Manfaat Peria dalam Mencegah dan Merawat Diabetes

Khalayak yang mengetahui mengenai buah peria adalah antara buah yang rasanya pahit. Terdapat dua jenis peria yang anda boleh temui. Peria yang biasa kita jumpa adalah berbentuk panjang dan berwarna hijau muda dan jenis yang lagi satu mempunyai tekstur yang bergerutu, ia dikenali sebagai ‘peria katak’, bersaiz lebih kecil serta berwarna hijau tua.

Antara kedua-dua jenis peria ini, ‘peria katak’ adalah lebih pahit berbanding peria biasa. Namun, jika anda memasak dengan cara yang betul, ia akan kurang pahit dan anda akan lebih gemar untuk menjadikan ia sebagai sebahagian daripada menu harian anda. Apa yang lebih menarik mengenai manfaat peria katak ialah ia diperkaya dengan 1001 khasiat terbaik untuk penjagaan kesihatan anda secara keseluruhan.

Walaupun buah peria antara sayur-sayuran hijau yang pahit dan jarang sekali diambil oleh individu, ia mempunyai banyak manfaat dan mampu merawat pelbagai penyakit yang dihidapi oleh semua orang. Ia bukan sahaja mempunyai manfaat yang baik pada buahnya, bahkan daunnya juga mempunyai kelebihan tersendiri kepada anda.

Bagi anda yang ingin mencegah dan merawat diabetes, manfaat peria juga amat berguna untuk anda. Di sini Butterkicap menyajikan sedikit info buat anda mengenai manfaat peria yang jarang sekali anda ketahui dalam merawat pelbagai penyakit terutama dalam merawat diabetes.

 

Ringkasan mengenai peria

Manfaat peria

Sejak zaman berzaman, buah peria telah pun dijadikan penawar semula jadi dalam merawat diabetes. Di China, pakara perubatan tradisional telah menggunakan buah peria sebagai salah satu alternatif dalam rawatan bagi penyakit asthma dan permasalah haid bagi kaum wanita yang mengalami kelewatan.

Seorang pakar perubatan dari England telah menjalankan satu penyelidikan dalam mencari kepastian tentang manfaat peria secara saintifik. Hasil kajian tersebut telah menemukan bahawa buah peria mengandungi kandungan hypoglycemic atau insulin semula jadi di dalamnya. Justeru, mereka menghasilkan plantinsulin yang berfungsi menurunkan kadar gula dalam darah dan air kencing pesakit diabetes secara semula jadi.

Alternatif yang mudah dan berkesan dalam merawat diabetes menggunakan buah peria dengan menjadikan buah peria sebagai jus minuman dan diamalkan sekurangnya sebanyak empat atau lime biji buah peria setiap pagi.

Tetapi, bijinya dihancurkan terlebih dahulu dan boleh dicampurkan dalam makanan. Jika anda tidak gemar untuk mengambil dalam bentuk jus, anda boleh juga merebus buah peria tersebut dan amalkan air rebusan tersebut atau anda boleh jadikan ia dalam bentuk serbuk.

 

Baik untuk pesakit kencing manis

Manfaat peria

Buah peria katak terkenal dalam merawat pelbagai penyakit dan memberi pelbagai manfaat positif terhadap kesihatan anda secara keseluruhan. Ia juga berpotensi dalam merawat diabetes dengan cara menurunkan paras glukos dalam darah. Ia sememangnya sudah diamalkan secara meluas dalam dunia perubatan tradisional untuk merawat diabetes sejak dahulu lagi.

Namun perkembangan teknologi dalam perubatan telah wujud inovasi dalam penghasilan produk berasaskan peria secara komersial dalam bentuk minuman teh uncang, jus minuman, ekstrak peria, dan kapsul atau pil berasaskan peria. Walaupun tidak banyak kajian telah membuktikan tentang keberkesanannya dalam merawat diabetes, penyelidik masih meneruskan usaha menjalankan kajian klinikal terhadap peria bagi mencari hasil yang optimum untuk buktikan manfaat peria.

