Kuali lah! Cara Memilih dan Menyediakan Kuali

kuali lah

Peralatan mesti ada di mana-mana dapur Malaysia

Jika anda mengintip di dalam mana-mana dapur di Malaysia, kemungkinan besar anda akan menjumpai sekurang-kurangnya satu biji kuali di dalam koleksi periuk-periuk yang terdapat. Malah, pemilik rumah yang jarang memasak pun akan ada sebiji di dapur mereka, walaupun hanya untuk menjaga imej. Kuali mereka ini akan kelihatan bersih sekali, seperti baru dikeluar kotak. Mungkin ia digunakan kadang-kadang untuk menumis sayur, kemudian digosok bersih sehingga kelihatan berkilat kilau.

Lepas itu anda melawat dapur makcik anda – kualinya kelihatan kotor dan kemik, hitam legam dari kegunaan bertahun-tahun, malahpun berdekad-dekad. Ia selalu terletak di atas hob dapur, walaupun bila tidak digunakan. Tangkainya goyang sedikit, seolah-olah akan tercabut bila digunakan sekali lagi. Anda tertanya-tanya mengapa makcik anda tidak membeli yang baru, tetapi dia menegaskan ia memasak nasi goreng kampung yang terbaik. Lagipun, ia sudah banyak berjasa.

Apa? Banyak berjasa?

Betul. Jika anda tidak berpengetahuan tentang semua perkara berkaitan dengan kuali, ‘berjasa’ bermaksud ia sudah betul-betul banyak kali digunakan sehingga ia mencapai selaput gelap yang juga menjadi permukaan tidak melekat. Kuali hitam makcik anda? Ia telah digunakan dan disediakan berulang kali dengan setiap kegunaannya. Dan jika anda tidak tahu anda perlu menyediakkannya kuali anda, bacalah kesuluruhan artikel ini.

Kita mula dari asas – memilih kuali anda

Kuali atau wok yang kita maksudkan di sini merujuk kepada jenis yang agak dalam dengan dinding mencondong. Ia boleh digunakan untuk pelbagai kaedah memasak termasuk mengukus, menggoreng, mendidih dan banyak lagi, menjadikannya peralatan yang sangat serba boleh untuk apa saja masakan yang anda fikirkan. Tepinya yang condong bagus untuk menggaul atau melontarkan makanan.

Ia boleh didapati dalam pelbagai harga, saiz, logam, pemegang dan dasar, jadi, memilih satu daripada pilihan yang banyak boleh mengelirukan mereka yang tidak tahu banyak tentang peralatan dapur ini. Sebagai seorang yang baru hendak mula memasak, anda mungkin teringin untuk mengikut laluan mudah dan memilih yang aluminium tanpa lekat dengan dasar yang rata. Jangan – melainkan anda seorang pelajar bukan kulinari yang akan tinggal di flat kampus dengan rakan-rakan lain.

Inilah yang patut anda cari:

  • Kuali yang dibuat dari keluli karbon dengan ketebalan sekurang-kurangnya 2mm. Pastikan dindingnya tidak membengkok bila ditekan.
  • Sedikit kekasaran atau tekstur di bahagian dalam. Ini membantu makanan ‘melekat’ kepada dindingnya bila anda mahu tepikan bahan-bahan tertentu.
  • Satu tangkai panjang. Kadang-kadang tangkai pendek juga akan disediakan supaya senang untuk senang diangkat. Tangkai panjang amat berguna bila anda mahu melontar makanan.
  • Dasar yang jeluk (tidak rata).
  • Saiz – pastikan ia sesuai dengan saiz hob dapur anda. Diameter 12″ hingga 14″ (pada pembukaan terluas), sesuai untuk kegunaan hari-harian.
Catatan:
  • Tidak semua hob dapur, terutamanya hob elektrik, sesuai dengan kegunaan kuali dasar jeluk, tetapi anda boleh membeli ‘pemegang’ tambahan untuk diletak di atas atau mengganti hob yang sedia ada. Sebagai alternatif terakhir, pilih kuali dengan dasar rata yang kecil supaya ia boleh duduk di atas dapur dan tidak akan menyenget bila diguna untuk memasak.
  • Jika anda mempunyai dapur tekanan tinggi, anda mungkin biasa dengan subjek ini dan tidak perlu membaca artikel ini. Tetapi, jika anda mempunyai dapur tekanan tinggi dan pengetahuan kuali yang tidak memuaskan, belilah yang lebih besar, kerana anda tidak mahu ia jatuh ke dalam api pula!
Ini adalah dapur tekanan tinggi. Kebanyakan orang tidak memasangkannya di dapur rumah mereka, tetapi ia sangat berguna jika anda banyak masak.
Saya sudah beli kuali saya! Selepas ini nak buat apa pula?

