7 Tempat Makan Boleh Berjalan Kaki dari Dataran Merdeka

Semakin hari, semakin dekat untuk kita menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia. Tahun ini Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-60 tahun dan apalagi yang harus rakyat Malaysia harus lakukan? Sudah tentu menyambutnya!

Bagi mereka yang tidak tahu, tahun ini sambutan kemerdekaan akan dilakukan di Dataran Merdeka yang merupakan mercu kemerdekaan bagi Rakyat Malaysia.

60 tahun yang dahulu pada malam tanggal 30 Ogos 1957, bendera British telah diturunkan dan bendera Malaysia telah dinaikkan di padang ini. Kini, padang ini masih digunakan dan ia merupakan lokasi bagi menyambut Hari Merdeka yang ke-60.

Kami pasti anda semua akan keluar dan menyambutnya kerana 60 tahun merupakan satu tempoh masa yang lama dan sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga kerana sudah 60 tahun kita merdeka.

Oleh kerana kami mahu anda keluar dan melihat serta menyambut sambutan kemerdekaan tersebut di Dataran Merdeka, kami ingin menyenaraikan tempat makanan yang boleh anda cuba sebelum dan selepas sambutan merdeka yang berhampiran dengan Dataran Merdeka.

 

1. The Canteen By Chef Adu

Kredit: eatdrinkkl.blogspot.sg

Bagi mereka yang inginkan suasana nostalgia Malaysia, The Canteen by Chef Adu merupakan salah satu tempat yang harus di lawat. Lokasi strategik The Canteen hanya perlukan anda berjalan 5 minit sahaja dari Dataran Merdeka, restoran ini mampu membangkitkan selera anda.

Mereka yang gemari atau mencari makanan Johor pasti akan menghargai restoran yang unik ini kerana menghidangkan menu-menu yang berpaksikan kepada makanan Johor asli seperti mee bandung muar, laksa johor serta soto johor.

A: No. 26, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur City Centre, 50000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia.
M: 9am – 6pm.

 

2. Santa Chapati House KL

Kredit: kentz-food-adventure.blogspot.sg

Jika anda mahukan sesuatu sebelum sambutan kemerdekaan dan inginkan chapati serta kuah kari yang beraroma, Santa Chapati house ialah gerai untuk anda.

Terletak di Jalan Tun HS Lee (berhadapan dengan LOKL Coffee Co), gerai chapati ini pasti akan dipenuhi dengan pelbagai orang apabila tengah hari menjelang.

Gerai yang sudah dibuka lebih kurang 25 tahun yang lalu, bukan sahaja menjual chapati tetapi mereka turut menghidangakn roti canai dan kuah dhal yang penuh nikmat. Kami turut mengeyorkan anda untuk merasai kari kambing mereka.

A: No. 11, Jalan Tun H S Lee, 50000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia, Kuala Lumpur City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
M: 8am – 6pm.

 

3. Ngopi Ngopi Cafe

Kredit: chefgunawanmalaysia.blogspot.sg

Senarai yang berikutnya ialah Ngopi Ngopi Cafe. Mereka yang gemari suasana yang tenang dan tidak jauh dari dataran merdeka, Ngopi Ngopi Cafe antara tempat yang boleh anda terokai.

Ngopi Ngopi Cafe menjual aneka ragam makanan dari nasi beriyani ayam ke laksa sarawak. Mereka yang mahu makan sarapan pagi atau mungkin makanan tengah hari, tempat ini adalah untuk anda.

Selain itu, mereka turut menghidangankan itik pangang kepada mereka yang mengemari daging itik. Mereka yang mahukan sesuatu yang pantas dan sedap, Ngopi Ngopi Cafe untuk anda.

A: 1, Jalan Kuching, Kuala Lumpur City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
M: 9am – 7pm

 

4. Nasi Ayam Ipoh

Kredit: anggerik-seroja.blogspot.sg

Peminat nasi ayam pasti akan suka akan nombor 5 dalam senarai tempat makanan yang berhampiran dengan dataran merdeka.

Nasi Ayam Ipoh merupakan salah satu hidangan yang menjadi pilihan hari ramai khalayak apabila mengunjungi gerai ini.

Terletak hanya 6 minit dari Dataran merdeka, gerai Nasi Ayam Ipoh boleh dijadikan sebagai tempat untuk anda menikmati makanan tengah hari di sini.

A: 25A, Jalan Melayu, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
M:8am – 8pm

 

5. Medan Selera, Jalan Masjid India

Kredit: zuldean08.blogspot.sg

Mereka yang mahu akan makanan tengah hari, Medan Selera di Jalan Masjid Jamek merupakan tempat yang boleh anda tujui selepas menyaksikan persembahan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Meden Selera di Jalan Masjid Jamek tidak jauh dari Dataran Merdeka dan ia hanya mengambil 6 minit untuk sampai ke meden selera ini yang menjual pelbagai lauk tengah hari yang pasti dapat mencuit semua khayak umum.

Mereka yang mahukan ikan bakar ataupun ayam goreng bakar, boleh ke sini dan menikmati ikan dan ayam yang dibakar apabila diminta oleh pelangganya.

Oleh kerana ia merupakan salah satu tempat yang mempunyai ikan bakar, kami syorkan anda untuk datang dengan lebih awal agar dapat menjamu selera disitu dan agar mendapat tempat untuk duduk.

A: Jalan Masjid India, Kuala Lumpur City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
M: 9am – 6pm

 

6. Mansion Tea Stall

Kredit: pisanapisini.wordpress.com

Gerai berikut yang berada dalam senarai kami ialah Mansion Tea Stall. Jarak yang tidak lebih dari 10 minit berjalan kaki, mansion tea stall berada dekat dengan Dataran Merdeka dan merupakan salah satu tempat yang boleh anda kunjungi untuk sarapan pagi.

Gerai ini sangat popular dengan roti banjir mereka yang bukan sahaja penuh dengan rasa kari yang pekat dan aroma menyelerakan tetapi juga teh tarik yang enak apabila digandingkan dengan roti banjir tersebut.

Selain itu, mereka turut mempunyai nasi beriyani dan lain-lain lagi. Kami syorkan anda untuk datang ke sini awal pagi dan pilihlah roti yang anda minati. Ingat, gerai ini selalunya penuh, jadi datanglah awal.

A: Kuala Lumpur City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
M: Buka 24 jam

 

7. The Coliseum Cafe

Kredit: eatplayhavefun.blogspot.sg

Kafe terakhir yang kami ingin syorkan kepada anda ialah Coliseum Cafe yang berada di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Kafe ini sudah beroperasi lebih dari 90 tahun ini mula membuka kedainya kepada khalayak umum pada tahun 1921. Menu makanan yang pasti menarik perhatian anda ini pasti akan mengemberikan semua yang memasuk ke kedai ini.

Selain daripada suasana nostalgia yang membawa anda ke zaman yang lain, makanan yang berbagai juga merupakan salah satu keunikan kafe ini. Kami mengesyorkan anda untuk makan di sini kerana ia sangat sesuai selepas anda baharu sahaja menyambut hari kemderdekaan.

A: 98, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu
M: 10am – 10pm

 

 

Terdapat banyak kedai makanan yang berhampiran dengan dataran merdeka. Ia hanya menunggu ketibaan anda ke gerai tersebut dan merasai makanan yang enak. Harga yang murah hingga yang agak mahal menunggu ketibaan anda.

Sempena Hari kemerdekaan ini, kami di Butterkicap ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Berbanggalah kita dengan negara Malaysia yang sudah berjaya mencapai 60 tahun kemerdekaan.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.