Resepi Sambal Udang Petai yang Cukup Menyengat!

sambal udang petai
Gabungan rasa petai dan udang yang sempurna

Terdapat sesuatu tentang gabungan udang dan petai yang menghidupkan apa jua hidangan. Sebuah hidangan yang amat versatil, sambal udang petai boleh sahaja dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi kosong. Hidangan sambal ini juga boleh dimakan dengan pelbagai jenis hidangan lain termasuk masakan Melayu, Cina, Serani dan juga Nyonya.

Apakah istimewanya sambal petai udang ini? Rasanya yang pedas, bau yang kuat dan perisa makanan laut yang teresap masuk ke dalam sambal pasti membuatkan seluruh deria anda terjaga. Bagi yang tidak meminati petai, ambil sahaja bahagian sambal dan udang. Biarkan peminatnya sahaja yang meratah petai itu.

Penyediaan masakan sambal udang petai perlukan sedikit masa, tetapi tempoh memasaknya sekejap sahaja. Biasanya, sambal petai ini dimasak di rumah tetapi mudah juga untuk didapati di restoran-restoran di seluruh negara.

Jika anda tidak pernah cuba menyediakan hidangan sambal ini, inilah peluang anda untuk mencuba resepi kami ini dan membuatkan seluruh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai anda kagum dengan skil baru anda ini!

 

Bahan-bahan

  • 205g petai, dikupas
  • 565g udang, dibuang kulit tetapi ekor dikekalkan
  • 115g bawang besar, dikupas
  • 172g bawang merah, dikupas
  • 33g bawang putih, dikupas
  • 22g serai, (kira-kira 2 batang) bahagian bawah sahaja
  • 12g halia, dikupas
  • 7g lengkuas, dikupas
  • 1g daun limau purut (kira-kira 1 daun)
  • 12.5g belacan
  • 80g pes asam jawa
  • 76g gula Melaka, diparut
  • 150g pes cili boh
  • 3g garam
  • 0.3g lada hitam ditumbuk (1/8 sudu kecil)
  • 235g air
  • 90g minyak masak

 

Kaedah memasak sambal udang petai

  1. Sediakan semua bahan.
  2. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia dan belacan sehingga halus. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk melancarkan proses mengisar. Ketepikan bahan yang sudah kisar.
Kisar hingga halus
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali pada suhu api besar.
  2. Dengan pemukul atau pisau, titikkan batang serai dan masukkan ke dalam kuali apabila minyak sudah cukup panas.
Masukkan serai ke dalam kuali panas
  1. Selepas 30 saat, masukkan bahan dikisar ke dalam kuali. Kacau sesekali bahan dalam kuali selama 5 minit.
Masukkan bahan kisar
  1. Masukkan pes cili boh dan kacau selama 2 minit sehingga sambal masak.
  2. Campurkan 85g air dengan pes asam jawa dan gaul dengan jari hingga sebati. Masukkan air asam jawa ke dalam kuali menggunakan penapis, dan perah jus asam jawa daripada pulpa asam. Kacau sehingga sebati.
  3. Seterusnya, masukkan 150g air dan gula Melaka yang diparut. Kacau sehingga sebati.
Sambal pedas sedang ditumis
  1. Masukkan daun limau purut, lada hitam dan garam. Kacau hingga sebati. Kemudian, kacau sesekali untuk 10 hingga 12 minit sehingga sambal masak sepenuhnya. Jangan lupa untuk kikis bahagian bawah dan tepi kuali untuk pastikan sambal tidak hangit.
Masukkan daun limau purut, lada hitam dan garam
  1. Masukkan udang dan kacau. Elakkan daripada terlebih masak udang. Langkah ini cuma mengambil masa selama 3 hingga 4 minit.
Masukkan udang yang dibuang kulit
  1. Masukkan petai dikupas. Kacau selama 1 minit.
Hijau petai berbanding merah sambal!
  1. Sambal udang petai anda sedia dihidang! Makan bersama nasi putih atau nasi lemak.
Sedia dihidang!

 

Tip tambahan

  1. Anda juga boleh menggunakan udang yang dibuang kulit dan ekor juga. Tetapi, elakkan menggunakan udang dengan kulit badan tidak dibuang kerana anda mahu perisa sambal dan petai terserap masuk ke dalam isi udang.
  2. Jika sebarang resepi anda (baik yang manis atau savouri) menggunakan gula Melaka, lebih baik anda parut dahulu kerana gula Melaka yang sudah diparut akan cair lebih cepat dan sekata. Tetapi, jika resepi anda menyatakan ia memerlukan ketulan gula Melaka, ikut sahaja yang tertera ya.

 

 

Sambal udang petai memang sedap dimakan bersama hidangan tempatan lain. Jadi, adakah anda akan sediakan resepi sambal ini hari ini? Jangan lupa untuk kongsi bersama kami hidangan andan dengan meletakkan hashtag #butterkicap!

 


Artikel lain:

Resepi Ayam Goreng Berempah: Rangup dan Sedap Sangat!

Sotong Telur Masin: Kesempurnaan Kombinasi Masin, Lemak dan Kenyal

Daging Mat Kassim: Sedap dan Senang dimasak!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.