8 Bahan Tempatan Yang Menjadi Trend Global

Nama Malaysia, berbanding negara-negara jiran lain, seringkali tidak diketahui oleh masyarakat dunia. Kita seolah-olah halimunan dan itu bukannya sesuatu yang menyenangkan hati kita.

Masakan tidak, terdapat banyak yang kita telah berikan sumbangan kepada dunia, khususnya dalam bidang kulinari di benua Asia, khususnya dalam bahan-bahan makanan yang kini menjadi kegilaan global terutamanya di Amerika dan Eropah.

JMalangnya, status halimunan kita membuatkan segala sumbangan kita ini disalah faham sebagai sumbangan negara jiran seperti Singapura. Meskipun Singapura dan Malaysia pernah bersatu serta kongsi beberapa persamaan, tetapi jujurlah, siapa yang mahu orang lain menerima pengiktirafan atas kejeyaan mereka sendiri betul tak?

Sementara anda berdebat tentang hal ini, kami senaraikan dahulu 8 bahan tempatan Malaysia yang menjadi sebahagian daripada trend global kini.

 

1. Pandan

Pandan Leaf
Credit: www.vegetafruit.com

Sebelum anda mulakan perdebatan tentang asal-usul sejarah, kami ingin nyatakan bahawa pandan merupakan tumbuhan yang mudah ditemui di negara-negara Asia seperti India, Sri Lanka, Bangladesh dan semestinya Malaysia. Oleh itu, tidak bolehlah kami mengatakan kegilaan pandan di negara Barat disebabkan Malaysia sahaja. Oleh sebab tiu, sumbangan ini dikreditkan pada seluruh benua Asia.

Dari segi rupa, daun pandan kelihatan seperti rumput atau lalang. Oleh itu, ramai yang tidak sangka bahawa pandan merupakan satu tumbuhan yang cukup versatil. Untuk ketahui dengan lebih lanjut lagi tentang daun pandan, baca artikel khas kami tentang tumbuhan istimewa ini.

2. Bunga Telang

Kredit: cloudinary.com

Bahan tempatan Malaysia kedua yang mendapat tempat dalam trend global ialah bunga telang. Bunga ini cukup istimewa kerana dua perkara. Pertama, bunga telang digunakan sebagai pewarna organik. Kedua, bunga ini mempunyai kelebihan untuk bertukar warna apabila digabung dengan bahan-bahan lain seperti jus lemon dan rosel.

DI Malaysia, penggunaan bunga telang dalam masakan sudah diamalkan sejak zaman dahulu lagi dan sajian popular yang dikaitkan dengan bunga ini ialah nasi kerabu. Kini, bunga telang banyak diguna pakai untuk menghasilkan warna biru, merah jambu, ungu dan merah secara semula jadi untuk penyediaan minuman koktel, pastri dan pencuci mulut lain.

 

3. Kelapa (Santan)

Kredit: shopify.com

Cakap sahaja pasal santan, semua sudah sedia maklum tentang pelbagai kegunaan bahan ini dalam pelbagai aspek. Namun begitu, kesedaran tentang penggunaan kelapa dan santan mula disebar di negara-negara Barat sedangkan negara-negara di Asia yang beriklim tropika sudah lama menggunakan bahan ini dalam kehidupan seharian mereka.

Trend global terbaru berkenaan santan sudah semestinya dalam penyediaan makanan bagi diet ketogenik. Diet keto ini merupakan diet yang membenarkan pengamal diet ini mengambil makanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat. Diet ini diterima dan diamalkan di seluruh dunia.

Ekoran daripada populariti diet keto ini, permintaan terhadap santan cukup tinggi! Kita di Timur, sudah lama amalkan diet keto ini, kalau nak diikutkan, betul tak?

 

 

4. Burger Ramly

Kredit: foodosaurusrex.com

Burger merupakan makanan segera global yang cukup disukai oleh semua orang tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Bagi rakyat Malaysia, tiada burger yang lebih sedap daripada burger Ramly.

Nama burger ini bukanlah diberi kerana pencipta burger ini bernama Ramly. Sebenarnya, nama burger ini diberi berdasarkan jenama daging burger yang digunakan iaitu jenama Ramly.

Burger ini lazimnya dijual di geral-gerai kecil di tepi jalan. Perkara yang membuatkan burger ini begitu istimewa ialah daging burger yang disalut dengan telur. Perisa burger ini begitu menyelerakan dan kompleks sehinggakan apabila diperkenalkan di luar negara, burger ini mendapat sambutan hangat dan dijual pada harga RM 51 sebiji.

