5 Resepi Ayam Masak dengan Buah Eksotik untuk Dicuba

Ayam dan buah. Adakah itu satu gabungan yang bagus? Semestinya!

Ayam merupakan daging pilihan kebanyakan rakyat Malaysia kerana ayam adalah pilihan yang selamat dan merupakan daging paling versatil kerana ayam memang sedap dimasak dengan apa jua bahan sekalipun termasuklah dengan buah.

Di Barat, masakan berasaskan ayam dan buah-buahan merupakan suatu yang biasa dan disambut baik oleh masyarakat di sana. Hal ini demikian kerana buah-buahan yang digunakan memberikan kesegaran pada satu sajian supaya anda tidak rasa bosan dan muak untuk makan.

Kali ini, Butterkicap akan berkongsi beberapa idea sajian yang menggabungkan ayam dan buah untuk menyediakan satu hidangan yang cukup menyelerakan dan menarik untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

 

Ayam Tempayan Buah Sitrus

Resepi Ayam Masak dengan Buah Eksotik
Kredit: lizskitchen.wordpress.com

Bagi yang sudah biasa menikmati hidangan ayam yang pedas, masin atau manis, anda pasti rasa teruja untuk menikmati rasa ayam yang mempunyai perisa segar dan kemasaman lemon yang akan menyerlahkan lagi daging ayam yang dimasak.

Bahan-Bahan
  • 1 kg ayam
  • 200 ml jus lemon
  • 100g Rosemary, dihiris
  • 1 tangkai lada hitam
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu teh buah pala
  • garam secukup rasa
  • 30 ml minyak zaitun dara
  • 250 ml stok sayuran
  • 1 biji bawang besar
  • Secubit lada hitam
  • 50 ml jus oren

 

Cara-Cara
  1. Potong ayam menjadi ketulan yang lebih kecil.
  2. Letakkan ketulan ayam yang sudah dipotong di atas dulang pembakar dan letakkan lada hitam, daun rosemary yang dihiris, serbuk paprika dan buah pala.
  3. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian, tambahkan jus daripada lemon dan oren.
  4.  Perap ayam sekurang-kurangnya 12 jam di dalam peti sejuk. Tutup ayam dengan plastik. Letakkan hirisan oren dan lemon di atas ayam untuk mendapatkan perisa sitrus yang lebih.
  5. Setelah ayam diperap, keluarkan periuk dan masukkan sedikit minyak.
  6. Tumis bawang besar yang dihiris.
  7. Apabila bawang sudah wangi, masukkan ayam dan jus perapan.
  8. Perasakan kuah dengan sedikit lada hitam, garam.
  9. Setelah mendidih, masukkan stok ayam dan biar kuah mendidih.
  10. Tutup api dan sedia dihidang.

Ayam Buah Keluak

Resepi Ayam Masak dengan Buah Eksotik
Kredit: Wikipedia.org

Jika anda inginkan hidangan yang lebih menarik dan berbeza, hidangan ayam keluak ini pasti membuatkan ramai yang terpegun di meja makan melihat hidangan tersebut. Ayam keluak ialah sejenis kari Baba Nyonya yang dimasak bersama buah keluak. Buah keluak atau buah kepayang ialah buah yang tumbuh pada pokok kepayang.

Bahan-Bahan
  • 50g biji buah keluak
  • 2kg paha ayam.
  • 50g lengkuas segar
  • 4 batang serai
  • 250g buah keras
  • 250g bawang merah, dibuang kulit
  • 60g halia, dibuang kulit
  • 80g bawang putih, dibuang kulit
  • 1 paket asam jawa
  • Separuh biji lemon
  • 2 sudu teh gula perang
  • 4 cawan stok ayam
  • 3 sudu teh garam

 

Cara-Cara

Sediakan Biji Buah Keluak

  1. Cuci buah keluak dengan air.
  2. Buang air dan rendam biji.
  3. Untuk hasil yang terbaik, ulang langkah 1-2 selama 3 hari.
  4. Tanggalkan kulit buah keluak dan ketepikan untuk digunakan kemudian..
  5. Keluarkan isi buah keluak.
  6. Perap isi buah keluak dengan jus daripada separuh lemon dan gula perang selama beberapa minit.
  7. Tumbuk isi buah keluak sehingga menjadi pes halus.
  8. Masukkan pes tersebut ke dalam kulit buah keluak.

Sediakan Rempah

  1. Kisar halia, bawang merah dan bawang putih berasingan.
  2. Kupas kulit lengkuas dan potong pada bahagian lebih kecil. Kemudian, kisar lengkuas tersebut.
  3. Keluarkan lapisan luar yang keras serai dan tinggalkan lapisan tengah yang lembut dan potong kira-kira 1 inci panjang lalu kisar.
  4. Rendam buah keras dalam air kira-kira 10 minit. Buang air dan kisar buah keras hingga menjadi pes.

 

Menyediakan Ayam Buah Keluak

  1. Panaskan minyak dalam kuali. 
  2. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan lengkuas dan serai. Terus menggoreng.
  4. Masukkan bawang merah dan goreng hingga wangi. Kemudian, masukkan pes buah keras.
  5. Goreng selama beberapa minit lagi dan masukkan ketulan ayam dan pastikan rempah digaul sebati di atas ayam.
  6. Masukkan separuh jus asam jawa di atas ayam diikuti dengan buah keluak.
  7. Masukkan baki asam jawa dan biar mendidih.
  8. Hidang dengan nasi.

