5 Resipi Buah Pic Menyelerakan untuk Dinikmati Bersama

Buah Pic – Manis, wangi dan menyegarkan!

Buah pic ialah buah yang sinonim dengan masyarakat Barat. Hampir setiap musim panas, buah pic akan menjadi bahan utama dalam kebanyakan masakan mereka, baik sebagai minuman, pembuka selera, salad mahupun pencuci mulut.

Namun begitu, tahukah anda bahawa buah pic juga mempunyai lambang yang cukup signifikan dalam budaya Timur, khususnya dalam kalangan masyarakat Cina. Buah-buahan sitrus seperti limau, oren, dan pic sebagai lambang kekayaan, kemakmuran, usia panjang dan kesihatan. Oleh itu, memang tidak menghairankanlah apabila buah pic dapat dijumpai di mana-mana pasar raya dengan mudah semasa sambutan Tahun Baru Cina.

1001 Manfaat Kesihatan Buah Pic

Anda pasti terfikir, kenapa buah pic ialah simbol usia panjang dan keabadian? Buah pic, seperti kebanyakan buah sitrus lain memang kaya dengan vitamin C. Di samping itu, buah pic juga kaya dengan antioksidan seperti vitamin A dan E juga yang dipercayai dapat menguatkan sistem imun badan. Selain itu, buah pic juga kaya dengan potasium, komponen nutrien penting untuk mengawal tekanan darah dan bagus untuk kesihatan otot serta saraf anda.

Masih ada banyak lagi manfaat buah pic yang boleh dibincangkan tetapi lebih baik jika anda mencuba resipi-resipi menarik ini untuk mula ‘jatuh cinta’ dengan buah musim panas yang enak ini.

1. Roti Telur Dengan Sos Buah Pic

Kredit: Kultural Kreations

Roti telur atau French toast adalah salah satu makanan ruji kita semasa bersekolah. Inilah pilihan sarapan ibu-ibu di rumah kerana roti telur mudah disediakan dan dapat membuat anak yang paling cerewet pun makan dengan gembira sekali. Berikan kelainan pada resipi roti telur kegemaran anda dengan menyediakan resipi roti telur dengan sirap buah pic oleh Kulture Kreations untuk sarapan hari minggu nanti!

Bahan-Bahan:

a) Sirap Buah Pic

  • 3 biji buah pic
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1/4 sudu teh batang kayu manis
  • Garam

b) Roti Telur

  • 6 keping roti
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ekstrak vanila
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu

Cara-Cara:

a) Kuah Buah Pic

  1. Kupas kulit, buang biji dan hiris buah pic. Masukkan hirisan buah pic, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul hingga rata dan ketepikan.
  2. Dalam kuali, cairkan mentega dan gula perang atas api sederhana besar.
  3. Apabila gula sudah mencair, masukkan buah pic dan masak selama 5-7 minit sehingga buah pic dikaramel.

b) Roti Telur

  1. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, ekstrak vanila dan susu. Kacau hingga sebati.
  2. Dalam kuali, cairkan mentega atas api sederhana besar.
  3. Celupkan roti ke dalam adunan telur sepenuhnya dan goreng kedua-dua bahagian roti selama 4-5 minit pada atau sehingga bertukar perang keemasan.
  4. Hidangkan roti di atas pinggan dan tuang kuah buah pic yang disediakan tadi. Anda juga boleh menyalut roti yang dicelup telur tadi dalam mangkuk berisi campuran serbuk kayu manis dan gula perang jika anda mahukan roti telur yang rangup dan manis.

2. Puding Buah Pic

Kredit: furtherfood.com

Bayangkan hari hujung minggu yang panas dan anda mahukan sesuatu yang menyejukkan. Sesuatu yang agak manis tetapi menyegarkan juga. Apa yang anda mahukan ialah resipi puding paleo buah pic oleh furtherfood.com yang menyihatkan dan enak ini. Tak menyesal mencubanya!

