Site icon Butterkicap

Rendang Daging: Resepi Rendang Inspirasi Minang untuk Mereka yang Gemar Cabaran

rendang lembuRendang lembu: berperisa lazat, bertekstur kompleks

Jika anda mencari cabaran yang lebih sukar dan lagi sedap daripada menyediakan masakan rendang daging tradisional, anda perlukan resipi rendang lembu ini. Trifekta paru-paru, hati dan limpa bercampur dengan daging lembu batang pinang memberi tekstur dan perisa yang lebih kompleks kepada hidangan yang sememangnya lazat ini.

Lipat lengan baju anda dan asahkan pisau sehingga tajam kerana anda akan memerlukan kira-kira tiga jam untuk menyediakan dan memasak hidangan ini dengan tepat. Kami juga cadangkan anda mengguna kuali terbesar anda dan otot-otot kuat untuk membantu anda kacau masakan ini.

Bahan-bahan

Daging lembu
Bahan-bahan membilas & merendam
Untuk direneh dengan paru-paru
Campuran rempah panggang
Bahan untuk dikisar
Bahan-bahan lain
Untuk hidangan 12 – 15 orang
Persiapan
  1. Gaul paru-paru dengan 2 sudu besar tepung, 1 jus limau dan 1 sudu besar garam kasar. Bilas dengan air kemudian rendam sepenuhnya selama dua hingga tiga minit.
  2. Buang air dan kemudian didih dan reneh paru-paru dengan batang serai, daun limau purut dan lengkuas selama setengah jam. Letak pinggan atau periuk berat di atas paru-paru untuk memastikan paru-paru terbenam dan air mencukupi untuk menutup paru-paru. Keluarkan paru-paru dan asingkan cecair.
  3. Gaul hati dan limpa dengan 2 sudu besar tepung, 1 jus limau dan 1 sudu besar garam kasar. Bilas dengan air kemudian rendam sepenuhnya selama dua hingga tiga minit. Buangkan air.
  4. Dalam mangkuk lain, gaul daging batang pinang dengan 2 sudu besar tepung dan 1 sudu besar garam kasar, kemudian bilas dengan air.
  5. Gunakan kuali yang kering untuk memanggang semua bahan-bahan dalam senarai campuran rempah panggang menggunakan api tinggi sederhana sehingga wangi. Bila sudah dipanggang, tumbuk rempah-rempah dengan batu lesung sehingga halus.
  6. Kisar semua bahan-bahan dalam senarai bahan untuk dikisar sehingga halus dan sebati.
Kaedah memasak
  1. Masukkan minyak kedalam kuali pada suhu api tinggi. Bila minyak secukup panas, tumis bahan-bahan dikisar dengan cili boh selama 10 minit.
Tumis bahan-bahan yang telah dikisar dengan cili boh
  1. Tambah daging dan belimbing buluh. Masak selama 10 minit.
Masak daging dan belimbing buluh
  1. Masukkan rempah panggang dan kacau selama 10 minit.
  2. Tambah santan, diikuti dengan gula Melaka, asam keping, daun salam, daun limau purut dan daun kunyit. Terus mengacau dan masak selama satu setengah jam.
Masukkan santan dan hampir semua bahan-bahan yang lain
Terus mengacau
  1. Masukkan kerisik.
  2. Masak rendang sehingga kering sambil terus mengacau. Ini akan mengambil masa 20 minit lagi. Jika rendang menjadi kering sebelum 20 minit, tambah 1 cawan cecair paru-paru untuk memanjangkan masa memasak.
Tips tambahan
  1. Anda juga boleh mengguna pengisar rempah atau pengisar kopi untuk menghancurkan rempah-rempah dengan lebih cepat.
  2. Rendang lembu sedap dimakan dengan nasi, lemang, nasi impit, pulut kuning dan roti putih. Ia sesuai untuk majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan, hari raya, atau jika anda benar-benar ingin menarik perhatian mertua anda dengan dedikasi anda untuk menyempurnakan hidangan yang agak kompleks ini. Tetapi jika anda tidak berani menyahut cabaran ini, atau tidak berminat makan paru-paru, limpa dan hati, cuba resipi rendang daging atau rendang ayam traditional kami.

Jangan lupa berkongsi dengan kami gambar rendang lembu anda dengan hashtag #butterkicap!

print