Resepi Bihun Singapura Senang dan Sedap!

Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP tak nampak lagi akan berakhir jadi jangan biat diri anda diselubungi rasa sedih dan gembirakan hati anda dengan sepinggan bihun Singapura yang mudah dan menyelerakan.

Kami perhatikan sejak PKP diumumkan, ramai yang mengambil kesempatan untuk menyediakan pelbagai makanan yang mereka tak pernah dapat cuba sebelum ini.

Tapi, apa nak buat bila barang dapur nak habis? Kita sediakan makanan yang ringkas seperti resepi Bihun Singapura ini!

Bahan-Bahan:

  • 150g daging lembu, dihiris nipis
  • 3 gulung bihun, direndam dalam air hingga lembut.Kira-kira 1 jam
  • 1 lobak merah, diparut atau dihiris nipis
  • ¼ kobis, dihiris nipis
  • 7 ulas bawang putih, dicincang halus
  • ½ cawan air
  • ½ cawan minyak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar kicap (kami menggunakan kicap masin tapi anda boleh guna kicap manis dan tambahkan garam secukup rasa)
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 2 sudu besar daun bawang atau ketumbar untuk hiasan (opsyenal)

Cili Potong Kicap

  • 140g cili merah, dihiris
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar cuka

Cara-Cara:

  1. Lembutkan bihun terlebih dahulu dengan merendam bihum di dalam air selama 1 jam.
  2. Perap daging lembu dengan kicap dan cuka selama 5 minit.
  3. Panaskan ½ cawan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bawang putih cincang. Goreng hingga keemasan.
  4. Masukkan daging lembu dan kacau hingga cukup masak. Langkah ini mengambil masa kira-kira 1minit.
  5. Masukkan lobak merah diparut dan ½ cawan air. Lobak merah dapat dimasak empuk. Biar selama 2 minit.
  6. Sekarang, masukkan lada hitam, serbuk perasa, cuka dan garam. Kacau rata.
  7. Masukkan bihun dan kobis lalu tokan hingga sekata. Gunakan spudip kayu untuk memudahkan anda. Kacau dan tos kira-kira 5 minit dan siap!
  8. Tabur daun bawang atau ketumbar untuk hiasan.
  9. Hidangkan bersama cili potog kicap.

Cara Menyediakan Cili Potong Kicap

  1. Masukkan gula, kicap masin dan cuka ke dalam magkuk berisi cili potong dan kacau.

Tip:

  • Untuk menyediakan cili potong kicap, anda boleh gunakan cili padi untuk rasa yang lebih pedas. Anda juga boleh gunakan apa jua cili yang anda ada.
  • Kalau ada tak ada kicap masin, gantikan dengan kicap manis. Tapi, pastikan anda tak masukkan gula juga..
  • Protein dalam resepi ini boleh digantikan dengan udang atau ayam. Kalau anda terperap dirumah, guna saja apa yang ada.
  • Hati-hati semasa menggaul bihun kerana anda tak nak bihun hancur,

Variasikan Sajian Anda!

Macam mana? Tak sempat nak rasa lenguh kaki di dapur, bihun Singapura ini dah pun siap disediakan. Memang sesuai saat-saat PKP ini apabila anda dah kehabisan idea nak masak, barang dapur nak habis dan anak-anak dah bising lapar. Paling penting, resepi Bihun Singapura ini memang sedap. Sekali makan, pasti bertambah lagi!

Jangan lupa untuk berkongsi dengan kami hasil masakan anda dan jika anda ada resepi-resepi mudah dan pantas kegemaran anda sendiri, jangan segan, jangan malu. Kongsi bersama kami melalui laman Instagram dan Facebook kami.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.