Bahan-Bahan:

a) Puding

  • 1 cawan kacang gajus, dipotong menjadi ketulan kecil
  • 3 biji buah pic
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/2 cawan santan cair
  • 1 sudu besar parutan lemon
  • 1/4 sudu teh garam laut

b) Hiasan

  • 1/4 cawan buah beri (opsyenal)
  • 1 sudu teh kuah santan pekat
  • Daun pudina (opsyenal)

Cara-Cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan.
  2. Kisar hingga mencapai konsistensi yang halus. Jika anda mahukan adunan yang lebih pekat, masukkan 1/4 cawan santan lagi. Anda juga boleh meletakkan 1 sudu besar madu lagi.
  3. Tuang adunan yang dikisar ke dalam mangkuk hidangan kecil, kemudian simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 2 jam.
  4. Sebelum menghidang, sediakan kuah santan pekat dengan memanaskan sedikit santan dalam kuali di atas api kecil. Masukkan secubit garam dan siap! Mudah dan senang. Tapi, pastikan kuah santan anda tidak pecah, ya. Sejukkan kuah sedikit sebelum tuang di atas puding.
  5. Hias puding dengan buah beri dan daun pudina dan tuang sedikit kuah santan yang disediakan tadi.

3. Buah Pic Renih

Kredit: mydeliciousblog.com

Pernahkah anda mencuba sajian buah renih atau poached fruit? Sajian pencuci mulut ini lazimnya disediakan menggunakan buah pir kerana teksturnya yang rangup dan wangi dan dipercayai bahawa resipi ini berasal dari Beaujolaise iaitu salah satu kawasan tanaman anggur dan pengeluaran arak di Perancis. Jika anda ingin mencubanya buat pertama kali, kami sarankan anda ikuti resipi ini yang dikongsi di mydelicious.blog.

Bahan-Bahan:

a) Buah

  • 4 biji buah pic

b) Sirap Renihan

  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar madu
  • 1 biji kulit lemon, dipotong menjadi 4 bahagian
  • 2 tangkai daun rosemary
  • 1/2 batang kayu manis
  • 4 biji bunga cengkih
  • 1 batang lenggai vanila, dibelah atau 4 sudu besar ekstrak vanila
  • 1/2 biji lemon, jus sahaja

Cara-Cara:

a) Mengupas Buah Pic

  1. Isi 3/4 periuk dengan air dan didihkan air di atas api sederhana besar. Hiris bentuk ‘X’ di bahagian bawah setiap buah pic dan masukkan buah pic ke dalam air mendidih selama 3-4 minit. Keluarkan buah pic dan letakkan dalam bekas berisi air sejuk untuk merencatkan proses memasak. Kupas kulit buah pic, keluarkan biji dan potong menjadi 4 bahagian.

b) Sirap Renihan

  1. Masukkan semua bahan untuk menyediakan sirap renihan dalam ke dalam kuali sederhana besar.
  2. Panaskan kuali atas api sederhana besar untuk mencairkan gula, kemudian kecilkan api dan biar merenih.
  3. Masukkan ketulan buah pic ke dalam sirap dan sudukan sirap ke atas setiap ketulan buah sehingga setiap ketulan disalut.
  4. Biar merenih selama 10 minit. Padamkan api dan biar selama 1-2 minit. Keluarkan lenggai vanila, daun rosemary, bunga cengkih dan kayu manis.
  5. Hidangkan buah pic dan sirap, serta-merta, dengan potongan kek mentega atau simpan dalam bekas kedap udara untuk bertahan selama beberapa hari.

4. Biskut Buah Pic

Kredit: sheknows.com

Tiada cara yang lebih baik untuk makan buah berbanding menyediakannya dalam bentuk pencuci mulut. Anda tidak perlu berasa teragak-agak untuk mencuba resipi biskut buah pic ini kerana resipi yang dikongsi di sheknows.com adalah menyihatkan dan tidak terlalu manis. Resipi ini sesuai untuk disediakan apabila anda ada buah pic yang masak ranum atau hampir kecut kerana kemanisan isi pic itu sudah memadai untuk menjadikan biskut ini sajian minum petang kegemaran keluarga anda.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan oat
  • 1 cawan tepung serbaguna atau campuran tepung sifar-gluten, diayak
  • 1/4 cawan parutan kelapa
  • 1/4 cawan gajus, dicincang
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda penaik
  • Secubit garam laut
  • 1 biji telur
  • 1/3 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan pusang, dilenyekkan dan dicampur 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar mentega, dicairkan
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 cawan buah pic, dipotong dadu

