5 Cara untuk Menangani Lesu Upaya di Tempat Kerja

Dalam rutin pekerjaan seharian anda tak kira di pejabat atau di tempat lain tentu anda pernah mengalami tekanan atau stres. Bergantung kepada jenis pekerjaan, sesetengah projek akan pasti memberi tekanan kepada fizikal dan mental anda. Ramai yang mengadu bekerja 10 jam atau lebih setiap hari. Dalam pada itu, perancangan jadual harian serta pencarian idea-idea baru adakalanya terpaksa dilakukan sewaktu anda mandi atau di kala memberus gigi atau sejurus sebelum anda tidur pada waktu malam. Jika ini yang anda lakukan setiap hari, tahap kefokusan, kreativiti dan keupayaan anda untuk menyelesaikan masalah tentunya terasa dicabar setiap jam, hari dan minggu tanpa akhir dan batas penghujungnya.

Apa kata anda mengambil cuti untuk berehat? Terlalu sibuk? Mungkin anda rasakan hari  dihujung minggu sudah mencukupi bagi anda untuk menghilangkan kepenatan bekerja. Tetapi malangnya di hari Sabtu dan Ahad anda terpaksa pula melakukan kerja rumah seperti membasuh baju, mengemas rumah dan pergi ke pasar atau pasar raya untuk membeli keperluan dapur dan rumah. Penat masih belum hilang dan anda terpaksa kembali bekerja keesokan harinya. Kebiasaannya anda tidak akan dapat mengambil cuti rehat apabila anda memerlukannya. Oleh kerana itu, bagaimanakah cara anda menenangkan fikiran atau mengurangkan tekanan apabila anda berhadapan dengan projek yang besar serta waktu-waktu yang terlalu sibuk di pejabat? Anda boleh cuba menangani tekanan pada hari-hari yang rumit dengan menggunakan idea-idea yang dipaparkan di ruangan ini.

Tetapi sebelum itu anda perlu kaji dan selidik punca anda mengalami lesu upaya. Pakar psikologi telah membahagikan tiga jenis ‘lesu upaya’. Cuba anda tanya diri anda sendiri jenis mana yang anda alami?

  • Bebanan kerja: Jenis yang pertama adalah berpunca dari ‘overload’ atau bebanan kerja yang terlampau sehinggakan ianya memberi impak kepada kesihatan anda. Pekerja yang mengalami lesu upaya akibat bebanan ini selalunya mempunyai sifat bekerja yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan sehingga mengalami kepenatan yang amat sangat. Individu seperti ini mungkin cuba untuk menangani stres dengan memberi rungutan tentang struktur organisasi di tempat kerja kerana merasakan ianya memberi had terhadap kerjaya dan cita-cita mereka. Strategi yang digunakan oleh individu seperti ini hanya memberi lebih tekanan dan bebanan kepada mereka.
  • Tidak mahu hadapi masalah dan kenyataan: Pekerja seperti ini mengelak dari berhadapan dengan masalah dan tekanan kerja di pejabat. Mereka mengawal stres dengan tidak hadir ke pejabat, mengambil cuti sakit sungguhpun tidak mengalami kesakitan dan menunda segala tugasan yang diberi.
  • Berputus asa: Individu seperti ini hanya menyerah dan tidak mempunyai motivasi untuk bekerja bila berhadapan dengan tekanan. Sungguhpun mereka mahu berjaya, mereka kurang motivasi untuk meneruskan pekerjaan.

Apabila anda telah mengenalpasti jenis lesu upaya yang anda alami, anda boleh cuba mengamalkan tips-tips dibawah ini supaya pekerjaan anda lebih berjaya di samping kesihatan anda terpelihara.

 

1. Keluar untuk makan tengahari

Apabila anda kepenatan sudah tentu anda lebih suka menghabiskan waktu makan tengahari anda di tempat kerja atau melayari laman Facebook di meja kerja anda. Ramai yang merasakan terlalu penat untuk keluar makan bersama rakan sekerja kerana mungkin terpaksa menghabiskan kerja sehingga lewat malam pada hari sebelumnya.

