mana lorong sunyi supaya dapat makan di siang hari agar tidak ditangkap dan terpaksa diarak dalam van jenazah.  Jika anda merasakan hukuman itu tidak begitu serius, bersiap sedialah untuk membayar denda sebanyak RM 1,000 atau dipenjara selama enam bulan. Berbaloikah hanya untuk sesuap nasi?

Kalau tak mahu mengeluarkan duit untuk membayar denda, puasalah penuh. Puasa bersungguh-sungguh dan kikislah tabiat puasa main-main. Didik anak anda supaya turut sama berpuasa bersama anda. Tambahan pula, banyak manfaat puasa pada badan anda. Jadi, berpuasalah sebaiknya.

 

 

Tabiat Puasa #6: Fenomena “done”

Ini adalah fenomena yang kerap terjadi di media sosial apabila tibanya bulan Ramadhan. Ramai yang akan memuat naik status “done sahur”, “done Iftar”, “done terawih” dan bermacam-macam lagi status yang muncul berkaitan dengan ibadah atau aktiviti yang telah dilakukan sepanjang hari mereka berpuasa.

Fenomena “done” ini sudah menjadi suatu trend yang menjadi ikutan semua orang tanpa mengira lapisan umur.

Buka sahaja apa sahaja laman sosial yang ada pastinya penuh dengan status atau gambar yang dimuat naik selepas berbuka, selepas terawih, sahur dan apa jua yang dilakukan pada setiap masa.

Dengan harapan semua orang akan menyukai setiap apa yang dimuat naik di laman sosialnya.

 

 

Buang Tabiat Puasa yang Keruh, Ambil yang Jernih

Jadi, Ramadhan kali ini cubalah untuk kurangkan perangai-perangai yang tidak semenggah dan perbanyakkan lagi amalan yang baik serta berkongsi maklumat yang dapat memberi manfaat kepada semua orang.

Semua umat Islam dianjurkan untuk mengumpul seberapa banyak pahala yang boleh sepanjang bulan Ramadhan ini kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan diberi ganjaran berlipat kali ganda.

Daripada  mengumpul ‘like’ banyak-banyak di laman sosia, baiklah anda mengumpul pahala pula. Setakat sebulan, takkanlah anda tidak boleh buat? Ada 11 bulan lagi untuk anda kemas kini laman sosial anda.

Cukuplah tazkirah daripada kami di Butterkicap. Selamat berpuasa dan beramal di bulan Ramadhan ini.

print
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris