Char Kway Teow: Makanan Keselesaan Rakyat Malaysia

char kway teowLazatnya Char Kway Teow!

Tidak ada apa yang boleh berbanding sepinggan char kway teow yang baru dimasak. Panas dan menyenangkan hati, sedikit berminyak, melekit dengan rasa asap kuali. Hiduan aroma hidangan lazat ini membangkitkan imej si tukang masak char kway teow, cekap mengendalikan sudip dan kuali gergasinya sambil melambung kway teow untuk campurkan mi dan taugeh dan kek ikan dan kerang hingga sempurna. Cuaca agak panas dari api dapur tekanan tinggi dan kelembapan di udara.

Tetapi tak mengapa, anda tak sabar memakan hidangan ini sebaik sahaja ia disajikan di hadapan anda, lebih baik lagi jika dihidang atas pinggan melamina yang bujur dan oren, dengan tanda-tanda terbakar dan mungkin, jika anda seorang yang baik, sehelai daun pisang melapit pinggan anda.

Char kway teow boleh dianggap sebuah institusi makanan di rantau Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia dan Singapura. Dibuat dengan mi kway teow, campuran sos, makanan laut dan hanya sedikit sayur-sayuran (kami tidak kata hidangan ini sihat!), char kway teow boleh didapati dalam versi ‘basah’ atau ‘kering’, tetapi mungkin bukan dari penjual yang sama.

Setiap pakar char kway teow biasanya mempunyai campuran bahan-bahan khas tersendiri, tetapi resepi terasnya jarang berbeza. Ada juga penjual teow char kway yang menggunakan lemak babi, tetapi terdapat banyak penjual yang tidak menggunakannya untuk menyenyuaikan hidangan mereka dengan lebih ramai orang.

Ada sedikit banyak penyediaan yang perlu dibuat untuk memasak char kway teow, tetapi waktu masaknya agak pantas. Kami ingin kongsi dengan anda resepi char kway teow klasik yang pasti menjadi kegemaran ramai.

Bahan-bahan

char kway teow

  • 150g mi kway teow
  • ¼ cawan taugeh
  • 1 sudu besar kucai, dihiris nipis
  • ¼ cawan kerang, kulit dibuang
  • 6 udang besar, dikupas dan dibuang urat
  • 1 kek ikan, dihiris nipis
  • 5 bebola ikan, potong separuh
  • 1 telur itik (ganti dengan telur ayam jika tiada telur itik)
  • 1 sudu kecil cili boh
  • ¼ sudu kecil garam
  • ½ cawan air dan 2 sudu besar air
  • 3 sudu besar minyak masak termasuk tambahan untuk menyediakan kuali
Campuran sos
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar karamel memasak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil cuka hitam
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil gula
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
Aromatiks
  • 5 bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
Kaedah
  1. Tambah semua bahan-bahan sos dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati.
  2. Gunakan mesin pengisar makanan untuk mengisar bahan-bahan aromatik sehingga halus.
  3. Panaskan dan sediakan kuali anda dengan mengelap lapisan nipis minyak di sekitar permukaan kuali dengan tuala kertas. Kuali anda panas secukupnya bila lapisan minyak telah kering dan kuali seolah-olah bercahaya.
  4. Masukkan minyak masak. Jika kuali anda cukup panas, minyak akan menjadi panas dalam beberapa saat. Jika tidak, biarkan ia mencapai suhu 180°C hingga 200°C.
  5. Masukkan udang dan goreng dengan cepat selama 8 hingga 10 saat sehingga kelihatan perang. Ini juga akan memerisakan minyak. Tolak udang ke tepi kuali.
  6. Tambah 2 sudu kecil campuran aromatik, cili boh dan goreng dengan udang sehingga wangi.
  7. Dengan cepat dan cekap, retak telur itik ke dalam kuali, pecahkan kuning dan gaulkan telur bersama dengan bahan-bahan yang lain. Goreng sehingga campuran pekat tetapi masih basah. Anda tidak mahu telur menjadi kering.
char kway teow
Sedapnya bau!
  1. Di dalam penapis, siram mi kway teow dengan ½ cawan air untuk melembapkannya. Masukkan kway teow kedalam kuali dan goreng sehingga mi dicampur dengan bahan-bahan lain dengan teliti, kira-kira 1 minit. Sambung kacaukan kway teow.
char kway teow
Masukkan kway teow
  1. Tambah taugeh, kek ikan, bebola ikan, kerang, kucai dan 2 sudu kecil campuran sos. Taburkan 2 sudu besar air ke atas mi (lihat tips tambahan masakan 1). Kacau atau lambungkan bahan-bahan untuk memasak taugeh dan kerang (jika kerang masih mentah) selama kira-kira 1 minit. Hidang!
char kway teow
Hampir sedia!
Tips penyediaan
  1. Bila membeli kway teow, jangan pilih yang disimpan peti sejuk kerana ia tidak akan tahan selama kway teow yang dijual di suhu bilik.
  2. Bagi pengedaran perisa yang lebih rata, pastikan jalur-jalur mi kway teow dipisahkan dahulu. Walaubagaimanapun, jaluran kway teow agak halus dan sukar dicam, jadi beri tumpuan kepada ketulan yang bergumpal.
  3. Kerang mentah atau rebus boleh digunakan. Jika anda lebih suka kerang yang lebih banyak airnya, gunakan kerang mentah. Jika anda tidak suka kerang yang terlalu berair, digunakan kerang rebus. Tidak kira sama ada anda guna kerang rebus atau mentah, kerang perlu ditambah pada masa yang sama bila memasak char kway teow.
  4. Jika anda bercadang untuk merebus kerang anda, basuh kerang terdahulu sehingga tidak lagi berlumpur. Letakkan kerang di dalam periuk dan tuangkan air yang mencukupi untuk menyentuh bahagian atas kerang – kerang tidak perlu ditutupi air dengan sepenuhnya. Tutup periuk dan masak sehingga mendidih. Bila kerang sudah masak, kulitnya akan terbuka sedikit.
  5. Telur itik memberi lebih rasa lebih lemak kepada char kway teow. Anda juga boleh pecahkan telur ke dalam mangkuk dan memukulnya sedikit sebelum menambahkannya ke dalam kuali jika anda tidak yakin dengan kemahiran memecahkan telur anda.
Tips tambahan memasak
  1. Air akan mengukuskan taugeh. Anda juga boleh menggunakan air rebus dari kerang, tetapi pastikan ia tidak mengandungi sedimen.
  2. Untuk menambah mata kepakaran anda bila memasak char kway teow, terutamanya jika ada penonton, lambungkan mi anda di dalam kuali! Berhati-hati tidak lambung terlalu tinggi sehingga kway teow pun terkeluar dan jatuh merata-rata pulak.
  3. Jangan ragu untuk menambah lebih banyak atau kurang udang, kerang, kek ikan, bebola ikan atau taugeh mengikut citarasa anda!
  4. Kami juga cadangkan char kway teow dimasak mengikut satu hidangan makanan supaya anda akan dapat campuran bahan-bahan yang lebih sedap. Pakar goreng kway teow pun mengguna cara ini!
  5. Tiada kuali? Anda perlu dapatkan satu secepat mungkin.

Jika anda sedang mencari resepi menurutkan hati, ini pasti salah satu daripadanya yang boleh dibuat di rumah. Dengan sedikit latihan, anda akan menjadi pakar char kway teow dalam masa yang singkat! Cubalah dan jangan lupa tunjukkan kepada kami hidangan anda dengan mengetag hami di #butterkicap.

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More