Resepi Rendang Ayam Daun Kasturi Chef Dato’ Fazley

Kredit: SukaSucre Bistro

Rendang merupakan satu hidangan yang cukup dekat dengan hati kita sebagai rakyat Malaysia. Setiap kali kita meraikan sesuatu, baik satu kejayaan, pencapaian, perayaan dan apa jua acara menggembirakan. Jadi, kalau tiada rendang di meja, memang rasa tak lengkaplah acara tersebut.

Walaupun perayaan hari Natal jarang-jarang sekali dijadikan kesempatan menyajikan hidangan rendang kepada tetamu yang hadir tapi variasi rendang Chef Dato’ Fazley ini adalah satu kelainan daripada resepi-resepi rendang lain kerana ia lebih menyerlahkan rasa masam kasturi yang membuatkan hidangan ini lebih menyelerakan dan tidak jelak untuk dimakan berulang kali.

Bahan-Bahan:

a) Bahan Kisar

  • 500g bawang merah
  • 250g bawang putih
  • 3 batang serai, dihiris nipis
  • 15g lengkuas
  • 20g kunyit hidup
  • 100g cili padi

b) Rempah Tumis

  • 2g bunga lawang
  • 5g kayu manis
  • 5g bunga cengkih

c) Bahan-Bahan Lain

  • 1 ekor ayam, dipotong 14
  • 1 batang serai
  • 150g pes cili
  • 250g pes asam jawa
  • 40g kerisik
  • 100g pes rendang
  • 3kg santan
  • 6 helai daun limau purut
  • Minyak masak secukupnya

Cara-Cara:

  1. Dalam periuk, masukkan 3 sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan rempah tumis dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan semua bahan kisar. Kacau selama 5 minit hingga wangi.
  3. Masukkan pes rendang, pes cili, limau purut dan serai. Biar masak hingga pecah minyak.
  4. Akhirnya, masukkan ketulan ayam. Kacau rata.
  5. Masukkan kerisik dan kacau rata. Biarkan masak selama 5-10 minit.
  6. Masukkan santan dan biar mereneh selama 15-20 minit hingga kuah menjadi sedikit pekat.

Tak Perlu Tunggu Musim Perayaan!

Jangan tunggu waktu perayaan saja untuk cuba menyediakan hidangan ini. Cubalah resepi ini sementara kita masih berada dalam musim cuti sekolah. Pastinya, anaka-anak dan suami atau isteri anda pasti akan berasa gembira dan seronok melihat sajian rendang terhidang di meja, lagi-lagi resepi rendang Chef Dato’ Fazley ini.

Kalau anda menyukai resepi ini, jangan lupa untuk berkongsi hasil masakan anda bersama kami dan Chef Dato’ Fazley dengan menyebut kami di kapsyen anda, @butterkicap, @fazleyyaakob dan @sukasucrebistro!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.