Tetapi mengikut kajian, sebenarnya mengambil masa untuk keluar dari pejabat mungkin perkara yang baik dan boleh mengurangkan tekanan.

Jadi walaupun kepenatan, apa kata anda keluar makan tengahari? Setidak-tidaknya berjalan-jalan mengambil angin di luar. Ini boleh mengurangkan stres dan mengambil masa untuk melihat pandangan berbeza dari pejabat mungkin boleh membuahkan idea-idea baru untuk projek anda. Waktu rehat selama satu jam untuk makan tengahari di luar akan menjadikan anda lebih produktif bila kembali ke tempat kerja.

Jika pekerjaan anda mengamalkan penggunaan masa secara fleksibel, ambil peluang untuk mencari jalan sesuai untuk mengurangkan tekanan. Contohnya, anda boleh mengambil masa untuk bekerja dari rumah seminggu sekali jika tiada temujanji di pejabat. Anda juga boleh cuba menghabiskan kerja di kafe-kafe menarik di sekitar ibukota. Banyak kafe yang menawarkan kemudahan wifi percuma. Jadi anda hanya perlu membawa laptop anda!

Yang paling penting, ambil masa untuk keluar dari pejabat walaupun untuk seketika. Lakukan sesuatu yang boleh mengalih perhatian anda dari kerja buat seketika. Telefon kawan karib dan keluarga untuk bertanya khabar. Pekerjaan anda adalah penting tetapi ingat, ianya bukan segala-galanya! Anda bukan hidup hanya untuk bekerja.

 

2. Adakah bos anda tahu yang anda bekerja lebih masa?

Anda mungkin mengalami lesu upaya kerana anda seorang yang rajin dan sangat memberi penekanan kepada kesempurnaan terhadap setiap pekerjaan yang anda lakukan. Jika orang lain memberikan usaha sebanyak 100 % anda pula melakukan usaha itu sebanyak 110%.

Tetapi adakah pengurus atau bos anda tahu akan usaha anda? Diharapkan jawapannya adalah ya tetapi jika tidak ini adalah waktu yang baik untuk membuat laporan tentang semua pencapaian dan hasil kerja yang telah anda usaha dan jayakan.

Pastikan bos anda tahu akan segala usaha dan titik peluh yang anda lakukan terutama sekali di luar waktu pejabat. Bos yang prihatin bukan sahaja akan menghargai usaha lebih yang anda lakukan malahan dia juga pasti akan memberi ganjaran sewajarnya.

Mana tahu, mungkin anda akan diberi bonus awal atau jumlahnya lebih banyak. Setidak-tidaknya anda mungkin juga akan diberi cuti atas segala usaha anda!

Laporan yang anda lakukan bukan sahaja untuk tujuan pejabat dan pengetahuan bos anda tetapi ianya merupakan sesuatu yang boleh anda simpan bagi rujukan anda sendiri. Ianya merupakan butiran tentang pengalaman kerja yang telah anda lakukan selama ini. Anggaplah ianya sebagai nota yang boleh anda tambah pada ‘resume’ anda. Ianya tentu boleh membantu anda dalam temuduga-temuduga kerja di masa hadapan. Di samping itu, anda tentunya merasa bangga apabila boleh membaca sendiri kesemua kejayaan yang telah anda perolehi dalam pekerjaan anda. Ianya tentu mengembirakan anda dan memberi semangat kepada anda untuk meneruskan kerjaya anda!

 

3. Minta Bantuan

Jangan menderita seorang diri.

