13 Jenis Pantang Larang di Dapur yang Paling Popular

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia mempunyai pelbagai pantang larang? Pantang larang ini bermula dengan nenek moyang kita dan masih dipraktikan sehingga kini oleh sesetengah keluarga.

Patang larang merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun.

Orang tua kerap menggunakan pantang larang bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

Tanpa membazirkan masa anda, kami akan menyenaraikan patang larang yang sering kali diucapkan oleh nenek moyang serta ibu kita sendiri apabila berada di dapur atau yang berkaitan dengan makanan.

 

1. “Minum berdiri boleh buat perut kembung”

Situasi: Kami pasti anda semua pernah berbuat demikian. Ambil air dari petik sejuk dan terus meneguk air sambil berjalan atau berdiri. Ambillah kerusi dan duduk dahulu.

Logik: Orang – orang dahulu tidak membenarkan anda minum berdiri bukan kerana takutkan perut kembung tetapi lebih kepada tidak mahu anda mengotorkan sesuatu tempat apabila air tertumpah.

Hal ini kerana ianya amat sukar untuk membersihkan tempat tumpahan air tersebut, lagi-lagi jika ianya air sirap dan perabot anda berwarna putih.

 

2. “Menyanyi semasa memasak nanti dapat suami tua”

Situasi: Kami merasakan bahawa perkara ini sering kali dibuat oleh semua orang yang pernah memasak, tengah-tengah bosan sambil menunggu kuah mendidih, jadi nyanyilah sebentar.

Walaupun pada zaman kini berkahwin dengan orang yang lebih berumur daripada kita bukanlah merupakan perkara yang pelik malahan perkara yang dihajati, namun pada masa dahulu ianya agak pelik.

Logik: Orang zaman dahulu melarang anda menyanyi bukan kerana perkara tersebut kerana mengikut logiknya perkara tersebut tidak akan berlaku, namun mereka melarang anda menyanyi kerana terdapat 3 perkara :

  1. Suara anda tidak sedap dan tidak mahu menganggu ketenteraman jiran anda.
  2. Tidak mahu air liur anda termasuk dalam masakan tersebut.
  3. Tidak mahu masakan tersebut rosak kerana anda terlalu khayal menyanyi.

 

3. “Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang”

Situasi: Perkara ini sering berlaku pada zaman sekarang oleh mereka yang masih tinggal dengan keluarga. Waktu senja di sini ialah diantara jam 6.50 petang hingga ke 7.30 malam  (Kiranya semasa waktu maghrib).

Logik: Pantang larang ini digunakan kepada mereka yang tinggal bersama keluarga. Pantang larang ini menghalang kita daripada makan pada waktu maghrib kerana waktu tersebut lebih afdal digunakan untuk mendirikan solat maghrib terlebih dahulu.

Patang larang ini turut mengajar kita bahawa mendirikan solat patut diutamakan berbanding mengisi perut anda sahaja.

 

4. “Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding”

Situasi: Siapa di antara anda yang mengemari pedal ayam? Ye, Pedal ayam enak dimakan walaupun ianya agak liat. Walaupun penulis sendiri tidak memakan pedal ayam namun begitu terdapat segelintir daripada kawan penulis yang mengemari pedal ayam.

Logik: Sebenarnya pedal ayam ini tidak digalakkan dimakan oleh orang-orang tua kerana dagingnya yang liat akan membuat dagingnya sukar dimakan dan akan menyebabkan anda mengunyah dengan banyak bagi menghancurkan dagingnya.

Kami tidak pasti mengapa ianya dikaitkan dengan bersanding tetapi kami merasakan bahawa anak kepada individu yang mengeluarkan pantang larang ini telah mengantuk semasa majlis sanding beliau.

 

5. “Makan tak basuh pinggan, nanti lambat dapat pasangan”

Situasi: Perkara ini sering kali dibuat oleh kebanyakkan kita semua apabila dirumah. Mentang-mentang ibu atau bapa anda telah masak, merekalah juga yang harus membasuh pinggan serta mangkuk yang telah anda tinggalkan dalam sinki.

Logik: Logik disebalik pantang larang ini ialah agar mengajar anak-anak mereka agar tidak malas membasuh pinggan. Anak-anak telah dimomokkan dengan pantang larang ini agar lebih rajin untuk menolong ibu mereka mengemas serta membasuh pinggang selepas makan.

 

6. “Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu”

Situasi: Situasi ini sama seperti pantang larang nombor 3 iaitu makan pada waktu maghrib.

Logik: Terdapat sebab yang amat ketara mengapa makan pada waktu maghrib dikaitkan seperti makan bersama hantu. Hal ini kerana waktu maghrib merupakan waktu dimana kita mengerjakan solat maghrib.

Selain itu, komuniti Melayu menghargai masa bersama keluarga dan mengesyorkan agar kita makan bersama keluarga kita. Oleh demikian, pantang larang ini diujarkan kepada mereka agar mengerjakan solat terlebih dahulu dan makan bersama keluarga agar silaturrahim dapat dieratkan.

 

7. “Makan sisa anak, anak akan degil”

Situasi: Kami pasti terdapat ibubapa yang sayang terhadap makanan yang tidak habis sehinggakan sanggup menghabiskan sisa makanan anak. Hal ini sering berlaku kerana makanan pada masa kini bukan murah dan kita haruslah berjimat-cermat

Logik: Pantang larang ini tidaklah mempunyai kaitakan yang terus dengan kanak-kanak pada masa terdekat namun begitu lebih kepada perkara yang dijangka akan berlaku pada masa yang akan datang.

