Bumbung, Nasi Lemak & Sambal Istimewa

Nasi lemak, satu hidangan ringkas tapi cukup kompleks. Siapa yang boleh menahan diri daripada menjamah hidangan nasi berlemak dengan kacang goreng rangup, sambal pedas yang sedikit manis dan masam yang diseimbangkan dengan rasa masin ikan bilis goreng rangup dan hirisan timun yang menyejukkan lidah yang terbakar dek sambal yang pedas? Tiada siapa yang tahu tentang sejarah ataupun asal-usul nasi lemak ini, tetapi dengan artikel yang ditulis kami, mungkin persoalan anda tentang nasi lemak sedikit sebanyak sudah terjawab.

Mencari nasi lemak yang enak adalah sesuatu yang sukar. Di Lembah Klang sahaja, terdapat lambakan gerai, kedai dan restoran yang menghidangkan nasi lemak. Namun begitu, untuk mencari hidangan yang kena pada lidah dan citarasa anda memang satu cabaran yang besar. Jangan berasa gusar, wahai pembaca, kerana dalam banyak-banyak gerai mahupun restoran yang menjual nasi lemak sebagai hidangan utama mereka, tiada yang dapat menandingi keenakan rasa Nasi Lemak Bumbung.

 

Kredit: thestar.com.my

 

Apakah keistimewaan Nasi Lemak Bumbung ini sehingga menjadi kegilaan ramai?

 

Cepat, Sedap dan Berbaloi.

Itulah tiga perkara yang menyebabkan Nasi Lemak Bumbung menjadi kegilaan ramai. Walaupun lokasi Nasi Lemak ini sedikit tersembunyi dan hanyalah satu gerai yang menyusun meja-meja dan kerusi di lorong kecil, tetapi penyediaan nasi lemak di situ adalah bersih. Anda boleh bergantung harap pada penyedia-penyedia nasi lemak di situ untuk menyediakan nasi lemak yang anda pesan dalam tempoh yang singkat dengan jumlah makanan yang banyak pada harga berpatutan meskipun orang ramai berasak-asak menunggu perut mereka diisi dengan hidangan nasi lemak istimewa mereka.

Kredit: Fried Chillies

Bagi penduduk-penduduk di Petaling Jaya, Lembah Klang dan Kuala Lumpur, jika anda berkesempatan untuk berada di kawasan SS2, Petaling Jaya, pastikan anda mencuri masa untuk menikmati hidangan nasi lemak istimewa ini yang pasti membuatkan anda mahu lagi selepas satu suapan. Sempena bulan Ramadan ini, apa kata anda bersahur atau moreh dengan nasi lemak ini. Rakyat Malaysia takkan dapat bertahan lama kalau tak menjamah nasi lemak.

A: Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
T: +6016-493 9204
print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.