Bagi penghidap diabetes, pengambilan peria dapat membantu merawat diabetes dan mengurangkan simptom yang terjadi akibat diabetes kerana peria dapat membantu dalam:

 

Menurunkan paras glukos dalam darah

Buah peria dikatakan berkesan dalam menurunkan paras glukos dalam darah. Peria tidak menjurus kepada satu-satu organ dalaman atau tisu tertentu dalam badan seperti ubat-ubatan, ia hanya memudahkan fungsi metabolisme glukos dalam darah. Hal ini kerana, peria mempunyai dua sebatian penting yang dikenali sebagai charantin dan momordicin yang memainkan peranan penting dalam menurunkan paras glukos dalam darah.

 

Melancarkan proses penghadaman karbohidrat

Buah peria berupaya dalam menghalang enzim terlibat dalam memecah disakarida kepada dua monosakarida yang menyebabkan pengurangan jumlah glukos yang dilepaskan dalam darah. Buah peria sangat berguna dalam merawat diabetes jenis 1 dan jenis 2. Hal ini, peria dapat mempengaruhi penyaluran insulin untuk glukos supaya dapat berfungsi dengan baik.

 

Meningkatkan proses rembesan insulin

Tujuan utama insulin dalam tubuh adalah terlibat dalam menyalurkan gula daripada saluran darah ke seluruh tisu, otot dan lemak dalam tubuh. Gula ini sebenarnya akan terhasil tenaga untuk tubuh badan dan fungsi insulin adalah menghalang pengeluaran gula oleh hati dan dilepaskan dalam darah.

Penyakit diabetes jenis 1 berpunca daripada kegagalan pankreas dalam menghasilkan insulin yang mencukupi untuk tubuh badan. Dengan meningkatkan proses rembesan insulin pankreas, peria mampu membantu dalam merawat diabetes jenis 1.

 

Dapat memulihkan rintangan insulin

Kajian klinikal telah membuktikan bahawa peria mempunyai sebatian glikosida asid olenolic yang berupaya meningkatkan fungsi glukos dalam diabetes jenis 2. Kaedahnya dengan hanya mencegah atau menterbalikkan rintangan insulin dalam badan.  Penyaki diabetes jenis 2 sebenarnya berpunca daripada kegagalan otot rangka, tisu lemak, dan hati dalam tindak balas secara normal terhadap insulin. Keadaan ini digelar sebagai rintangan insulin dan mampu meningkatkan risiko kepada anda untuk dijangkiti diabetes jenis 2.

 

Agen anti-oksidan

Kadar kepekatan glukos dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko kepda penyakit diabetes jenis 1 dan jenis 2. Seterusnya, ia akan meningkatkan risiko kepada pengoksidaan dan keradangan pada seluruh tubuh badan. Pelbagai gejala boleh terjadi akibat daripada keadaan ini, antaranya pesakit bileh berisiko untuk menjadi buta, kaki menjadi kebas, mengalami strok, serangan jantung dan lebih parah akan membawa kepada penyakit buah pinggang.

Pengambilan peria bukan sahaja dapat merendahkan tekanan gula dalam darah, bahkan ia mampu mencegah gejala-gejala menerusi agen anti-oksidan yang ada padanya.

Dalam rawatan, jus buah peria dikatakan sangat sesuai dijadikan menu pemakanan harian bagi mereka yang menghidapi diabetes. Kandungan insulin semula jadi dalam buah peria dibuktikan dapat mengawal paras gula dalam darah dan membaik pulih fungsi insulin dalam badan kembali normal.

Manfaat peria dan diabetes

Manfaat peria

Di India, buah peria katak dikenali sebagai karela. Ia dikatakan sejenis buah dan sayur yang sangat unik dan boleh diambil dalam menu makanan harian dan dijadikan penawar untuk apa jua penyakit yang dihidapi oleh anda. Nama saintifik bagi buah peria ialah Momordica Charantia dan tergolong dalam kelompok Cucurbitaceae dan merupakan buah yang terpahit dalam kalangan buah-buahan serta sayur-sayuran.

