3 Masakan Menggunakan Ceri Anda Perlu Tahu

Baru-baru ini, kami dijemput untuk sama-sama menyertai pelancaran jualan buah ceri Northwest di Tesco Kepong baru-baru ini.

Meskipun buah ceri bukan buah tempatan tetapi apabila kami menatap buah ceri merah yang begitu rangup dan manis, tak tertahan diri daripada nak cuba sediakan sajian-sajian tempatan menggunakan buah ini.

Kebaikan Buah Ceri

Buah ceri sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang kita tidak tahu. Apa yang kita tahu setakat ini ialah buah ceri rasanya memang sedap, khususnya apabila dijadikan sebagai sebahagian daripada sajian pencuci mulut anda.

Buah ceri kaya dengan zat seperti potasium, kalsium, serat, vitamin C dan pelbagai vitamin baik untuk badan anda selain daripada sesuai untuk dijadikan sebagai makanan diet bagi golongan yang ingin menguruskan badan kerana cukup rendah dengan kalori.

Jadi, memang merugikan kalau anda tak jadikan buah ceri sebagai bahan masakan utama anda. Di bawah, kami sediakan 3 resepi ceri untuk anda cuba sempena pelancaran buah ceri di pasar raya Tesco.

1. Kek Ceri

Bahan-Bahan :

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula halus
  • 5 biji telur kecil (Gred C)
  • 3 sudu besar Horlicks
  • 100g buah ceri, dihiris
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara:

  1. Sediakan pengukus dan panaskan air atas api sederhana.
  2. Griskan bekas pengukus dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
  3. Ayakkan tepung dan soda bikarbonat bersama.
  4. Gaulkan ceri dengan 1/4 cawan tepung yang sudah diayak.
  5. Pukul mentega dengan gula menggunakan mesin pengadun hingga kembang dan gebu. Guna kelajuan maksimum.
  6. Masukkan telur satu persatu dan adunan dipukul pada kelajuan sederhana.
  7. Masukkan serbuk Horlicks dan putar hingga rata.
  8. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
  9. Masukkan esen vanilla. Gaul sebati.
  10. Akhir sekali, masukkan buah ceri dan kacau perlahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  11. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

2. Jem Ceri

Bahan-Bahan:

  • 750g buah ceri
  • 500g gula kasar
  • 3 1/2 sudu besar jus lemon


Cara-Cara:

  1. Cuci dan keluarkan biji buah ceri. Belah 3/4 daripada ceri yang anda ada sementara 1/4 lagi diketepikan untuk digunakan kemudian.
  2. Panaskan periuk besar atas api kecil. Masukkan jus lemon dan buah ceri.
  3. Gunakan pelenyek untuk lenyekkan sedikit buah ceri dan biar mereneh hingga masak. Proses ini mengambil masa kira-kira 7 minit.
  4. Masukkan gula dan biar atas api kecil hingga gula larut. Gunakan sudip untuk mengacau. Anda akan dengan bunyi berpasir jika gula masih tak terlarut.
  5. Biarkan jem mendidih selama 10 minit.
  6. Angkat periuk dari dapur dan titikkan sedikit jem atas pinggan sejuk.
  7. Letakkan pinggan dalam peti sejuk selama seminit dan lalukan jari anda pada jem itu. Jika jem sudah siap, akan ada kedutan di permukaan jem.
  8. Jika tidak, biarken jem mendidih selama 5 minit lagi dan uji semula.
  9. Apabila jem sudah siap, tuangkan jem dalam bekas panas dan tutup serta-merta. Letakkan lilin di sekeliling penutup dan biar hingga sejuk baru ditutup dengan balutan plastik,

3. Acar Buah Ceri

Kredit: thesistersreview

Bahan-Bahan:

a) Bahan Tumis

  • 1 1/2 cawan minyak masak
  • 5 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah, ditumbuk
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 1 inci halia, ditumbuk

b) Bahan Rempah

  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1/3 sudu besar halba sahaja, tumis darat dan tumbuk
  • 1/2 sudu besar jintan putih, tumis darat dan tumbuk
  • 1/2 sudu besar jintan manis, tumis darat dan tumbuk

c) Bahan Perasa

  • 3/4 botol cuka
  • 750g gula merah
  • Garam secukup rasa

d) Buah-Buahan

  • 500g buah ceri
  • 3 biji limau jeruk, dibelah 12
  • 1 cawan cili padi
  • 15 ulas bawang putih, setiap ulas dibelah 2
  • 15 ulas Bawang Merah, setiap ulas dibelah 2

e) Bahan Hiasan

  • 3 sudu besar bijan, digoreng kering
  • 2 sudu besar biji sawi, digoreng kering

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana.
  2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
  3. Masukkan Bahan B. Kacau tapi jangan biar hangit. Masukkan Bahan C.
  4. Biarkan sampai mendidih dan timbul buih-buih kecil.
  5. Masukkan Bahan D dan Bahan E. Gaul rata selama beberapa saat.
  6. Bila mendidih, terus padamkan api.

Ceri-akan Masakan Anda

Adakah anda sudah bersemangat untuk mencuba resepi-resepi di atas? Jangan lupa untuk dapatkan buah ceri anda di Tesco berdekatan anda dari 1 Julai hingga penghujung bulan Ogos ini!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.