Sambal Ayam: Resepi Pedas-Manis Sesuai Sebagai Hidangan Utama atau Sampingan

sambal ayam
Sambal ayam – gabungan rasa pedas dan manis yang lazat

Adakah masakan sambal ayam dicarik ini sebuah hidangan utama atau sampingan? Sebenarnya, dua-dua pun boleh.

Agak mudah untuk mengelirukan sambal ayam degan ayam sambal – satu merupakan sambal yang mengandungi ayam, dan lagi satu pulah biasanya merujuk kepada ayam goreng yang dimasak dengan sambal. Resepi yang kami ingin kongsikan adalah untuk yang pertama. Memasak sambal ayam memerlukan sedikit lebih usaha, tetapi hasilnya sungguh berbaloi masa yang diperlukan.

Sebagai hidangan utama, sambal ayam sedap dimakan dengan nasi putih, ketupat ataupun sebagai komponen nasi lemak – ia ayam dan sambal sekaligus! Atau makanlah untuk sarapan pagi dengan kepingan roti putih yang lembut bergebu. Sebagai hidangan sampingan, ia boleh melengkapkan masakan tempatan kegemaran anda yang lain. Sambal ayam juga sedap dengan kepingan timun segar atau ulam rangup yang lain.

Nikmatilah!

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam segar (kira-kira 1.4 hingga 1.5kg), dibersihkan
  • Air
  • 1 cawan ais batu
  • 200ml minyak masak
  • 85g cili boh
  • 100g asam jawa
  • 50g gula Melaka
  • 150ml stok ayam, dari air pendidihan ayam
  • 2 ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil lada hitam, ditumbuk kasar
Aromatik
  • 500g bawang besar
  • 40g bawang putih
  • 85g lengkuas
  • 85g halia
  • 20g serai, bahagian bawah sahaja (kira-kira 2 keping)

