Resepi Nyonya Perut Ikan: Hidangan Klasik Peranakan

Kredit: Gerald Lee

Bagi peminat makanan Nyonya, tak sahlah perjalanan eksplorasi gastronomi anda tanpa mencuba hidangan Nyonya Perut Ikan ini.

Selagi Boleh…

Satu perkara yang boleh dikatakan tentang nenek moyang kita ialah mereka praktikal. Dalam gaya hidup yang serba sederhana, rata-rata kebanyakan keluarga di negara ini mengamalkan konsep ‘selagi boleh’.

Dalam apa jua aspek kehidupan kita berpegang pada konsep ini. Termasuklah dalam penyediaan makanan juga. Konsep ‘selagi boleh’ inilah yang membawa kepada penciptaan hidangan Nyonya perut ikan ini.

Kebanyakan keluarga di Melaka, termasuklah keluarga Peranakan juga, bergantung hidup pada hasil laut. Si suami akan keluar menangkap ikan dan si isteri uruskan rumah. Adat bekerja, ada masanya hasil tangkapan banyak dan ada masanya hasil tangkapan sedikit. Apabila tiba musim mengikat perut, para isteri perlu sediakan makanan dengan apa yang ada.

Oleh itu, untuk pastikan makanan yang berkhasiat dan memberi tenaga dapat disediakan, para isteri menggunakan setiap bahan semaksimum yang mungkin, termasuklah ikan.

Bahan-bahan seperti ulam-ulaman dan rempah ratus boleh didapati dengan mudah. Ada yang menanamnya di belakang rumah. Jadi, tak perlu berbelanja lebih untuk sediakan hidangan seakan kuah laksa ini. Itulah keistimewaan konsep ‘selagi boleh ini.’

Keenakan dalam Praktikaliti

Apabila mendengar ‘perut ikan’, saya tak salahkan anda jika anda berasa sedikit mual. Perut ikan merupakan sesuatu yang jarang sekali orang jadikan sebagai bahan makanan tetapi jangan dipandang enteng terhadap perut ikan kerana bahan inilah yang bertanggungjawab menjadikan hidangan Nyonya Perut Ikan sangat unik dan cukup berbeza.

Menggunakan asam jawa, rempah ratus dan ulam-ulaman segar, saya merasakan hidangan Nyonya Perut Ikan inilah yang paling sihat berbanding hidangan Nyonya yang lain. Rasa kemasaman yang pedas tetapi menyenangkan menjadikan sajian Nyonya Perut Ikan sebagai hidangan ‘feel good’ saya. Tak perlu buat sup ayam, sekarang ada suatu yang baru untuk anda cuba!

Bahan-Bahan:

a) Pes rempah

  • 4 tangkai cili merah
  • 8 tangkai cili kering
  • 1cm kuhyit hidup
  • 2 batang serai
  • 10g lengkuas
  • 100g bawang merah
  • 15g belacan

b) Untuk stok

  • 30g tasam jawa dicampur dalam 1 liter air

c) Bahan A

  • 4 kacang pajang, dipotong menjadi ketulan 3cm panjang
  • 1/4 nenas, potong menjadi ketulan kiub sebesar 1cm
  • 1 terung kecil, dipotong menjadi hirisan 3cm panjang
  • 100g udang sederhana besar, dibuang kulit
  • 100ml santan

d) Bahan B

  • 6 sudu besar perut ikan, direndam dalam air untuk keluarkan garam lebihan dan dipotong menjadi ketulan besar
  • 2 cili merah, dibuang biji dan dihiris
  • 30g terung pipit

e) Perasa

2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

f) Ulam-ulaman

  • 30 helai daun kadok
  • 10 helai daun limau perut
  • 6 tangkai daun kesums
  • 6 tangkai daun cekur
  • 1 helai daun kunyit
  • 6 helai daun selasih Thai atau Kemangi
  • 6 helai daun pudina

g) Hiasan

  • 1 kuntum bunga kantan, dihiris halus

Cara-Cara:

  1. Kisar bahan pes rempah hingga halus.
  2. Perah asam yang direndam dalam air, ketepikan air asam dan keluarkan biji.
  3. Masukkan bahan rempah dan air asam dalam periuk. Tunggu hingga menggelegak dan kacau. Kecilkan api dan biar kuah mereneh selama 15 minit.
  4. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan biar masak selama 6 minit.
  5. Masukkan Bahan B, bahan perasa dan ulam-ulaman lalu biar mereneh selama 5 minit lagi.
  6. Hias dengan hirisan bunga kantan dan daun limau purut. Hidangkan bersama nasi panas. 

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Siapa sangka, dengan perut ikan saja, satu hidangan yang cukup menyelerakan, sihat dan menyegarkan dapat disediakan. Itulah keunikan masyarakat Malaysia. Kita bukan saja kreatif malah mampu melakukan perkara yang mustahil.

Sekarang, apabila anda melihat perut ikan, jangan terus buang saja. Mana tahu, anda boleh ambil kesempatan dan cuba resepi ini.

Jangan lupa untuk kongsi dengan saya masakan Nyonya kegemaran anda dan jika anda ada permintaan masakan yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsikan.

Kalau ada permintaannya, jangan lupa untuk mengikuti Butterkicap dan saya di laman Instagram. Senang untuk kami penuhi permintaan anda itu!

print
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.