Nasib baik, burger Ramly berasal dari Malaysia. Dapatlah kita nikmati burger ini setiap hari pada harga yang murah!

 

 

5. Gula Melaka

Bahan seterusnya yang menjadi trend global ialah gula Melaka.

Seperti bunga telang, gula Melakan merupakan bahan yang hanya boleh didapati di Malaysia. Cara untuk mendapatkan gula Melaka adalah dengan memproses nira nipah yang dikumpul.

Gula Melaka dilihat sebagai alternatif gula proses dan cukup digemari oleh masyarakat Malaysia dalam penyediaan manisan dan pencuci mulut kerana rasa manis lemaknya.

Dalam kalangan komuniti global pula, gula melaka mula mendapat tempat apabila timbulnya kesedaran untuk mencari pemanis alternatif bagi gula putih.

 

6. Kaya

Kalau rakyat Malaysia dengar khabar yang tersebar bahawa kaya berasal dari Singapura, mengamuk kita nanti! Bukan semua makanan enak datang dari Singapura sahaja, tahu.

Kalau mentega kacang dianggap sebagai lepa khas penduduk Amerika, begitu jugalah signifikan kaya kepada kita. Kaya merupakan lepa pekat berwarna coklat yang cukup lemak dan manis. Nama ‘kaya’ itu sendiri menggambarkan betapa lemaknya sapuan tersebut.

Kaya lazimnya dimakan bersama roti benggali yang dikukus hingga lembut dan dipasangkan sama ada dengan dua biji telur setengah masak atau secawan teh’o panas untuk sarapan pagi. Bagi yang tidak pernah mencuba kombinasi ini, anda memang rugi.

 

7. Agar-Agar

Kredit: teronga.com

Alangkah terkejutnya masyarakat Malaysia apabila agar-agar yang dijual 20 sen sepotong didapati di jual di New York pada harga $30 dolar sebiji!

Rupa-rupanya, agar-agar atau nama glamornya, raindrop cake berjaya dijadikan sebagai satu trend unik dan kemudiannya, secara global ekoran rupa agar-agar yang lutsinar tetapi kaya dengan perisa.

Mungkin para ‘Mat dan Minah Saleh’ di luar sana perlu berkunjung di Malaysia dan cuba agar-agar 20 sen kita untuk ketahui rasa dan kualiti agar-agar kita adalah sama sahaja dengan raindrop cake mahal mereka itu.

Boleh tolong menjimatkan wang mereka dan naikkan ekonomi kita, bak pepatah Melayu, sambil menyelam minum air!

8. Pegaga

Kredit: TechGape

Bahan tempatan terakhir yang disenaraikan dalam artikel ini adalah tak lain  dan tak bukan, daun ulam kegemaran masyarakat tua di Malaysia, iaitu daun pegaga.

Daun pegaga, lazimnya disalah faham sebagai rumpai kerana sering tumbuh dicelah-celah batu berdekatan kawasan berair. Oleh sebab itu, acap kali, daun pegaga yang bernilai ini dicabut dan dibuang!

Antara kebaikan pegaga adalah menajamkan pemikiran dan memperbaiki tahap penglihatan anda. Jadi, bagi masyarakat Malaysia bermata empat, inilah peluang anda untuk dapatkan penglihatan 20/20 anda secara bajet!

Kebaikan dan manfaat pegaga baru-baru ini sahaja mula tular secara global setelah ubat-ubatan alternatif mula mendapat tempat salam kalangan masyarakat global sehinggakan satu botol kecil serbuk pegaga boleh mencecah ratusan ringgit!

Daripada anda sibuk membeli serbuk pegaga dari luar, lebih baik anda cari sendiri di celah-celah batu di laman rumah anda. Percayalah, banyak yang boleh ditemui!

 

Malaysia Luar Biasa

Bangga tak anda apabila baca artikel ini? Malaysia sememangnya sebuah negara emas atau dalam bahasa Sanskrit, ‘Suvarnabhumi’. Kita sahaja yang terlalu taksub dengan kelebihan negara luar sehinggakan tidak dapat melihat kemewahan yang ada di negara kita sendiri.

Jadi, lain kali anda membawa atau menemui rakan-rakan dari luar yang mengagung-agungkan negara jiran, terjemahlah kepada mereka isi kandungan artikel ini supaya mereka tahu bahawa Malaysia bukannya tanah kosong yang terletak antara Singapura dan Thailand.

 

 

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.