Site icon Butterkicap

Jelatah: Acar Mudah yang Penuh Rasa!

jelatah

Jelatah – manis, masa, segar dan pedas

Jelatah biasanya dihidang bersamping nasi beriyani atau nasi tomato. Acar timun-nenas ini mudah dibuat dan hanya memerlukan beberapa bahan-bahan. Tidak seperti jeruk biasa, jelatah tidak perlu disimpan berjam-jam atau semalaman dan sedap dimakan serta-merta. Walaubagaimanapun, ia boleh disimpan untuk beberapa hari jika perlu. Dengan rasanya yang segar dan rangup, jelatah boleh dimakan dengan pelbagai cara hidangan nasi.

Bahan-bahan
Bahan-bahan yang mudah digabung untuk perisa yang lazat
Kaedah

Buang kulit timun dahulu dan kemudian bahagi dua secara panjang. Potong dengan nipis.

Jangan lupa keluarkan pahit timun

Jika menggunakan satu biji nenas, potongkan lapan segmen dan keluarkan teras. Potong nipis.

Potong nipis kedua-dua cili. Jika anda mahu jelatah yang lebih pedas, jangan buang biji cili.

Kopek dan potong bawang dibelah dua. Potong bawang dengan nipis juga.

Rasa malas? Anda juga boleh menggunakan mandolin untuk memotong timun, nenas, cili dan bawang dengan nipis

Letakkan timun, nenas, bawang dan cili ke dalam mangkuk besar. Tambahkan gula, garam, lada, cuka dan perahkan limau ke dalam campuran.

Warna-warninya!

Campurkan semua bahan-bahan. Letak di dalam peti sejuk jika anda ingin menghidangkannya kemudian.

Mana nasi panas?

Selain resepi mudah dan lazat, bahan-bahan jelatah agak biasa dan boleh didapati di merata-rata di dunia. Jadi, walaupun anda tinggal di luar negara, senang sahaja untuk anda menyiapkan sedikit jelatah untuk kenangkan rasa seakan di rumah.

Tips tambahan
  1. Gunakan mandolin untuk potongan yang nipis dan sama rata. Jangan potong terlalu cepat sebab kegunaan mandolin tanpa hati-hati senang mengakibatkan jari terluka. Mandolin pemproses makanan juga boleh diguna sebagai alternatif lebih mudah dan cepat.
  2. Jika anda tidak tahu bagaimana mengeluarkan kepahitan timun, ini caranya: potong kedua-dua hujung timun (sebanyak 1 hingga 2 cm). Gosok bahagian terdedah timun utama dengan bahagian terdedah timun yang telah dipotong sehingga anda melihat buih putih muncul. Terus gosok dua bahagian timun sehingga tiada buih lebih muncul.
  3. Kami gunakan cuka putih beras, tetapi apa-apa cuka putih semulajadi boleh digunakan.
print