Mari kita mula dengan membersihkannya. Bila baru dibeli, kuali akan diselaputi minyak atau gris untuk menghalangnya dari berkarat semasa dalam simpanan. Anda akan mahu membuang salutan minyak ini sebelum anda mula menggunakannya.

Alat yang diperlukan
  • Kuali baru anda
  • Air
  • Sabun cuci pinggan
  • Sabut keluli
  • Garam
  • Minyak masak
  • Sepit panjang
  • Tuala kertas
  • Tuala kering
Mari membersih
  1. Pertama, anda perlu pengudaraan. Proses ini akan banyak berasap, jadi pastikan kawasan anda mempunyai pengudaraan yang baik.
  2. Pasangkan dapur anda ke suhu paling panas dan letakkan kuali anda di atas. Sekiranya anda mempunyai dapur tekanan tinggi, proses ini lebih cepat. Jika tidak, kesabaran diperlukan.
  3. Bakarkan salutan minyak. Anda akan melihatnya bertukar warna bila minyak mula dibakar, kadang-kadang kuning atau perang, perak atau biru dan hitam, bergantung kepada kuali anda. Gunakan tangkai untuk menyandar tepinya ke arah api supaya salutan akan dibakar di sana juga.
  4. Terbalikkan dan taburkan garam di bahagian bawah. Goncang untuk keluarkan garam.
  5. Pusingkan kembali ke arah betul dan letakkan di atas api. Tuang air ke dalam kuali, mengisikannya kira-kira separuh penuh. Berhati-hati dengan wap panas.
  6. Masukkan sedikit sabun cuci pinggan ke dalam air.
  7. Genggam sabut keluli dengan sepasang penyepit panjang dan gosok dengan teliti. Anda hanya patut menggosok kuali anda dengan sabut keluli sekali sahaja.
  8. Buangkan air sabun dan bilas sekali atau dua kali dengan air bersih. Buangkan air selepas setiap bilas.
  9. Lap dengan tuala kertas atau kain kering. Gunakan penyepit jika haba terlalu panas.
  10. Biarkan ia kering di atas api selama satu minit. Tolak dinding kuali ke arah api untuk mengeringkan semua bahagian.
Penyediaan
  1. Sebaik sahaja kering, masukkan minyak masak. Anda boleh masukkan 3 hingga 4 cawan minyak masak dan gunakan senduk besar untuk menuangkan minyak panas keseluruhan permukaannya. Atau, tuangkan ½ hingga 1 cawan minyak masak dan gunakan sepit untuk menggenggam tuala kertas untuk menyapu minyak masak sehingga menutupi keseluruhan permukaan.
  2. Keluarkan minyak berlebihan.
  3. Gunakan tuala kering atau tuala kertas untuk lapkan kuali anda sekali lagi. Kemudian, gunakan tuala yang sama untuk mengelap bahagian belakang pula.
  4. Ia sudah boleh digunakan untuk memasak!
Kuali ini sudah diguna beberapa kali. Jangan gosok hingga bersih bahagian hitam-hitam ok???
Perkara penting untuk diingat
  1. Cuba elak dari menggosoknya sekali lagi. Membersihkannya dengan sabun dan span lembut sudah mencukupi. Keringkan dengan segera.
  2. Jangan lupa untuk salut kuali anda dengan minyak masak selepas ia dibersihkan. Ini akan melindunginya dari karat. Tuang sedikit minyak masak pada tuala kertas dan gosok kedua belah permukaan sebelum disimpan.
  3. Semakin kerap anda menggunakan kuali anda, semakin gelap ia akan menjadi. Ini akan menghasilan permukaan yang tidak melekat. Sekarang anda tahu kenapa makcik anda tidak mahu membuang kualinya yang gelap gelita!
  4. Kuali tidak perlu dibasuh sebelum digunakan melainkan sudah lama ia tidah diguna dan sudah berabuk. Walaupun begitu, bilas sahaja. Apa yang patut dilakukan bila anda ingin memasak ialah panaskan kuali anda dan lap lapisan minyak nipis di sekelilingnya permukaannya dengan tuala kertas. Anda akan tahu ia cukup panas dan sedia untuk digunakan bila lapisan minyak telah kering dan kuali nampaknya seakan-akan bersinar.
Sedia untuk digunakan!

Jadi, kuali anda sudah siap untuk digunakan. Bolehlah anda cuba resipi-resipi ini:

Jangan lupa untuk tag gambar anda dengan hashtag #butterkicap!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris