8 Jenis Mee di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis mee yang terdapat di Malaysia?

Ya, Terdapat pelbagai mee di Malaysia yang berbeza bentuk, warna dan juga cara masaknya.

Mee boleh diibaratakan sebagai spaghetti bagi makanan Barat kerana terdapat jenis spaghetti yang sesuai dengan suatu makanan dan adalah yang sesuai dengan makanan yang lain.

Kami di Butterkicap menyenaraikan jenis mee yang terdapat di Malaysia dan cara yang kebiasaannya mereka dimasak bagi meningkatkan pengetahuan anda semua. Tanpa berlengah masa lagi, inilah senarai mee yang terdapat di Malaysia.

1. Mee Kuning

Kredit: Youtube.com

Mee yang pertama dan amat popular di kalangan rakyat Malaysia ialah mee kuning. Semasa membesar dahulu, mee kuning ini dipanggil “mee gemuk kerana bentuknya yang agak padat dan kerana pada masa kecil selalu terlupa akan namanya.

Mee kuning ini boleh dilihat pada kebanyakkan hidangan malaysia. Antara hidangan yang popular yang menggunakan mee kuning ialah mee goreng mamak, mee goreng dan juga mee bandung.

Tekstur mee kuning yang lembut serta berlemak menyebabkan ia sangat sesuai dimakan dengan kuah mee bandung yang penuh dengan perisa. Di samping itu, Mee kuning juga dimakan dengan kuah mee rebus. Kuah mee rebus yang penuh dengan perisa pasti akan membangkitakan selera anda.

 

2. Mee Hoon

Kredit: wiki-travel.com.vn

Mee berikutnya ialah mee hoon. Mee hoon merupakan salah satu jenis mee yang juga menjadi ranjutan ramai orang. Sebenatar tadi dipanggil “mee gemuk”, mee hoon pula dipanggil “mee kurus semasa penulis membesar kerana saiz dan juga teksturnya yang senang dimakan.

Antara masakan untuk mee hoon inlaag mee hoon goreng dengan perahan jus limau pada atasnya. Mee hoon antara mee yang kurang mengenyangkan dan anda perlukan sekurang-kurang dua pinggan mee untuk rasa kenyang.

Selain itu, mee hoon juga digunakan sebagai bahan untuk membuat laksa Sarawak. Tekstur mee hoon yang halus membuatkan hidangan laksa Sarawak sangat sedap dimakan dan hanya satu sedutan sahaja.

 

3. Kuey Teow

char kway teow

Tanpa adanya kuey teow, maka tidak wujudlah kuey teow goreng penang yang kian merupakan salah satu hidangan yang diminati ramai.

Kuey teow goreng boleh dikatakan agak sama seperti laksa beras tetapi ia lebih ringan dan lebih berminyak. Antara hidangan yang sering kali di dibuat dengan menggunakan mee kuey teow ialah kuey teow goreng kerang.

Kuey teow yang pada dasarnya merupakan mee yang yang berminyak, memberi satu elemen yang berlemak kepada hidnagan kuey teow tersebut. Peminat kuey teow sila angkat tangan!

 

4. Mee Sanggul

Kredit: zulfadreamland.blogspot.my

Mee seteresunya yang mahu kami ketengahkan ialah mee sangul. Kepada mereka yang tidak pasti bagaimana ia lihat, usah risau dan gentar kerana mee sangul mengikut namanya iaitu bentul mee yang bersanggul.

Mee sanggul ini boleh disamakan dengan spaghetti fettucini iaitu ianya akan lebar dan panjang. Tekstur ini membuatkan ia sedap dimakan dengan hidangan yang berkuah kerana ia mampu serap kuah yang enak itu.

Antara hidangan yang menggunakan mee sanggul sebagai asasnya ialah seperti mee hailam. Mee hailam yang penuh dengan rasa yang manis dan masin pasti menterujakan semua orang.

 

5. Yee Mee

Kredit: mealdivers.wordpress.com

Mereka yang gemari sesuatu yang ranggup pasti akan mengemari Yee Mee. Yee Mee yang datang dalam bungkusan lut sinar ini merupakan salah satu mee yang ranggup dan anda boleh makan begitu sahaja (tetapi tak sesedap jika berkuah)

Tektur yee mee yang ranggup ini biasanya dibuat dengan hidangan yang berkuah seperti claypot yee mee. Tekstur serta kuah claypot yang selalunya mempunyai imbangan anatara masin dan manis ini pasti membuat anda makannya berulangkali.

 

6. Suhun

Kredit: galeriduniaku.blogspot.my

Jenis mee lain yang turut kami mahu ketengahkan ialah suhun. Suhun yang berbentuk panjang seperti mee hoon tetapi warna yang agak lut sinar membuatnya sangat unik berbanding jenis mee yang lain.

Walaubagaimanapun, suhun merupakan salah satu jenis mee yang tidak menjadi bahan utama tetapi seringkali menjadi bahan sampingan. Hal ini boleh dilihat dalam hidangan yang menggunakan suhun iaitu seperti som tom yang menggunakan suhun sebagai bahan perasa sahaja.

Suhun ini ialah jenis mee yang baik kerana ia mampu mencampurkan kuah serta sos hidangan tersebut dan memekatnya lagi. Jadi jangan pandang rendah kepada suhun.

 

7. Laksa Spaghetti

Kredit: thesilverchef.blogspot.my

Laksa spaghetti memainkan peranan yang sangat penting dalam hidangan laksa Johor. Tanpa adanya laksa spaghetti ini, laksa Johor tidak akan rasa sedap dan ia akan jadi seperti laksa yang lain.

Laksa spaghetti ini yang padat ini pasti mengenyangkan pemakannya dan campuran kuah laksa Johor yang bersantan amatlah sesuai digandingkan dengan laksa spaghetti. Pernahkah anda cuba makan mee hoon dengan kuah laksa Johor? Kami pasti anda tidak gemarinya bukan? Sama seperti kami, jikalau laksa spaghetti tidak digunakan dalam hidangan laksa Johor, maka itu bukanlah laksa Johor.

8. Laksam

Kredit: sharmine205omarshahab.blogspot.my

Jenis mee terakhir yang ingin kami kongsikan bersama anda ialah laksam. Sebentar tadi kami sudah menjelaskan tentang laksa spaghetti, kami kini mahu bercakap tentang laksam.

Mee laksam merupakan salah satu hidangan yang amat unik kerana jenis mee ini tidak digunakan pada hidangan makanan yang lain dan hanya terdapat laksam yang penuh bersantan.

Keunikan laksam ini merupakan faktor ia perlu diketengahkan dan tekturs laksam ini yang seperti tepung beras akan pasti menyebabkan anda kenyang.

 

 

Maka itulah antara jenis mee yang terdapat di Malaysia. Tetapi masih ada banyak lagi mee yang anda tahu? Usah risau kerana kami akan membuat satu lagi senarai untuk artikel seterusnya yang akan mengetengahkan jenis mee lain yang tidak disenaraikan.

Tetapi sebelum itu, anda tahu jenis mee yang sedap yang lain dan cara masak apa yang sedap? Jika anda tahu, kongsikan bersama kami.

print
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More