Mintalah bantuan dan pertolongan dari rakan sekerja atau sesiapa yang boleh membantu. Ianya bukan perkara yang mudah terutamanya jika anda adalah seseorang yang lebih suka melakukan semua pekerjaan secara bersendirian. Tetapi fikirkanlah bahawa kesihatan adalah lebih utama! Adalah berbaloi untuk meminta pertolongan terutama sekali jika tugasan itu terlalu berat dan sukar sehingga ianya mempengaruhi emosi dan fizikal anda. Kita cuma manusia biasa. Tiada sesiapa yang boleh melakukan segala-galanya di dunia ini. Jangan anggap diri anda lemah! Tetapi ingatlah yang semua manusia mempunyai kelebihan tersendiri. Tidak ada salahnya jika anda akui yang anda tak mampu lakukan sesuatu tugasan itu. Apa yang nak dimalukan? Adalah lebih baik untuk mengakuinya dan mencari jalan bagaimana tugasan tersebut boleh diselesaikan dengan bantuan orang lain. Jika nak elakkan lesu upaya, anda tak perlulah terlalu bertindak mengikut ego dan kemahuan diri semata-mata. Amalkan sikap merendah diri dan tentunya ramai yang akan bersimpati dan memberi bantuan. Selalunya, dengan meminta pertolongan banyak perkara boleh diselesaikan dengan secepat mungkin.

 

4. Lakukan sesuatu yang baik dan boleh mengembirakan anda

Bagaimana anda menyayangi diri anda? Apa yang anda lakukan untuk menunjukkan bahawa anda hargai diri anda sendiri?  

Salah satu cara untuk menghargai dan menyayangi diri anda adalah dengan melakukan senaman harian.

Jika nak elakkan lesu upaya cuba adakan resolusi tahun baru yang membolehkan anda bersenam secara kerap. Bersenam merupakan satu aktiviti yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Tak perlu pergi ke gym sepanjang masa. Carilah aktiviti senaman yang anda gemari! Lakukan yoga, zumba atau anda boleh berenang dan melakukan senaman aerobics. Terpulanglah pada anda! Senaman yang selalu dilakukan akan memberi impak yang baik pada tubuh badan anda dijangka masa panjang.

Di samping senaman, pilihlah hobi yang anda minati. Lakukannya dengan penuh semangat dan secara bersungguh-sungguh. Luangkan masa untuk hobi anda kerana ianya boleh menceriakan hidup anda.

Gelak ketawa juga penting dalam kehidupan seharian. Tontonlah filem atau drama-drama berbentuk komedi yang boleh membuat anda ketawa. Gelak ketawa adalah menyeronokkan dan boleh mengurangkan stres! Adalah lebih baik jika anda juga boleh membuat orang lain ketawa. Suasana yang  ceria dan mengembirakan di tempat kerja tentu akan membuatkan anda dan rakan sekerja lebih bersemangat dan produktif.

 

5. Hentikan alasan dan jadilah seorang yang bertanggungjawab

Kaji dan selidik mengapa anda mengalami lesu upaya? Adakah ianya disebabkan oleh sesuatu yang dilakukan oleh rakan sekerja, bos atau pelanggan?

Anda tak perlu terlalu mengambil berat atas kesalahan dan kelakuan orang lain sehingga ianya memakan diri anda sendiri. Jangan juga membiasakan diri dengan menyalahkan orang lain! Anda cuma perlu dan boleh bertanggungjawab ke atas diri anda sendiri. Apa yang dilakukan oleh orang lain adalah di luar kawalan anda.

Penyelesaian masalah yang dihadapi selalunya akan muncul apabila anda berhenti menyalahkan sesiapa dan bertanggungjawab atas apa yang anda lakukan. Ini kerana anda akan lebih fokus kepada masalah yang di hadapi dan tidak memberi tumpuan kepada orang lain dan persekitaran yang mungkin atau tidak menyumbang kepada masalah tersebut. Anda akan lebih objektif dan jawapan serta jalan penyelesaian akan timbul.

Diharapkan idea-idea di atas dapat membantu anda dalam menangani isu lesu upaya di tempat kerja.

Selamat mencuba!

 

print
Feedadooda

Contributor

Feedadooda is a Malaysian who lives in Osaka, Japan. A researcher by training, she loves to travel and is passionate about food. Her teaching and research takes her around the world where she could experience different food cultures. In her free time, she writes about her experience overseas and share tips on how to survive without sambal belacan and kicap manis with hungry audiences. Other than that, feedadooda also shares her knowledge on various cooking topics and food related businesses.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş