7 Makanan Wajib Hidang Semasa Tahun Baru Cina

Sambutan Tahun Baru Cina adalah satu tradisi yang sering dinanti-nantikan saban tahun oleh masyarakat Cina di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

Hal ini demikian kerana perayaan ini cukup kaya dengan simbol dan amalan budaya menarik agar sepanjang tahun akan dikurniakan dengan kemewahan, kekayaan dan kebahagiaan, bukan sahaja bagi individu yang menyambul malah seluruh keluarga.

 

Tiada Yang Terlepas

Untuk memastikan bahawa tahun baru yang menjelang membawa seribu satu makna kebaikan lagi positif, pelbagai langkah diambil untuk menjamin semua yang diharapkan dapat dicapai. Antara langkah yang diambil adalah melalui makanan.

Dalam budaya Cina, terdapat beberapa jenis makanan yang dilihat sebagai simbol pada kemewahan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya.

Memang cukup menarik untuk melihat kepercayaan ini menjadi sebahagian daripada pilihan makanan yang akan dihidang pada hari perayaan, khususnya semasa jamuan pertemuan semula antara ahli keluarga yang dekat dan jauh.

 

7 Simbol Kebahagiaan

Anda pasti tertanya-tanya, apakah 7 makanan tersebut. Bacalah di bawah. Saya telah sediakan senarai makanan berserta penjelasan bagi setiap satu makanan yang disenaraikan.

 

1. Ikan

Kredit: seriouseats.com

Ikan ataupun (鱼 Yú /yoo/) merupakan antara makanan yang wajib ada di atas meja makan semasa makan malam keluarga sebelum Tahun Baru Cina menjelang.

Hal ini demikian kerana sebutan ‘ikan’ dalam Mandarin mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan Mandarin yang merujuk pada maksud ‘lebihan’. Oleh itu, masyarakat Cina percaya bahawa jika mereka makan ikan, khususnya spesies ikan tertentu pada malam sebelum sambutan Tahun Baru Cina, mereka akan ada simpanan (lebihan) pada penghujung tahun agar mereka dapat lebih banyak lagi pada tahun seterusnya.

 

Memilih Ikan

Lazimnya, cara masakan paling popular untuk sediakan sajian ikan pada Tahun Baru Cina adalah secara mengukus. Untuk memilih ikan yang sesuai untuk dihidangkan untuk makan malam Tahun Baru Cina, masyarakat CIna pegang pada satu prinsip sahaja; pilih ikan yang mempunyai homonim bertuah.

Sebagai contoh, ikan keli, dalam bahasa Mandarin, disebut sebagai  (鲶鱼 niányú /nyen-yoo/) iaitu homonim perkataan  年余 (nián yú) yang memberikan maksud ‘tahun yang mempunyai lebihan’.

 

Adab Makan

Makan ikan pada Tahun Baru Cina merupakan suatu yang istimewa dan mempunyai adab-adab tertentu untuk memastikan tuah yang diingini diperoleh. Adab-adab tersebut adalah seperti berikut:

  • Makan dua ikan untuk lebihan secara berturut-turut
  • Makan kepala ikan semasa makan malam ambang Tahun Baru dan ekor ikan pada hari Tahun Baru untuk memastikan anda mendapat lebihan sepanjang tahun.
  • Antara ikan yang dianggap membawa tuah ialah ikan koi Crucian dan ikan koi lumpur (Chinese Mud Carp).
  • Kepala ikan perlu mengadap golongan lebih tua atau tetamu istimewa sebagai simbol hormat.
  • Setelah tetamu istimewa atau individu lebih tua sudah makan kepala ikan, barulah yang lain boleh menikmati hidangan ikan tersebut.
  • Ikan yang dimakan tidak boleh dialihkan kerana dikatakan menghilangkan tuah.
  • Individu yang duduk mengadap kepala dan ekor ikan perlu membuat ucap selamat bersama.
  • Hidangan ikan tidak boleh dihabiskan kerana dilihat sebagai simbol lebihan yang diingini.

 

2. Ladu Cina

Kredit: the Justist

Ladu merupakan makanan yang cukup sebati dalam sajian masyarakat Cina sejak lebih 1800 tahun dahulu. Ladu merupakan sajian tradisional yang sering kali dikaitkan dengan jamuan makan malam Tahun Baru Cina, khususnya di Utara China.

Ladu Cina merupakan sebahagian daripada sajian wajib Tahun Baru Cina kerana ladu merupakan simbol kekayaan. Hal ini demikian kerana bentuk ladu adalah sama seperti wang emas Cina yang berbentuk seperti bot kecil.

Menurut kepercayaan, lebih banyak ladu yang dimakan semasa sambutan Tahun Baru Cina, lebih banyak wang yang anda akan jana sepanjang tahun.

 

Inti Ladu

Lazimnya, inti ladu yang disediakan pada Tahun Baru Cina adalah daging khinzir cincang, ketulan udang, ikan, daging ayam kisar, daging lembu dan sayur. Ladu ini disediakan secara merebus, mengukus, goreng atau bakar.

Walau bagaimanapun, inti berasaskan jeruk kobis  tidak disediakan sebagai sebahagian daripada hidangan Tahun Baru Cina kerana menandakan masa hadapan yang susah dan penuh masalah.

Namun begitu, ladu yang dibuat menggunakan inti lobak putih dan kobis merupakan suatu yang baik kerana menandakan warna kulit seseorang akan menjadi cerah dan mood menjadi lebih baik sepanjang tahun.

Ciri-Ciri Ladu Bertuah

Ciri-Ciri ladu bertuah bergantung pada tiga kriteria seperti berikut:

  • Kedutan –  Ladu yang mempunyai kelim atau kedutan menandakan kemewahan. Jika ladu tidak berkedut, itu merupakan tanda kemiskinan.
  • Isi Ladu – Sesetengah individu meletakkan benang putih atau duit syiling tembaga yang masing-masing menandakan panjang umur dan kekayaan. Sesiapa yang mendapat ladu tersebut dikatakan akan mendapat tuah tersebut.
  • Garisan bukan Bulatan – Ladu mesti disusun secara berbaris dan bukannya dalam bulatan kerana susunan ladu dalam bulatan menandakan kehidupan yang tidak berubah.

 

3. Popia

Kredit: finedininglovers.com

Popia ataupun Chūnjuǎn (春卷), pada mulanya, disediakan untuk dinikmati semasa Pesta Musim Bunga. Popia merupakan hidangan yang cukup popular di wilayah di Timur China seperti di  Jiangxi, Jiangsu, Shanghai, Fujian, Guangzhou, Shenzhen dan Hong Kong.

Popia merupakan gulungan berbentuk silinder yang diisi inti sayur, daging atau sesuaty yang manis. Inti ini digulung dengan kulit pastri yang akan digoreng hingga menjadi warna perang keemasan.

Bagi individu berketurunan Kantonis, popia merupakan sebahagian daripada hidangan dim sum. Pada Tahun Baru Cina, popia merupakan hidangan yang menandakan kekayaan. Hal ini demikian kerana popia kelihatan seperti jongkong emas.

 

4. Pulut (Nian Gao)

Kredit: Nyonya Cooking

Kek Pulut atau Nian Gao merupakan satu sajian tradisional wajib setiap kali sambutan Tahun Baru Cina menjelang.

Bagi masyarakat Cina, Nian Gao ialah homonim yang merujuk pada frasa ‘semakin tinggi tahun demi tahun’. Hidangan Nian Gao semasa jamuan makan malam adalah cukup penting bagi golongan peniaga kerana hidangan ini menandakan peningkatan dan pengembangan perniagaan mereka ataupun terdapat peningkatan dalam kehidupan mereka.

Nian Gao lazimnya manis dan disediakan menggunakan bahan-bahan seperti pulut beras, gula, buah berangan, kurma cina dan daun bunga teratai.

 

5. Bebola Pulut Manis

Kredit: Choochoo-ca-Chew

Bebola pulut manis atau Tāngyuán (汤圆) lazimnya dihidankan semasa sambutan Pesta Tanglung tetapi di selatan China, bebola pulut manis dimakan semasa Tahun Baru Cina.

Sebutan dan bentuk bebola pulut ini seringkali dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan yang erat dan kesatuan. Oleh sebab itulah hidangan ini merupakan hidangan wajib semasa jamuan makan malam.

 

6. Mihun Panjang

Kredit: Accor Hotels

Mi Panjang ataupun Chángshòu Miàn (长寿面) merupakan hidangan yang dikaitkan dengan umur panjang. Mi yang panjang dan tidak dipotong menandakan kepanjangan usia individu yang diberikan mi tersebut.

Hidangan mi panjang ini lazimnya, disediakan dengan menggoreng atau dimakan dengan sup.

 

Buah Bertuah

Untuk sambutan Tahun Baru Cina, buah-buahan merupakan salah satu makanan wajib untuk dihidangkan semasa perayaan tersebut.

Antara buah-buahan yang dilihat sebagai membawa tuah ialah buah oren, limau dan limau gedang. Buah-buahan ini dipilih kerana bentuk bulat dan warna keemasan yang menandakan kemewahan dan kekayaan.

 

Buah Oren dan Limau

Makan atau mempamerkan buah oren dan limau dilihat sebagai tanda tuah dan kekayaan kerana sebutan dan ejaan buah-buahan tersebut dalam bahasa Mandarin iaitu chéng (橙) yang mempunyai bunyi yang sama seperti sebutan perkataan ‘kejayaan’ (成).

 

Limau Gedang

Makan buah limau gedang pula melambangkan kebahagiaan berterusan. Lebih banyak anda makan, lebih banyak kekayaan yang akan dijana. Hal ini demikian kerana ejaan limau gedang,  yòu (柚) adalah sama seperti yǒu (有), yang membawa maksud ‘memiliki’ sementara sebutannya adalah seperti yòu (又) yang membawa maksud ‘sekali lagi’.

 

Tuah Sepanjang Tahun

Adakah anda sudah bersedia untuk sambutan Tahun Baru Cina? Jangan lupa untuk hadiahkan atau sediakan makanan-makanan tuah ini agar Tahun Baru Cina kali ini membawa segala kekayaan dan kemewahan kepada anda dan keluarga.

Jika anda tidak menyambut, kongsilah dan hadiahi rakan-rakan dan ahli keluarga yang menyambut dengan makanan-makanan tuah ini. Salam tahun baru semua!

 

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.