Hidangan: 6-8 orang

Kaedah: persediaan
  1. Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk besar atau stockpot. Isi periuk dengan air sehingga ayam hampir terbenam. Keluarkan dan ketepikan ayam. Pada suhu api tinggi, panaskan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk. Pastikan bahagian dada menghadap ke atas. Kecilkan api dan reneh selama 40 minit tanpa menutupi periuk. Gunakan timer dapur untuk memastikan masa masakan yang betul.
Ingat – bahagian dada perlu menghadap ke atas!
  1. Bila ayam sedang dimasak, kisarkan semua bahan aromatik sehingga halus dalam mesin pengisar makanan. Tambah sedikit air jika diperlukan untuk membantu proses mengisar. Bersabarlah, proses ini mungkin mengambil masa 20 minit (atau lebih) bergantung kepada pengisar anda.
Kisar bahan-bahan aromatik sehingga halus seperti ini
  1. Sediakan mandian ais bila terdapat 5 minit lagi sahaja di timer Isi mangkuk logam atau periuk dengan air sejuk sehingga separuh penuh. Tambah ais.
  2. Bila timer berbunyi, keluarkan ayam keluar dari periuk. Tuangkan cecair di dalam rongga ayam ke dalam periuk, tetapi lakukan langkah ini dengan perlahan dan berhati-hati kerana cecairnya sangat panas! Masukkan ayam ke dalam mandian ais. Pasangkan timer anda selama 15 minit lagi.
Kali ini, dada ayam menghadap ke bawah
  1. Jangan buang cecair ayam. Pasangkan api pada suhu tinggi dan biarkan ia mendidih sehingga ia diperlukan.
Masa mencarik!
  1. Selepas 15 minit, tibalah masanya untuk kotorkan tangan anda. Keluarkan ayam dari mandian ais dan letakkan di atas piring atau papan pemotongan. Sediakan piring atau mangkuk kosong.
  2. Gunakan tangan anda untuk mencabut keluar bahagian-bahagian ayam dan dagingnya. Letakkan daging ayam di atas pinggan dan cariknya dengan kasar dahulu. Carik setiap bahagian ayam, termasuk kulit, lemak dan bahagian yang lain. Masukkan tulang yang sudah dibuang isi ke dalam periuk tadi untuk dididuh bersama cecair ayam.
Carik, carik, carik…
  1. Bila daging ayam habis dicarik, gunakan tangan atau dua garpu untuk mencarik ayam dengan lebih halus, kira-kira 2 hingga 3mm lebar. Jangan risau jika terdapat cebisan atau ketulan yang tebal sedikit.
Memasak sambal ayam
  1. Panaskan kuali anda pada suhu api tinggi dan masukkan minyak masak.
Minyak cukup panas bila ia mula bergelembung
  1. Apabila minyak secukup panas, masukkan bahan aromatik yang telah dikisar. Kacau sedikit, kemudian masukkan cili boh dan kacau sehingga sebati.
Berdesir!
  1. Masukkan 1 sudu kecil garam dan ½ sudu kecil lada hitam. Ini membantu rasa bahan-bahan aromatik bergabung bila dimasak. Teruskan kacauan semasa memasak sambil mengikis dasar kuali untuk pastikan bahan-bahan tidak terlekat dan terbakar.
  2. Selepas 15 minit, masukkan 1 cawan air ke asam jawa dan kacau dengan jari anda untuk campur dengan teliti. Gunakan tapis untuk masukkan cecair asam jawa ke dalam kuali. Jangan lupa perahkan jus dari pulpa asam jawa untuk mengeluarkan sebanyak mungkin cecair. Kacau.
  3. Masukkan gula Melaka dan kacau.
  4. Selepas 5 minit, masukkan 150ml stok ayam yang diambil dari cecair masakan ayam tadi. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau untuk gabungkan.
Sambal kelihatan sedap
  1. Terus kacau sehingga sambal menjadi gelap, kira-kira 20 minit.
Lihat warna sambal berubah dari merah cerah bila baru mula memasak (kiri) hingga berwarna merah gelap tua, kira-kira 40 minit kemudian (kanan)
  1. Masukkan ayam yang telah dicarik dan kacau dengan teliti, diikuti dengan ½ sudu kecil garam. Masak selama 5 minit lagi, sambail mengacau.
Ayam dimasukkan
Kacau hingga rata
Sudah sempurna!
  1. Masukkan sambal ayam ke dalam pinggan hidangan. Beres!
Tip tambahan
  1. Anda boleh gabungkan bawang besar dan bawang kecil untuk masakan ini. Pastikan berat gabungan bawang sama seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Tiada gula Melaka? Gula putih pun boleh digunakan, tetapi kurangkan jumlahnya hingga 40g. Tetapi, kami mencadang anda gunakan gula Melaka kerana ia memberikan hidangan rasa yang lebih berperisa dan berkaramel.
  3. Jangan terbalikkan ayam semasa ia dimasak di dalam periuk. Bahagian ayam yang berbeza masak pada tahap yang berbeza, dan bahagian dada ayam masak terpantas. Inilah sebab dada ayam sentiasa dihadapi di atas untuk mengurangkan bahang api yang menyentuhnya.
  4. Jangan bimbang jika ayam anda tidak masak sepenuhnya bila ia dimasuki mandian ais kerana ia akan dimasak lagi kemudian.
  5. Parut gula Melaka atau pecahkannya menjadi ketulan kecil supaya ia akan cair dengan lebih cepat dan rata.
  6. Jika anda tidak mempunyai stok ayam mencukupi dari hasil pendidihan ayam, anda juga boleh menggunakan stok ayam siap sedia.

Walaupun pedas, ada sesuatu yang amat menyengkan hati mengenai hidangan sambal ayam ini. Jika anda mempunyai masa terluang sedikit, cubalah resepi ini. Jangan lupa hashtag kami dengan #butterkicap apabila anda memasaknya!

 


 

Artikel lain:

Nasi Minyak: Resepi Senang dan Lazat

Sambal Kelapa: Resepi Perasa Manis Savuri

Tip Dapur: Cara Mengguna & Menyimpan Gula Melaka

print
Write Your Comment
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Spoon with us. Pamper yourself for free at HERE'S Spa & Salon! Limited to first 200 sign-ups.

Sign up for HERE'S Salon & Spa Giveaway

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.