Site icon Butterkicap

Resepi Ayam Percik oleh Diana Chan

Ayam percik
Ayam percik oleh Diana Chan

Ayam Percik ialah ayam yang diperap dengan rempah dan dipanggang dan dilumur dengan kuah bersantan. Hidangan ini berasal dari negeri Kelantan, Malaysia. Jika anda sukakan ayam panggang yang cukup kaya dengan perisa dan rasa, anda pasti akan menyukai hidangan ini.  Aroma yang anda akan bau akan membangkitkan selera anda. Hidangan ini sememangnya disukai ramai.

Saya mendapat inspirasi untuk menyediakan hidangan ini daripada kenangan semasa membesar. Kedua-dua ibu bapa saya bekerja dan ada kalanya mereka benarkan kami untuk bungkus makanan dari luar. Salah satu makanan kami suka bungkus ialah dari restoran makanan segera Malaysia, ‘Ayamas’. Mereka sediakan ayam yang lembap dan mempunyai rasa panggang yang enak dengan gabungan rempah yang menyelerakan.

Saya tidak tahu rempah yang digunakan tetapi kami sentiasa “bersihkan” pinggan kami. Mak saya memanggil hidangan itu Ayam Percik. Sebab itulah saya belajar untuk menyediakannya dan tahu bahan-bahan yang digunakan dalam kuah sajian ini. Sejak berhijrah ke Australia, terdapat masa saya akan mengidamkan makanan Malaysia dan hidangan ini semestinya salah satu daripadanya.

Ayam Percik ialah hidangan yang sesuai untuk disediakan apabila mengadakan jamuan dengan rakan-rakan. Anda boleh menyediakan sajian ini menggunakan pemanggang, di atas arang ataupun dengan cara barbeku. Saya suka hidangkan ayam percik dengan nasi atau sesuatu yang menyegarkan seperti salad mangga muda ataupun kerabu. Secara alternatifnya, oleh sebab perisa hidangan ini agak versatil, anda boleh hidangkannya dengan sayuran dipanggang seperti ubi, ubi keledek, zukini atau lada benggala, ataupun campur semua sekali untuk sediakan salad ringkas atau hidangkan bersama sedikit selada hijau.

Sajian ini tidak sukar untuk disediakan. Bahagian yang paling sukar adalah masa menunggu semasa perapan. Jika anda ada masa, sediakan pes dan perap ayam semalaman untuk dapatkan perisa yang kaya. Saya menggunakan seekor ayam di sini tapi anda boleh gunakan juga bahagian Maryland atau paha untuk menjimatkan masa untuk memotong ayam. Cuba resepi ayam percik saya dibawah ini:

 

Bahan-bahan

 

Perapan

 

Pes rempah

 

Kaedah

  1. Pertama sekali, campurkan semua bahan perapan dan ratakan pada ayam. Kemudian, perap selama 1 jam.
  2. Potong semua bahan pes rempah dan kisar hingga halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng pes rempah, asam jawa dan serai selama 5 minit.
  4. Masukkan air dan masak selama 3 minit lagi.
  5. Masukkan santan, gula dan garam. Biar mendidih di atas api sederhana besar selama 5 minit.
  6. Panggang ayam percik di atas api arang yang kecil atau di atas pemanggang. Lumur ayam dengan kuah sehingga ayam masak. Proses ini mengambil masa kira-kira 20-25 minit di atas pemanggang. Cara alternatif ialah memanggang ayam di dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 180°C.

 

Cadangan hidangan: hidang bersama salad, roti atau hirisan timun.

 


Lihat pautan di bawah untuk resepi Diana Chan yang lain, atau baca temubual kami bersama beliau di sini.

Sambal Sotong Kurita

Ayam Varuval

Kek Yogurt Lemon Tanpa Tepung

Asam Pedas Kukup Merah

print