Antara kawasan yang kebiasaannya mudah untuk menanam buah peria adalah dikawasan tropika dan subtropika seperti negara di sekitar benua Asia, Amerika Selatan, Sebahagian negara di Afrika, dan kawasan Carribbean.

Buah peria selalunya tumbuh dengan tekstur buah berbentuk bujur kehijauan dengan permukaan luaran yang berbeza. Walaupun saiz, tekstur dan tahap kepahitannya adalah berbeza antara kawasan, ia tetap diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang penting serta bermanfaat untuk tubuh badan anda.

Di Asia, kajian terhadap buah peria telah dijalankan sejak sekitar tahun 60-an sehingga tahun 80-an. Hasil penyelidikan telah mendapati bahawa kandungan bahan kimia charantin dalam buah peria dapat mengurangkan kadar glukos dan bertindak balas sama seperti insulin dalam darah termasuk vicine dan polipeptida-P. Oleh itu, buah peria dapat membaiki fungsi dan halangan insulin dalam perubatan dan menggantikan fungsi insulin dalam membantu masalah berkaitan dengan kandungan glukos dalam darah.

 

Fungsi dan manfaat peria dalam merawat diabetes

Buah peria merupakan buah yang rendah kandungan kalori, namun diperkaya dengan pelbagai nutrisi yang berguna kepada anda. Antara kandungan nutrient yang wujud ialah vitamin B1, B2, dan B3, vitamin C, magnesium, folat, zink, fosforus, mangan, dan tinggi dengan kandungan serat makanan. Buah peria juga diperkaya dengan zat besi iaitu dua kali ganda kandungan beta-karotena dalam brokoli, dua kali ganda kalsium dalam bayam serta dua kali ganda kalium berbanding pisang.

Bahan kimia dalam buah peria yang bertindak balas sama seperti insulin dapat membantu pengurangan gula dalam darah dan sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan anda dalam mencegah pelbagai penyakit sepeti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, penyakit diabetes dan lain-lain penyakit lagi.

Bukti saintifik dan kajian berkaitan manfaat peria

Manfaat peria

Dalam membuktikan dan menilai tahap keberkesanan buah peria dalam merawat diabetes, terdapat beberapa kajian klinikal telah dijalankan oleh beberapa pakar berubat seluruh dunia.

Pada tahun 2007, satu kajian klinikal telah diterbitkan dalam satu journal perubatan berjudul ‘Journal of Clinical Epidemiology. Walau bagaimanapun, hasil kajian gagal membuktikan sebarang manfaat peria dalam merawat diabetes dan mengawal diabetes jenis 2. Pada tahun kedua berikutnya, satu kajian klinikal juga telah dilakukan dan dilaporkan dalam British Journal of Nutrition.

Kajian telah memetik bahawa pakar memerlukan lebih banyak kajian klinikal bagi memastikan dan membuktikan peranan buah-buahan tertentu dalam merawat diabetes.

Dalam kajian lain berkaitan perkara yang sama, kajian tersebut telah menghubungkaitkan antara pengambilan peria dengan kawalan glisemik dalam darah menjadi bertambah baik. Pada Mac 2008, Isu Kimia dan Biologi telah menerbitkan satu laporan yang menyatakan penggunaan peria dapat mengawal penghasilan glukos dan fungsinya menjadi stabil kembali.

Manakala pada Januari 2011, satu keputusan percubaan klinikal 4 minggu telah diterbitkan oleh Jurnal Ethnopharmacology yang menunjukkan keputusan bahawa dos harian bagi peria dengan kadar sebanyak 2000 mg membantu mengurangkan paras glukos dalam darah dalam kalangan penghidap diabetes jenis 2. Walaupun kesan hypoglisemik adalah kurang dari 1000 mg sehari untuk dos metformin.

