Resepi Asam Pedas Kukup Merah oleh Diana Chan

Resepi Asam Pedas Ikan Merah oleh Diana Chan
Resepi Asam Pedas Kukup Merah oleh Diana Chan

Di mana boleh saya mulakan? Asam Pedas ialah hidangan saya paling gemari dan saya tidak saja-saja berkata begitu! Saya sukakan segalanya tentang sajian ini. Inilah hidangan pilihan sajian kali terakhir saya.

Saya makan Asam Pedas sejak berusia 3 tahun, jadi, hidangan ini sudah sebati dalam diri saya. Bagi saya, hidangan ini mestilah masam dan pedas pada masa yang sama. Terliur saya setiap kali ibu menyediakannya. Hidangan Nyonya ini yang sangat biasa dan walaupun terdapat banyak cara untuk menyediakannya, saya akan bersikap berat sebelah dan menyatakan bahawa resipi ibu saya paling terbaik.

Ikan yang paling sesuai digunakan untuk Asam Pedas ialah ikan pari. Walaupun begitu, sejak berpindah ke Australia, saya belajar untuk menyesuaikan diri dan mendapati kukup merah juga sesuai dimasak asam pedas. Sebenarnya, mana-mana ikan isi putih seperti kerapu, siakap dan macam-macam lagi juga boleh digunakan. Kuah masam pedas yang dimasak dengan bendi serta rasa pudina yang lembut menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan.

Saya hanya menyediakan hidangan ini untuk orang saya sayangi dan akan menghargai hidangan ini kerana terdapat banyak bahan yang digunakan dan dan perlu disediakan dengan penuh kasih sayang. Saya makan hidangan ini begitu sahaja tetapi itu agak pelik. Oleh itu, saya cadang anda memakan hidangan ini bersama nasi. Terdapat kuah, ikan dan sedikit sayur di dalam satu periuk, jadi tiada banyak yang perlu dikemas selepas selesai masak.

Jika terdapat kuah lebihan, jangan buang kerana kuah itu cukup bernilai. Simpan dalam bekas, sejuk beku dan tambah ke dalam hidangan asam pedas seterusnya. Perisa kuah itu akan menjadi semakin kuat selepas sehari dua.

Jika anda seperti saya dan sukakan Tom Yum, Laksa Pulau Pinang dan Kiam Chye, yang mempunyai ciri-ciri masakan yang hampir sama, anda pasti akan sukakan hidangan ini. Apabila terdapat keseimbangan pada rasa masam dan pedas, anda akan sentiasa dambakan untuk menikmati hidangan ini lagi.

 

Bahan-bahan

  • 1kg kukup merah seekor (boleh diganti dengan pari, jenahak, kerapu atau mana-mana ikan isi putih yang lain)
  • ¼ cawan minyak sayur
  • Bahagian atas batang serai, dititik
  • 4 helai daun limau purut, dicarik
  • ½  sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji tomato besar, dibelah empat
  • 1 cawan air asam jawa*
  • 4 tangkai daun pudina
  • 2 sudu besar gula perang
  • 10 batang bendi
  • 1 biji limau, jus sahaja
  • Garam secukup rasa

 

Pes rempah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai, bahagian putih sahaja
  • 4 biji bawang merah
  • 10 biji cili kering, direndam dalam air suam sekurang-kurangnya selama 15 minit
  • 2 biji cili merah
  • 1 inci belacan, dipanggang
  • 15g lengkuas

 

*Air asam jawa
  • 3 sudu besar asam jawa direndam dalam secawan air (atau gunakan 2 sudu besar pes asam jawa)

 

Hiasan
  • Daun limau purut, dihiris halus

 

Kaedah

  1. Sediakan pes rempah untuk asam pedas ikan merah dengan mengisar semua bahan pes rempah sehingga menjadi halus.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis pes rempah hingga wangi. Proses ini mengambil masa kira-kira 3-5 minit. Masukkan bahagian atas batang serai dan daun limau purut.
  3. Masukkan serbuk kunyit, tomato, air asam jawa, dan 1 cawan air. Biar mendidih selama 5 minit. Masukkan daun pudina, gula dan ikan. Masak selama 15 minit.
  4. Seterusnya, masukkan bendi dan masak hingga lembut.
  5. Perahkan sedikit lagi jus limau dan perasa sehingga secukup rasa. Hias dengan hirisan daun limau purut.

 


 

Lihat pautan di bawah untuk resipi Diana Chan yang lain atau baca temubual kami bersama beliau di sini.

Ayam Percik

Sambal Sotong Kurita

Ayam Varuval

Kek Yogurt Lemon tanpa Tepung

print
Diana Chan

Guest Chef

Diana Chan is a Malaysian-born Australian chartered accountant and celebrity cook. She is the winner of MasterChef Australia for 2017 and currently works with children through food education via the Stephanie Alexander Kitchen Garden program. Diana loved cooking from a very young age and she learnt a lot through both her parents, but it was only when she moved to Melbourne that her interest grew as she discovered the farmers’ markets that supplied plenty of fresh and local produce from around Australia. She developed her own cooking style, which combined some of the hallmarks of her parents’ styles - her mother’s fresh, herb-driven approach and her father’s love of seafood. Diana believes in creating wholesome, balanced and delicious meals incorporating fusion flavours and her future plans of opening her food concept is deep in the planning stages.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.