Jikalau anak tidak dinasihatkan agar menghabiskan makanan dipinggang mereka, mereka akan membazir dan sikap pembaziran sukar untuk dibendung apabila mereka menjadi dewasa.

 

8. “Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang”

Situasi: Keadaan ini sering kali anda lihat apabila anda makan secara bersila. Makan secara bersila merupakan salah satu adat yang dipraktikan oleh rakyat Malaysia di bahagian kampung dan malahan ianya juga dipraktikan oleh mereka yang duduk dibandar kerana nikmat menjamah makanan lain dari yang lain.

Logik: Pantang larang ini tidak mempunyai kesan yang dasyat seperti yang dikatakan tetapi lebih kepada langkah berhati-hati.

Pinggan yang diletak di atas riba boleh menyebabkan pinggang tersebut terjatuh ke atas lantai dan menyebabkan makanan tersebut harus dibuang dan satu pembaziran yang akan berlaku,.

Ianya juga dikatakan “suami” kerana kebanyakkan mereka yang gemar meletakkan pinggan di atas riba merupakan kaum wanita berbanding lelaki.

 

9. “Jangan makan nasi di senduk, nanti payah dapat rezeki”

Situasi: Hal ini sering kali berlaku tatkala anda sedang lapar kebuluran dan tidak lagi sanggup menunggu walaupun sesaat untuk menikmati juadah dihadapan anda. Ye, terdapat sesetengah manusia yang tidak lagi sanggup menunggu dan terus makan nasi di senduk tersebut.

Logik: Pantang larang ini amat berhubungkait dengan perkara yang berlaku selepas itu. Jikalau anda mengambil nasi di senduk, anda bukan sahaja telah mengakibatkan orang lain tidak dapat mengambil nasi tersebut malahan nasi tersebut akan dibazirkan kerana mereka geli untuk mengambilnnya.

Maka janganlah anda makan nasi di senduk kerana ia bukan sahaja akan membantutkan rezeki orang lain malahan anda akan rugi kerana terpaksa masak nasi yang lain agar mereka tidak mengambil cebisan air liur anda itu.

 

10. “Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua”

Situasi: Hal ini sering kali berlaku apabila sudah makan dan oleh kerana sikap malas yang tinggi, kami akan mengambil pinggan sekaligus dan terus ke sinki untuk membasuhnya.

Namun begitu, kita turut dihalang oleh ibu daripada berbuat demikian kerana takuti akan beristeri dua (Namun begitu, kami pasti kaum lelaki gembira jika dapat cukupkan kuota 4 terus bukan?)

Logik: Untuk pengetahuan anda semua, pantang larang ini agak pelik dan masih tidak pasti bagaimana bertindih pinggan mampu memyebabkan anda beristeri dua namun begitu kadang-kadang, mereka menghalang berbuat demikian daripada menghalang perkara tidak diingi daripada berlaku.

Cuba anda bayangkan semasa anda kalut menidih pinggan tersebut dan salah satu daripadanya pecah, maka akan lagi sukar untuk anda mengemas serta membasuh pinggan yang sudah terjatuh di lantaui tersebut.

 

11. “Jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng”

Situasi: Pernahkah anda melihat leher ayam? Leher ayam ini merupakan salah satu bahagian yang digemari orang ramai dan terdapat sesuatu pepatah yang mengatakan jika makan leher ayam kepada kita akan teleng nanti.

Logik: Logik bagi pantang larang ini ialah ia mahu mengelak kita dari berebut. Leher ayam bagi orang dahulu merupkan salah satu bahagian kegemaran ramai kerana ia penuh dengan rasa.

Orang dahulu berkata sedemikian kerana mereka tidak mahukan anda semua bergaduh kerana leher ayam mempunyai satu sahaja berbanding bahagian ayam yang lain dan mereka tidak mahu anak-anak mereka bergaduh hingga kepala teleng kerana disebabkan leher ayam tersebut.

 

12. “Jangan biarkan pinggan kering selepas makan, nanti boleh jadi papa kedana”

Situasi: Ini sering kali berlaku pada zaman sekarang ini,. Selepas sudah sedap makan makanan di pinggan, kita pula berbual dengan rakan mahupun keluarga kita hingga menyebabkan pinggan kita menjadi kering.

Logik: Sebenarnya orang dahulu menghalang kita daripada membiarkan pinggan menjadi kering kerana jika pinggan tersebut kering, nanti proses membasuhan akan menjadi sukar.

Ia tidak ada kaitkan yang rapat hingga menjadi papa kedana tetapi lebih kepada ingin mengingatkan kepayahan yang akan berlaku jika anda membiarkan ia menjadi keirng.

 

13. Tak boleh duduk atas lengsung, nanti dubur akan berkudis”

Situasi: Pernahkah anda duduk atas lesung? Tempat yang digunakan untuk menumbuk segala benda seperti cili dan sebagainya? Jika pernah, baik-baik.

Logik: Orang dahulu melarang anda berbuat demikian kerana satu perkara yang amat logik. Lesung tersebut telah digunakan untuk menumbuk segala bahan makanan seperti cili dan sebagainya, kenapa pula anda mahu duduk di atas makanan boleh tak?

Selain itu, ia bukan suatu perkara yang baik kerana terdapat kerusi di dapur duduklah di atas kerusi daripada mencangkung atas lengsung.

 

 

Maka itulah merupakan pantang larang yang dipraktikan dan diujarkan secara lisan turun menurun. Terdapat beberapa pantang larang memang tidak logik namun begitu kami sentiasa mempercayai bahawa semua perkara yang ditegar pasti mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Ikutlah pantang larang selagi ianya tidak membinasakan sendiri kerana ia merupakan salah satu perkara yang unik dan seharusnya diberitahu hingga ke anak cucu.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.