Resepi Ayam Kuzi Gerenti Tambah Selera

Bulan Januari 2020 akan berakhir tapi bagi masyarakat Malaysia, bulan pertama tahun 2020 ini sudah cukup meriah dengan pelbagai sambutan perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina yang baru saja berlangsung beberapa hari lalu. Semestinya, bila ada perayaan disambut, ini menandakan bahawa waktu cuti bermula!

Jadi, tak ada istilah nak berdiet bagai pada waktu-waktu begini. Apa yang penting adalah sama-sama menikmati waktu cuti dan perayaan ini bersama ahli keluarga dengan hidangan-hidangan yang menyelerakan.

Hidangan Kuzi Ayam Untuk Dinikmati Bersama

Setiap kali waktu cuti, kami pasti akan menyediakan hidangan yang selesa dan kaya dengan perisa. Ada kalanya, nasi tomato dan nasi minyak menjadi pilihan tapi kali ini, kami nak sediakan suatu yang sederhana tapi masih mempunyai kekayaan perisa seperti ayam masak merah, daging mamak masak kicap dan sebagainya. Dan hidangan kali ini yang disediakan ialah hidangan Kuzi Ayam.

Hidangan Kuzi Ayam boleh dikatakan sebagai versi hidangan ayam masak merah di negeri-negeri di sebelah Pantai Timur. Keistimewaan hidangan kuzi ayam ini ialah ia menggabungkan perisa masakan kurma dan masakan ayam masak merah utara. Rasanya betul-betul berbeza dan cukup enak dimakan dengan nasi putih saja.

Kalau anda rajin sedikit, anda boleh sediakan nasi dagang kerana hidangan kuzi ayam ini lazimnya dinikmati bersama nasi dagang. Tapi, itu terpulang kepada anda. Bagi kami, nasi putih sudah cukup untuk menyerlahkan perisa hidangan ayam yang menyelerakan ini.

Bahan-Bahan:

  • 1 (1.3 hingga 1.4kg) ayam seekor sederhana besar, potong menjadi 4 ketulan
  • 50g (1/4 cawan) kacang gajus
  • 50g (1/4 cawan) kismis
  • 30g halia
  • 40g (10 ulas) bawang putih
  • 25g (3 sudu besar) serbuk kurma
  • 8g (1 sudu besar) serbuk garam masala
  • 160g bawang merah, dihiris
  • 115g (1/2 cawan) pes tomato
  • 2 cawan air
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan susu
  • 3 daun pandan, disimpulkan
  • 2 sudu besar gula
  • 1 ½ sudu teh garam

Cara-Cara:

  1. Kisah halia dan bawang putih hingga menjadi pes. Ketepikan bersama-sama serbuk rempah garam masalah dan kurma.
  2. Panaskan 1 cawan minyak dalam periuk sederhana besar atau kuali.
  3. Goreng gajus hingga perang keemasan. Berhati-hati dalam langkah ini kerana gajus tak mengambil masa yang lama untuk digoreng dan anda tak nak gajus bertukar kehitaman. Keluarkan gajus dari kuali.
  4. Seterusnya goreng kilas kismis. Mereka hanya perlukan 10 saat di dalam minyak panas. Keluarkan dan ketepikan bersama gajus untuk digunakan kemudian.
  5. Dalam minyak yang sama, goreng bawang besar selama 3 minit.
  6. Masukkan pes halia bawang putih dan serbuk rempah kurma dan garam masala. Kacau selama 1 minit.
  7. Masukkan 1 cawan air, ayam, daun pandan dan 1 1/2 sudu teh garam ke dalam kuali. Selaputi ayam dengan kuah dari kuali. Biarkan mereneh selama 1 minit.
  8. Seterusnya, masukkan pes tomato dan 2 sudu besar gula. Kacau hingga sebati. Biarkan mereneh selama 10 minit. Anda akan perasan pada langkah ini, kuah mula memekat.
  9. Masukkan susu dan biarkan kuah masak selama 8 minit.
  10. Toskan separuh kismis dan kacang gajus ke dalam dan perlahan-lahan kacau dan selesai! Separuh lagi kismis dan jacang gajus akan digunakan sebagai hiasan semasa menghidang nanti.

Hidangan Wajib Waktu Cuti

Hidangan kuzi ayam ini cukup senang untuk disediakan dan tak perlukan persiapan yang banyak. Anda campak-campak saja di dalam periuk dan dah siap. Memang sesuailah nak dicuba waktu cuti begini. Apapun, kami pasti ahli keluarga anda pasti akan menyukai hidangan ayam yang menyelerakan ini.

Kalau anda ada apa-apa soalan tentang resepi ini ataupun nak berkongsi dengan kami hasil kuzi ayam anda ataupun anda nak kongsi dengan kami tip dan rahsia yang membuatkan hidangan kuzi ayam ini lebih sedap, jangan segan-segan untuk menhubungi kami melalui DM di laman Instagram dan Facebook kami. Hingga itu, selamat mencuba!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş