Site icon Butterkicap

Resepi Ayam Varuval oleh Diana Chan

Resepi ayam varuval oleh Diana Chan
Resepi ayam varuval oleh Diana Chan

Ayam Varuval ialah hidangan India Selatan yang berasal dari daerah Chettinad. Hidangan berasaskan ayam yang digoreng kering dan pedas ini agak mudah untuk disediakan tetapi cukup mengenyangkan apabila dimakan bersama nasi. Sajian selesa ini mengandungi jumlah cili yang banyak dan anda pasti akan membersin apabila menumisnya di dalam kuali. Hidangan ini merupakan sejenis kari yang dimasak kering tetapi cukup kaya dengan perisa dan aroma yang wangi.

Inspirasi saya untuk membuat hidangan ini adalah dari memori waktu makan malam di rumah saya semasa di Malaysia. Ibu saya selalu menyediakan hidangan ini untuk kami. Beliau sangat mahir memasak masakan India yang beliau pelajari daripada seorang wanita bangsa India yang menjaga saya semasa kecil dan akan menyediakan kari untuk saya semasa berusia 2 tahun. Kami biasanya memakan sajian ini dengan sepinggan nasi dan sedikit raita. Seperti keluarga Malaysia yang lain, kami sentiasa menggabungkan masakan warisan setiap bangsa. Kami akan menikmati hidangan ayam varuval dengan sepinggang choy sum goreng atau hidangan lain seperti itu. Ibu percaya dalam penyediaan hidangan seimbang supaya kami sentiasa mendapat karbohidrat, protein dan sayuran semasa waktu makan tetapi yang sentiasa ada ialah gabungan hidangan rentas-budaya di atas meja kami.

Ayam varuval juga disediakan di restoran India di seluruh Malaysia. Selalu terdapat pembuat roti yang membuat tosai dan paratha, sementara kuah kari di simpan di dalam periuk besar yang sedia dihidang pada bila-bila masa.

Saya hanya akan menghidang hidangan ini kepada mereka yang tahan pedas. Mengurangkan kadar kepedasan hidangan ini akan menghilangkan keaslian rasa sajian ini. Saya suka menyediakan hidangan ini khususnya untuk melihat teman lelaki saya yang berbangsa Australia bertandang dan mula menangis! Hahah! Oleh sebab itu, saya akan hidangkan raita juga. Saya sedakan raita dengan mencampur yogurt, jus limau, garam dan bawang besar serta timun yang dipotong dadu. Ada kalanya, saya tambahkan nenas jika ada.

 

Bahan-bahan

 

Perapan

 

Saiz hidangan: 4 orang

 

Kaedah

  1. Satukan bahan-bahan perapan dan masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan rehat di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman.
  2. Panaskan sedikit minyak di atas api sederhana panas, kemudian goreng ayam sehingga perang keemasan. Keluarkan ayam daripada minyak dan letak ke tepi.
  3. Kurangkan minyak di dalam kuali sehingga tinggal hanya 2 sudu besar minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga wangi dan agak keperangan.
  4. Masukkan daun kari, cili kering dan rempah-ratus. Teruskan menggoreng sehingga wangi.
  5. Masukkan serbuk cili dan tumis di dalam minyak untuk beberapa saat. Masukkan garam dan gula diikuti dengan ayam. Teruskan mengacau ayam sehingga digaul rata. Jika terlalu kering, masukkan 1 atau 2 sudu besar air pada satu-satu masa. Akhir sekali, masukkan lada hitam. Gaul rata.
  6. Angkat kuali daripada penunu dan hidangkan ayam varuval bersama nasi dan sedikit raita.

 


Lihat pautan di bawah untuk resipi Diana Chan yang lain atau baca temubual kami bersama beliau di sini.

Ayam Percik

Sambal Sotong Kurita

Kek Yogurt Lemon Tanpa Tepung

Asam Pedas Kukup Merah

print