Cara-Cara:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius. Lapikkan dulang pembakar dengan kertas bakar atau sapukan mentega pada dasar dulang pembakar.
  2. Dalam mangkuk sederhana besar, masukkan oat, tepung, kelapa parut, kacang gajus, serbuk penaik, soda penaik dan garam. Kacau rata.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, gula, pisang, mentega dan ekstrak vanila. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul hingga rata. Kaup buah pic ke dalam adunan.
  5. Letakkan 1 sudu besar adunan di atas dulang pembakar, tinggalkan jarak sebanyak 2 inci antara adunan.
  6. Bakar selama 12 hingga 14 minit, sehingga biskut menjadi warna keemasan.
  7. Biar biskut menyejuk selama 5 minit sebelum memindahkannya ke rak penyejuk.

5. Buah Pic Goreng

Kredit: ashleemarie.com

Kita ada pisang goreng, keledek goreng, durian goreng, jadi apa kata kita menggoreng buah pic pula? Buah pic goreng mempunyai tekstur seperti pisang goreng; rangup di luar dan gebu di dalam. Setiap gigitan hanya akan membuat anda mahu makan berkali-kali! Resipi buah pic goreng di ashleemarie.com sangat mudah untuk disediakan dan sesuai dijadikan kudapan semasa menonton rancangan kegemaran anda.

Bahan-Bahan:

a) Krim Vanila ala Anglaise

  •  3/4 cawan krim pekat
  • 1 batang lenggai vanila atau 4 sudu besar ekstrak vanila
  • 4 biji telur kuning saiz besar
  • 1/3 cawan gula pasir

b) Buah Pic Goreng

  • 1 cawan tepung serbaguna 
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sufu teh garam
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 3/4 cawan susu 
  • 1 biji telur, dipukul
  • 2 sudu besar, dicairkan 
  • 3 biji buah pic, dipotong menjadi 8 hirisan

c) Hiasan

  • 2 sudu besar tepung
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu besar serbuk kayu manis

Cara- Cara:

a) Krim Vanila ala Anglaise

  1. Jika anda menggunakan lenggai vanila, belah lenggai dan keluarkan biji.
  2. Tuang susu dan krim ke dalam periuk dan masukkan lenggai serta biji vanila. Panaskan periuk atas api kecil dan biar merenih.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul telur kuning dan gula bersama hingga berwarna pucat.
  4. perlahan-lahan, tuangkan susu/krim and dipanaskan ke dalam adunan telur sambil terus memukul telur.
  5. Tuang adunan tersebut ke dalam periuk lain dan panaskan atas api sederhana. Terus mengacau adunan hingga memekat dan boleh menyelaputi belakang sudip anda.
  6. Tapis adunan ke dalam mangkung dan letakkan mangkuk tersebut ke dalam mangkuk berisi air ais untuk menyejukkan krim dengan cepat.
  7. Simpan di dalam peti sejuk hingga sedia untuk digunakan.

b) Buah Pic Goreng

  1. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana besar sehingga buih-buih kecil terbentuk.
  2. Masukkan tepung, serbuk penaik, garam dan gula di dalam sebuah mangkuk. Kacau rata.
  3. Masukkan susu, telur dan mentega cair ke dalam dan kacau hingga adunan menjadi halus.
  4. Tepungkan hirisan buah pic dan celup ke dalam adunan.
  5. Goreng selama 2-3 minit. Gaul buah pic dalam campuran serbuk kayu manis dan gula sementara masih panas.
  6. Hidangkan bersama krim vanila Anglaise.

Buah Musim Panas Berkualiti Tinggi

Buah pic merupakan antara buah musim panas yang cukup versatil dan menarik untuk dieksperimen di dapur. Oleh sebab buah pic bukanlah buah tempatan, agak sukar untuk kita mencari buah pic yang berkualiti tinggi. Kami sarankan anda untuk mendapatkan buah pic keluaran syarikat Taste Australia. Syarikat ini bermatlamat untuk menyediakan buah-buahan segar dan lazat yang ditanam secara organik oleh keluarga peladang di Australia kepada setiap isi rumah.

Kongsi gambar anda menikmati resipi -resipi buah pic ini bersama keluarga dengan kami dan Taste Australia dan berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy Fit 2! Maklumat lanjut di laman Instagram Taste Australia. Buat pilihan terbaik demi kesejahteraan keluarga anda.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.