Hotel Armada Buffet Seperti Buka Puasa di Kampung

Berpuasa jauh dari kampung halaman, keluarga dan saudara-mara pasti mencabar emosi sesiapa sahaja, khususnya si perantau yang gigih mencari rezeki yang halal di perantauan.

Oleh itu, apabila bulan Ramadan yang mulia menjelang, ramailah yang mula berasa kempunan dan mengidamkan masakan hasil air tangan ibu, mak, mama, umi, bonda masing-masing.

Sebelum anda mula merancang untuk mengambil cuti semata-mata untuk menikmati masakan ibu anda, kami tahu suatu tempat untuk anda lepaskan rasa kempunan anda Ramadan kali ini.

 

Citarasa Kampung Bersama Hotel Armada PJ

Hotel Armada Buffet Ramadhan

Anda tidak perlu susah-susah berlakon sakit atau memerah otak mencari alasan untuk meminta cuti daripada majikan anda hanya untuk pulang ke kampung dan menikmati sajian kampung kegemaran anda.

Dengan hanya RM 88 seorang, anda dapat menikmati bukan satu atau dua malah lebih 100 jenis sajian tradisional Melayu yang anda pasti pernah nikmati ketika membesar di kampung halaman anda.

 

Aneka Juadah Menanti di Hotel Armada

Anda pasti ingin tahu apakah juadah yang menanti anda di Hotel Armada sepanjang Ramadan ini?

Chef Eksekutif Hotel Armada, Chef Chew Teik Chye dan juga Sous Chef Alifah binti Kandar memberikan sentuhan mereka terhadap hidangan-hidangan yang lazimnya disediakan di rumah.

Antara hidangan yang patut dicuba oleh anda ialah nasi kebuli istimewa Hotel Armada, hidangan Itik Kerutub, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Pisang Muda Masak Lemak Ikan Masin dan Sambal Hijau Terung Pipit bersama Belacan. Kami pasti anda akan bertambah berkali-kali selepas mencuba!

Buatlah Tempahan Sekarang

Jangan biarkan rasa rindu anda terhadap masakan ibu anda terus melarat sehingga tidak dapat terubat lagi.

Hubungi pihak Hotel Armada untuk pertanyaan lanjut atau membuat tempahan menerusi +603 7954 6888 (ext. 4557).

Sepanjang bulan Ramadan, dari 15 Mei hingga 14 Jun 2018, anda dapat menikmati Bufet Buka Puasa Citarasa Kampung pada harga:

Dewasa: RM 88
Kanak-kanak: RM 45

Jika anda tidak berkesempatan untuk ke Hotel Armada Ramadan ini, anda bolehlah membuat tempahan untuk Bufet Hi-Tea Hari Raya Aidilfitri Hotel Armada pada 15 Jun dan 16 Jun ini.

Harga bufet untuk Hari Raya ini adalah seperti berikut:

Dewasa: RM 68
Warga Emas: RM 48
Kanak-kanak: RM 33

 

Pulanglah

Bulan Ramadan bukan sekadar bulan menahan diri daripada makan atau minum di siang hari malah menimbulkan rasa nostalgia serta keinginan untuk kembali ke zaman kanak-kanak anda.

Jangan lepaskan kesempatan Ramadan kali ini untuk mengimbau zaman kanak-kanak anda dengan Bufet Ramadan Citarasa Kampung Hotel Armada. Sekali pergi, pasti nak kembali!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More