Site icon Butterkicap

10 Masakan Lemak Membuatkan Anda Rindu Masakan Mak

Sebagai seorang bujang yang berkelana ke bandar besar Kuala Lumpur, sememangnya ada masa saya akan merindui masakan ibu, tambah-tambah lagi selepas seharian bekerja dan pulang ke rumah dengan harapan ada makanan di rumah.

Malangnya, hanya ada telur dan piza sejuk yang dibeli pada waktu hujung minggu. Pasti rasa macam nak balik ke rumah mak malam itu juga, bukan?

 

Rindu Mak

Walau apapun perasaan anda, takkanlah anda nak tinggalkan kerjaya dan hidup anda di bandar semata-mata nak ikutkan rasa rindu masakan mak. Tak bekerjalah kita kalau asyik fikir begitu. Jadi, cara yang terbaik adalah dengan sediakanlah sendiri masakan ibu yang dirindui di rumah.

Tak perlu sedia banyak-banyak jenis. Cukuplah sekadar satu lauk untuk anda hilangkan rasa rindu pada hari minggu.

 

Pilihan Yang Mana Satu

Sekarang, anda sudah bersedia untuk memasak. Anda sudah kosongkan hari minggu anda untuk membeli bahan-bahan dan cuba untuk memasak. Namun begitu, adakah anda sudah memilih lauk kegemaran anda yang manakah anda nak masak? Tak ada idea, tidak mengapa kerana saya ada satu cadangan untuk anda. Masak Lemak.

 

Variasi Masak Lemak Wajib Cuba

Dalam banyak- banyak masakan ibu saya, masak lemak dengan senangnya disenaraikan dalam tiga masakan teratas yang paling saya rindui. Perkara menarik tentang masak lemak ini adalah dalam keringkasan bahan yang digunakan untuk menyediakan satu hasil lauk yang cukup menyelerakan, penuh dengan rasa dan paling penting, menambahkan lagi selera anda.

Jadi, dalam artikel ini, saya bukan sahaja senaraikan satu ataupun dua, malah 10 resepi masak lemak untuk anda sediakan dan nikmati setiap kali anda merindui rumah mahupun ibu anda. Mampulah buat anda bertahan hingga musim cuti seterusnya.

 

 

1. Labu Masak Lemak

Kalau tiada labu masak lemak dalam senarai ini memang tidak lengkaplah artikel masak lemak ini, betul tak? Di kampung, masak lemak memang cukup kerap disediakan kerana lambakan sayur-sayuran berair seperti labu manis yang mudah untuk didapati di pasar tani berdekatan.

Perkara menarik tentang labu masak lemak ialah masakan ini dapat dipasangkan dengan pelbagai jenis lauk lain, tambah-tambah lagi dengan ikan masin. Memang tak berhentilah makan! Cubalah resepi Lemak Labu versi Butterkicap ini. Memang mudah, senang dan cepat untuk disediakan dalam jadual waktu anda yang padat.

2. Rebung Masak Lemak

Gambar Stok oleh ayarx oren/Shutterstock

Bahan-Bahan:

 

Cara-Cara:

  1. Kisar semua bahan kisar. Masukkan bahan tersebut ke dalam kuali berisi dua sudu besar minyak.
  2. Atas api sederhana besar, tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan rebung dan gaul sebati. Biarkan mereneh selama 2 minit.
  4. Masukkan santan ,garam dan gula.
  5. Gaul dan biarkan mendidih selama 5 minit.
  6. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.

 

3. Ikan Keli Masak Lemak

Kredit: Deskgram

Bahan-Bahan:

 

Cara-Cara:

4. Daging Salai Masak Lemak

Kredit: Pinterest

Bahan-Bahan:

 

Cara-Cara:

  1. Salai Masukkan bahan tumbuk, serai dan segelas air ke dalam periuk. Masak menggunakan api perlahan sehingga menggelegak.
  2. Masukkan kentang. Masak lagi hingga kentang agak empuk.
  3. Masukkan daging salai yang dihiris tadi. Masak lagi hingga menggelegak dan kuah agak berubah warna.
  4. Masukkan asam gelugor dan santan. (Kalau rasa santan terlampau pekat, boleh tambah sedikit air tapi jangan terlalu cair). Kacau selalu supaya tak pecah lemak.
  5. Bila dah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sebentar. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