 

Tindak balas terhadap diabetes

Dalam buah peria, terdapat sekurangnya tiga jenis bahan aktif bercirikan anti-diabetes seperti Charantin yang terbukti dapat merendahkan paras glukos, vicine dan sebatian insulin semula jadi dalam peria yang dikenali sebagai polipeptida-P.

Bahan aktif ini telah menjalankan fungsi secara persendirian dan bekerjasama antara satu sama lain dalam membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah dan kandungan lectin dalam peria berupaya mengurangkan kepekatan gulaa dalam darah serta bertindak balas ke atas tisu peripheral tubuh badan anda. Ia juga dipercayai merupakan faktor utama dalam memberi kesan hipoglisemik selepas mengamalkan pemakanan peria.

 

Kesan sampingan peria

Dalam pencampuran pengambilan ubat-ubatan dalam waktu sama dengan peria perlu berhati-hati. Terdapat risiko kepada hipoglisemik jika anda mengambil peria dalam kuantiti yang berlebihan. Bagi anda yang menghidapi diabetes, anda harus mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan atau doktor pakar terlebih dahulu jika anda ingin mengambil peria sebagai alternatif untuk mengawal glisemik.

Ia adalah untuk memeriksa dan memastikan ia selamat diambil bersama dengan ubat diabetes yang telah ditetapkan oleh pakar perubatan. Hal ini kerana, risiko dalam pengambilan peria bersama ubat-ubatan boleh menyebabkan hopiglisemia, iaitu paras gula dalam darah menjadi sangat rendah. Justeru itu, anda digalakkan untuk sentiasa memeriksa dan memantau kadar gula dalam darah anda dengan teliti dan betul.

Langkah selamat penggunaan peria

Jika anda ingin mengambil peria daam menu diet harian anda, anda harus pastikan kuantitinya perlu dikawal dan dihadkan. Adalah lebih baik anda mengambil setiap hari sebanyak dua biji. Jika anda mengambil secara berlebihan, anda akan mengalami masalah dengan perut anda, iaitu sakit perut sederhana atau lebih parah anda akan mengalami cirit birit.

Bagi wanita hamil, anda sememangnya wajib mencegah diri daripada mengambil peria dalam kuantiti yang banyak. Ia akan menyebabkan ransangan kepada rahim sekaligus mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang berlaku akibat pengambilan peria berlebihan.

Cara penyediaan mudah peria

Manfaat peria

Adalah diingatkan kepada anda, anda harus sentiasa berunding dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar anda sebelum mengamalkan peria sebagai makanan tambahan dalam merawat diabetes dan membantu mengawal diabetes supaya tidak menjadi semakin parah.

 

Cara penyediaan pertama

Cara penyediaan peria yang mudah adalah dengan menjadikan peria sebagai bahan dalam masakan goreng. Anda boleh menambahkan beberapa kepingan peria yang dipotong bersama sayur-sayuran lain yang dijadikan sayur masak tumis. Peria sememangnya mempunyai rasa yang sangat pahit, jadi, dengan mencampurkan dengan sayuran lain yang lebih manis akan menjadikan pahitnya akan berkurang dan sebati dengan rasa lain juga. Antara sayur-sayuran lain yang boleh dicampurkan bersama dengan peria ialah lada benggala, bawang, atau jagung muda dan lobak merah.

 

Cara penyediaan kedua

Anda mengambil peria dalam bentuk makanan tambahan yang boleh didapati dalam bentuk kapsul dan dijual di farmasi atau kedai jamu yang menjual produk makanan tambahan kesihatan berasaskan bahan semula jadi. Anda sebaiknya mencari kapsul 500mg dan perlu diambil dua kali sehari bersama makanan atau mengikut arahan yang telah ditetapkan pada bungkusan kapsul tersebut.

 

Cara penyediaan ketiga

Anda perlu memantau dengan teliti tahap glukos dalam darah. Menurut laporan daripada Memorial Sloan-Kettering Cancer Center, peria mempunyai kesan hipoglisemik yang tinggi. Namun, mereka perlu meneliti dengan kajian selanjutnya bagi membuktikan kebenaran mengenai kenyataan ini.

