Resepi Lepat Pisang Laku Laris Aunty Zah

Resepi lepat pisang Aunty Zah ini bukan sahaja ringkas malah boleh disediakan pada bila-bila masa anda teringin nak makan.

 

Asal Usul Lepat Pisang

Lepat pisang atau belebat merujuk pada adunan yang diperbuat daripada isi pisang dengan kelapa parut di tengh-tengah.

Lepat lazimnya dimasak menggunakan daun pisang dan dikukus. Di Malaysia, terdapat tiga jenis lepat pisang yang popular iaitu lepat pisang, ubi dan jagung.

Namun begitu, dalam resepi ini, hanya lepat pisang sahaja dikongsi tetapi kami yakin, resepi ini sudah cukup untuk membuatkan masakan anda diminati ramai!

Resepi Lepat Pisang Kegemaran Kami

Kami di Butterkicap, sukakan resepi tradisi yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Memang nasib kami cukup baik kerana Aunty Zah sudi berkongsi resepi beliau untuk kami cuba.

Pandangan kami? Satu bungkus pun tak cukup! Tak percaya, cubalah!

 

Bahan-Bahan:

  • 6 pisang ranum
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan kelapa parut
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang

 

Cara-Cara:

  1. Lenyekkan pisang hingga halus.
  2. Masukkan tepung dan kacau rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk berasingan, gaul kelapa parut dengan sedikit garam. Ketepikan.
  4. Potong daun pisang menjadi saiz selebar 6 inci.
  5. Cedok sedikit adunan pisang dan letakkan di tengah-tengah daun pisang.
  6. Letakkan sedikit kelapa parut di tengah-tengah adunan pisang.
  7. Lipat daun pisang dan kukus selama 15-20 minit.

 

Sedia Buka Gerai

Memang puas hati, bukan tengok hasil lepat pisang anda? Kan kami dah kata, resepi Aunty Zah ini akan membuatkan kuih lepat hasil air tangan anda cukup laku keras dalam kalangan keluarga dan sahabat handai.

Jangan lupa untuk kongsi gambar hasil anda bersama kami di sosial media dengan meletakkan #butterkicap pada gambar anda.

 

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris