Site icon Butterkicap

Resepi Kari Ayam Pekat & Menyelerakan

Kredit: Gambar stok oleh Africa Studio/Shutterstock

Kredit: Maunika Gowardhan

Pekat, berempah dan pedas, siapa yang dapat menahan diri daripada merasa sedikit kari ayam yang ada ketiga-tiga kriteria tersebut?

Kari ayam dengan mudahnya termasuk dalam senarai panjang makanan kegemaran rakyat Malaysia dan itu bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak makanan Malaysia yang cukup enak. Memang persaingan sengit!

Keunikan Kari Ayam

Menyediakan kari ayam memang mudah. Namun begitu, proses untuk memastikan kari ayam yang anda sediakan betul-betul enak dan mampu membuatkan sesiapa yang makannya termimpi tentangnya. Perkara paling dalam membuat kari adalah memastikan pes rempah yang anda sediakan itu betul-betul masak.

Ya, memang nampak mudah saja untuk lakukan tapi sebenarnya, tidak. Nak masak pes rempah memang senang tapi bagaimana anda nak tahu, pes rempah anda betul-betul masak? Kalau terlalu yakin, silap haribulan nanti, kerja memerut sajalah nanti. Tak guna ada resepi sedap kalau rempah tak masak.

Nasib baik untuk anda, kami ada resepi kari ayam dari cef profesional di Persatuan Kulinari Profesional Belia (YCPA). Dengan menggunakan resepi ini, tiada masalah atau kekeliruan dalam memastikan pes rempah anda masak atau tidak. Semuanya dah diterangkan di bawah. Ikut saja dan bersedia untuk nikmati hidangan kari ayam terbaik dalam hidup anda (atau dalam minggu ini). Selamat mencuba!

Bahan-Bahan:

Cara-Cara:

  1. Untuk sediakan pes rempah, keluarkan biji dari cili kering dan simpan biji jika ingin kari lebih pedas. Rendam cili kering dalam air suam semama 15 minit untuk lembutkan cili. Cincang kasar cili dan tumbuk atau kisar hingga pes terbentuk.
  2. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, biji pelaga dan daun kari. Tumis darat pada suhu rendah hingga wangi.
  3. Masukkan pes rempah dan tumis pada suhu rendah hingga wangi. Terus menumis hingga pecah minyak. Pes rempah akan menjadi sedikit gelap apabil sudah masak. Kacau sesekali.
  4. Masukkan ayam. Kacau rata hingga ayam disalut dengan pes rempah dan sedikit memerang.
  5. Masukkan air. Biar kuah mendidih kemudian perlahanka api untuk biar kuah mereneh selama 10 minit tanpa menutup periuk.
  6. Masukkan ubi kentang, tutup periuk atau kuali dan biar mereneh pada suhu rendah untuk 30 minit lagi/
  7. Masukkan santan. Tutup periuk dan biar mereneh pada suhu rendah untuk 30 minit lagi.

Kari Banjir, Jangan tak Banjir!

Wah, boleh bau sampai ke sini kari anda ini! Tahniah kerana anda berjaya sediakan kari ayam idaman anda. Jangan lupa untuk sediakan roti capati untuk dicicah bersama kari ini. Alamak, tak ada resepi roti capati? Jangan kelam-kabut. Klik saja pautan roti capati ala Tifin Butterkicap ini dan anda boleh mula siap sedia bahan.

Dah penat-penat masak, takkan tak nak kongsi gambar di laman sosial media. Jangan lupa untuk letakan hashtag #butterkicap dan #youthculinaireprofessionalassociation pada gambar anda. Sedih kami tak dapat berkongsi kegembiraan anda menyediakan resepi kari ayam ini.

print