 

Ayam Panggang dengan Badam dan Buah Kering

Resepi Ayam Masak dengan Buah Eksotik
Kredit: amigosdelivery.pk

Hidangan ini sememangnya sesuai untuk perayaan-perayaan dan jamuan keluarga seperti sambutan hari Krismas. Kebanyakan hidangan yang bertemakan Krismas lazimnya menggabungkan daging dengan buah-buah kering, kacang dan juga kuah yang memberikan letusan perisa yang meriah sejajar dengan perayaan yang disambut.

 

Bahan-Bahan
  • 7 sudu besar minyak zaitun
  • 3 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 250g buah prun, dibelah dua
  • 340g kurma, dibelah dua
  • 283g aprikot kering, dibelah dua
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 ekor ayam, dicuci dan dikering
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cup badam, dipanggang
Cara-Cara
  1. Panaskan 6 sudu besar minyak zaitun dalam kuali besar di atas api sederhana besar.
  2. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga keperangan selama 30 minit. Taburkan sedikit garam dan lada hitam.
  3. Pindahkan bawang ke dalam mangkuk besar. Masukkan buah prun, kurma, aprikot, gula dan serbuk kay manis. Tutup dan simpan dalam peti sejuk,
  4. Panaskan ketuhar ke 170°C. Ratakan campuran buah di dasar kuali pembakar yang membesar.
  5. Letakkan kepak ayam di bawah. Lumur ayam dengan 1/2 sudu besar minyak zaitun dan 1/2 sudu teh kunyit.
  6. Tabur garam dan lada hitam.
  7. Masukkan 1 1/2 cawan air di sekeliling kuali berisi ayam.
  8. Panggang ayam selama 1 jam.
  9. Alihkan kuali dan masukkan 1/4 air lagi jika campuran buah mula mengering.
  10. Teruskan memanggan sehingga ayam menjadi keperangan dan kuah keluar apabila paha ayam dicucuk, kira-kira 45 minit.
  11. Pindahkan ayam ke papan pemotong; biar rehat selama 10 minit. Sudukan buah dan kuah lalu dituang di atas ayam. Tabur hirisan badam dan hidang.

Ayam Ceri

Resepi Ayam Masak dengan Buah Eksotik
Kredit: Steemit.com

Apabila kita fikir tentang perayaan Krismas dan juga Hari Kesyukuran di Amerika, pasti gambaran hidangan ayam belanda dan kuah ceri. Pandangan ini ditanam dalam minda kita menerusi rancangan televisyen Amerika yang ditonton. Jadi, untuk hasilkan dan rasa sendiri hidangan ini, anda kini boleh sediakan hidangan ini di rumah.

Bahan-Bahan
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 sudu besar bawang merah, dihiris
  • 3⁄4 cawan jam ceri
  • 1⁄4 cawan cuka balsam
  • 1⁄4 sudu teh rempah Itali
  • 1⁄8 sudu teh lada hitam, dikisar
  • 6 ketul dada ayam
  • 1⁄2 sudu teh garam

 

Cara-Cara
  1.  Panaskan pemanggang.
  2. Dalam kuali bersaiz sederhana, panaskan minyak zaitun di atas api sederhana besar sehingga panas.
  3. Masukkan bawang merah dan goreng hingga perang selama 3-4 minit.
  4. Masukkan jam ceri, cuka balsam, rempah Itali dan lada hitam
  5. Kecilkan api dan masak hingga campuran berkurang sebanyak 1/4 kuali. Didihkan campuran ini selama 6-8 minit.
  6. Asingkan 6 sudu besar glis ini di dalam mangkuk kecil.
  7. Perasakan dada ayam dengan garam.
  8. Letakkan ayam di atas pemanggang.
  9. Panggang selama 4 minit di setiap bahagian.
  10. Lumur glis pada satu bahagian ayam.
  11. Biarkan selama 1 minit dan alih lalu glis satu bahagian lain.
  12. Ulang sehingga semua ayam dimasak.

 

Sup Ayam Tempoyak

Resepi Ayam Masak dengan Buah Eksotik
Kredit: situsresep.id

Bagi peminat masakan berasaskan tempoyak, hidangan ayam ini mesti dan wajib disediakan. Bagi yang tidak tahu apakah itu tempoyak, tempoyak ialah isi buah durian yang dipekasamkan. Jadi, secara tidak langsungnya, hidangan ini adalah satu contoh sajian yang menggabungkan ayam dan buah. Cubalah resepi di bawah dan lihat betapa mudahnya sajian ini.

 

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, dipotong 12
  • 4 batang serai, diketuk
  • 5 sudu besar tempoyak
  • Garam secukup rasa
  • 4 tangkai daun kesum
  • 1.5 liter air
Bahan Kisar
  • 30 biji cili padi (boleh dikurangkan menurut citarasa)
  • 4 biji bawang merah
  • 2 1/2 cm kunyit hidup
Cara-Cara
  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
  2. Masukkan air dan serai. Gaul rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam, daun kesum dan garam secukup rasa.
  4. Masak sehingga mendidih dan pekat.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

Jadi, adakah anda bersedia untuk cuba semua sajian berasaskan ayam dan buah ini? Sementara waktu cuti panjang yang bakal menjelang, anda berkesempatan untuk cuba semua hidangan ini dan beritahu kami pendapat anda tentang rasa dan gabungan kesemua hidangan ini dengan berkongsi pendapat dan gambar bersama kami. Jangan lupa etakkan hashtag #butterkicap ya!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.