 

5. Ketam Masak Lemak

Kredit: Koleksi Resepi Emak

Bahan-Bahan: 

 

Bahan Kisar: 

Cara-Cara: 

  1. Dalam periuk, masukkan 3 sudu besar minyak dan masukkan bahan kisar, serai, asam gelugor dan ketam. Kacau rata selama 2-5 minit hingga naik bau.
  2. Masukkan 2 cawan air dan tutupbersama-sama bahan yang telah dikisar, serai, dan asam gelugor. Masukkan 2 cawan air sehingga paras ketam tenggelam. Tutup periuk selama 5 minit dan biar mereneh hingga ketam bertukar warna.
    2. Tuangkan santan cair, kacau dan biar mendidih sekali lagi.
    3. Masukkan nenas. Tutup periuk selama 5 minit hingga nenas lembut. masukkan daun kunyit dan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  3. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih dengan api yang sederhana. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tutup api.

 

 

6. Pucuk Ubi Masak Lemak

Kredit: Resepi Nannie

Bahan-Bahan:

 

Cara-Cara:

  1. Dalam periuk, masukkan 3 sudu besar minyak masak dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan santan cair dan pekat, asam keping dan serai. Tutup periuk dan biar mereneh selama 3 minit.
  3. Masukkan daun pucuk ubi dan kunyit. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau selama 3 minit dan masukkan santan pekat. Kacau rata dan padamkan api.

 

7. Udang Masak Lemak

Kredit: Qaseh Dalia

Bahan-Bahan:

 

Bahan Kisar:

 

Cara-Cara:

  1. Dalam periuk, panaskan 2 sudu besar minyak di atas api sederhana besar.
  2. Masukkan bahan kisar dan cili merah lalu tumis hingga wangi.
  3. Masukkan santan cair dan kacau rata. Tutup periuk selama 5 minit.
  4. Masukkan udang dan asam keping. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan santan pekat dan kacang buncis dan kacau rata. Tutup periuk sealam 3 minit. Padamkan api.

8. Sotong Masak Lemak

Kredit: Amie’s Little Kitchen

Bahan-Bahan: 

Bahan Tumis: 

Cara-Cara: 

  1. Sotong digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  2. Di dalam periuk, panaskan minyak atas api sederhana besar. Masukkan bahan tumis. Tumis sehingga naik bau.
  3. Selepas itu masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan santan cair dan kacau rata.
  4. Masukkan kacang buncis, buah tomato, cili merah, santan pekat dan cili hijau. Perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk selama 5 minit.

 

9. Cendawan Masak Lemak

Kredit: picgram

Bahan-Bahan:

 

Bahan Kisar:

 

Cara-Cara:

  1. Dalam periuk, masukkan dua sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar. Tumiskan ikan bilis dan bahan kisar hingga naik wangi.
  2. Masukkan cendawan dan kacau rata selama 5 minit.
  3. Masukkan santan cair dan perasakan dengan garam serta gula.
  4. Tutup periuk selama 5 minit.
  5. Masukkan santan pekat dan kacau rata selama 3 minit. Padamkan api.

 

10. Nangka Masak Lemak
Kredit: Zulfaza Loves Cooking

Bahan-Bahan:

 

Bahan Kisar:

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana besar dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan nangka yang direbus. Kacau rata.
  3.  Masukkan santan cair dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata.
  4. Tutup periuk selama 5 minit. Masukkan santan pekat dan kacau rata selama 3-5 minit.

 

Tak Cukup Lagi?

Ha, bagaimana? Ada terasa rindu terubat selepas tengok resepi-resepi masak lemak yang pelbagai ini Jika masih tidak mencukupi, anda boleh cuba variasi masakan merah dan goreng kunyit yang anda boleh sediakan sekali dengan hidangan masak lemak pilihan anda. Memang terangkat jari! Silap haribulan, ibu anda pula yang merindui masakan air tangan anda dan datang menziarah.

print