5 Bahan Murah Boleh Hilangkan Perut Kembung

Kredit; The Vocket

Bagaimana nak keluarkan angin dalam badan?’ Saya di sini untuk membantu anda!

Angin Punca Perut Kembung

Masalah perut kembung bukanlah satu masalah yang baru dalam kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, dengan diet kita yang kaya dengan minyak dan lemak, pastinya ada saja masalah angin terperangkap hingga menyebabkan badan menjadi lesu dan paling teruk sekali, membuatkan perut kembung dan kelihatan besar.

Namun begitu, tak bermakna bahawa masalah angin dan perut kembung ini tiada penawarnya. Apabila anda membuat carian dalam talian, anda akan temui pelbagai ubat dan penawar untuk perut kembung. Malangnya, rata-rata ubat yang dipromosi atau disyorkan memerlukan anda mengeluarkan wang yang agak banyak.

Jangan tertipu dengan ubat-ubat tersebut! Dengan 5 bahan yang anda sudah ada di dalam dapur dan tak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk menghilangkan masalah perut kembung dan angin ini.

Waktu Yang Tepat!

Alang-alang kita baru usai menyambut sambutan perayaan Tahun Baru Cina dua minggu lalu, memang sesuailah untuk anda menggunakan kesempatan ini untuk ‘meringankan’ badan anda daripada angin-angin yang terperangkap akibat pemakanan anda yang semestinya penuh dengan lemak, minyak dan kalori tinggi.

Jadi, mari kita sama-sama lihat apakah bahan-bahan di dapur anda yang boleh menghilangkan masalah angin dan perut kembung dengan berkesan.

Halia

Halia ialah sejenis rempah berakar dengan rasa pedas, yang memiliki sifat perubatan dan manfaat kesihatan. Halia merupakan antara bahan versatil yang boleh ditambahkan dalam minuman smoothie,, sayuran, kari atau kuah, sup mahupun teh halia. Satu sudu kecil halia segar mengandungi 4.8 kalori, 1.07 gram karbohidrat, 0.12 gram serat diet, 0.11gram protein, 0.05 gram lemak dan 0.1 gram gula.

Pastinya soalan yang anda fikir sekarang adalah, ‘bagaimana halia dapat membuang angin?’ jawapannya mudah saja. Sifat halia yang ‘panas’ membuatkan angin yang terperangkap di dalam badan menjadi panas dan seterusnya menolak angin keluar dari badan. Penjelasan secara saintifik masih lagi tak dapat menjelaskan bahan yang terkandung dalam halia yang membuatkan bahan ini sebagai pembuang angin yang berkesan tapi itu tak penting pun, betul tak?

Lemon

7 Ramuan Bersih Dapur

Lemon merupakan buah yang sangat versatil. Lemon sedap untuk dijadikan minuman, ejen pembersih bagus untuk membuang angin kerana keasidan lemon yang tinggi membuatkan keasidan perut mencapai kadar optimum untuk pencernaan makanan yang teratur dan seterusnya menolak angin keluar dari badan. Menarik, kan?

Namun begitu, jangan fikir semua buah sitrus boleh membuang angin dalam badan. Buah sitrus seperti oren mengandungi sorbitol iaitu sejenis gula beralkohol yang boleh menyebabkan penghasilan gas yang banyak berlaku semasa proses pencernaan di dalam perut.

Tembikai

kredit: healthyliving.hub.net

Seterusnya, bahan makanan yang boleh mengeluarkan angin dalam badan dengan mudah dan berkesan ialah tembikai. Saya tahu mungkin ada sesetengah daripada anda sedang berfikir, ‘Tembikai sejuk, jadi bagaimana boleh keluarkan angin?’ Saya akan beri jawapannya.

Buah tembikai mempunyai ciri diuretik semula jadi ataupun ciri-ciri melawas selain menjadi sumber kalium yang bagus. Keseimbangan antara kandungan natrium dan kalium penting untuk mengawal penghasilan angin dalam badan hingga menyebabkan kembung perut.

Bawang Putih

Siapa yang tak tahu kuasa membuang angin bawang putih sememangnya tak pernah makan bawang putih. Sesungguhnya anda dalam kerugian yang besar. Bawang putih dapat mengeluarkan angin yang terperangkap dalam badan ekoran kandungan kanji di dalamnya yang membuatkan bawang putih mengambil masa untuk mencerna. Oleh itu, lebih banyak asid akan dikeluarkan perut yang kemudiannya menolak angin keluar.

Namun begitu, pastikan anda makan bawang putih mentah untuk kesan yang lebih baik dan kalau dah makan bawang putih, minta duduklah jauh daripada orang ramai, ya.

Serai

Untuk bahan terakhir dalam senarai bahan murah untuk mengeluarkan angin dalam badan secara berkesan, saya telah senaraikan serai. Serai merupakan bahan yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti halia. Namun begitu, cara pembuangan angin antara kedua-dua bahan ini adalah berbeza.

Sementara halia menolak angin keluar dengan meningkatkan kadar keasidan perut untuk pencernaan, serai pula menenangkan otot usus dan membolehkan angin keluar dengan mudah. Jadi, bagi yang suka tahan kentut dan sendawa, elakkan daripada makan serai apabila di khalayak ramai.

Resepi Bonus untuk Anda!

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan susu
  • 1 inci halia, dihiris nipis-nipis

Cara-Cara:

  1. Dalam periuk, panaskan susu bersama halia atas api kecil. Biar susu mereneh selama 15 minit.
  2. Apabila susu dah mendidih, padamkan api dan tuang susu ke dalam cawan. Minum sementara masih panas untuk kesan serta-merta.

Buang Angin, Lega Badan

Bagaimana? Adakah anda sudah cuma kelima-lima bahan ini untuk membuang angin yang terperangkap? Kalau ya, baguslah. Lebih bagus lagi kalau anda boleh berkongsi dengan saya bahan-bahan membuang angin yang lain. Kalau ada, bolehlah berkongsi dengan saya dengan meninggalkan komen di bawah atau kunjungi laman Facebook dan Instagram kami untuk perbualan yang lebih intim.

Apapun selamat mencuba, jaga kesihatan dan paling penting, jangan tahan kentut!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.