 

Khasiat peria

Manfaat peria
Credit: aidahjune.blogspot.my

Jika anda sememangnya dijangkiti diabetes, anda sebaiknya mengambil jus peria pada awal pagi setiap hari sebelum mengambil apa-apa makanan. Ini untuk mendapatkan kesan yang terbaik dan hasil yang berguna untuk kesihatan. Walaupun umum sememangnya mengetahui akan khasiat dan manfaat peria, tetapi ramai antara kita yang tidak tahan dengan rasa peria yang sangat pahit.

Walau bagaimanapun, rasa pahit itulah yang menjadi penawar terbaik kepada kita dan sangat memberi kebaikan kepada tubuh badan kita untuk tempoh masa panjang. Berikut merupakan resepi mudah penyediaan jus peria yang boleh disediakan untuk pesakit diabetes di rumah:

 

Bahan utama:

  • Sebiji peria katak
  • Sebiji lemon
  • 5g garam buluh
  • Sedikit kunyit

 

Cara penyediaan:

  1. Anda perlukan sediakan semua bahan yang telah dinyatakan.
  2. Kemudian, anda perlu membasuh peria sehingga bersih dan kupaskan kulitnya. Jika anda sudah biasa makan, anda tak perlu mengupas kulitnya.
  3. Seterusnya, anda dikehendaki memotong peria menjadi kepingan halus dan masukkan peria ke dalam pengisar. Campurkan bersama sedikit air, kunyit dan garam buluh. Kisar semua bahan sehingga lumat untuk dijadikan jus.
  4. Tapiskan bahan tersebut dan ambil airnya sahaja lalu dimasukkan ke dalam gelas mengikut kuantiti yang anda masukkan.
  5. Apabila ia sudah selesai, perahkan jus lemon untuk menjadikan jus minuman rasa masam dan segar untuk dinikmati.

Dalam penyediaan jus peria, ia mempunayi pelbagai kaedah yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Kaedah yang di atas merupakan antara kaedah penyediaan jus peria yang terbaik yang anda boleh amalkan dalam merawat diabetes. Anda hanya perlu pastikan anda sentiasa mengambil jus yang segar dan sihat.

Untuk hasil terbaik, jus peria perlu diambil ketika perut kosong pada waktu pagi jika anda penghidap diabetes. Jika anda merupakan individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti, jus peria mampu meningkatkan kadar metabolisme lemak dalam badan dan meransang pengeluaran jus hempedu dalam hati.

 

 

Bagi mengambarkan kebaikan itu, ada pepatah telah wujud berbunyi “Yang Pahit itu Ubat”. Namun begitu, tak ramai yang tahu akan manfaat peria. Pahit sekalipun tetap ditelan jua kerana ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan anda dan tiada kesan sampingan dalam pemakanannya.

Namun, jika anda sudah mula mengambil ubat-ubatan, sampai bila-bila anda terpaksa bergantung kepadanya dan sentiasa risau akan risiko sampingannya dalam penggunaan jangka masa panjang. Diabetes adalah antara penyakit yang mempunyai kadar penghidap tertinggi pada masa ini.

Banyak faktor yang boleh dijadikan sebab utama kepada penyakit ini, antaranya ialah faktor genetik iaitu keluarga mempunyai sejarah lampau dalam menghidap penyakit diabetes.

Walau bagaimanapun, ia berbalik kepada corak pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan oleh sesebuah keluarga. Jika mereka mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan tabiat makan yang tidak betul, ia akan menjadi faktor utama kepada penyumbang diabetes dalam keluarga. Ia sebenarnya boleh mengancam nyawa seseorang jika tidak dicegah dari awal dan tiada usaha dalam merawat supaya tidak menjadi semakin serius.

Akhir kata, mencegah itu lebih baik  daripada merawat. Sebaik-baik penawar adalah sesuatu yang pahit dan kadang kita tak suka itulah yang memberi manfaat yang banyak kepada diri kita. Selamat mencuba kemujaraban manfaat peria!

print
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris