Resepi Onde-Onde Keledek Bunga Telang

Siapa tak sukakan onde-onde, tambah-tambah lagi kalau dohnya gebu, lembut dan inti di dalam begitu banyak hingga meletus keluar dalam satu gigitan.

Aduh, sudah terliur pula! Bagi yang tidak biasa makan onde-onde, saya ingin ucapkan takziah kerana anda terlepas daripada menikmati keenakannnya. Tetapi tidak mengapa, kerana masih belum terlambat!

Kuih Tradisional, Onde-Onde

Sebelum saya kongsi resepi onde-onde saya seperti yang saya janjikan menerusi tajuk artikel ini sendiri, biarlah saya jelaskan terlebih dahulu apa itu onde-onde.

Onde-onde atau dengan nama lain, buah melaka, merupakan satu kuih tradisional Malaysia yang kecil, berbentuk bulat dan mempunyai inti gula melaka di dalam. Kuih ini lazimnya berwarna hijau dek kerana diwarnai dengan ekstrak pandan dan disaluti kelapa parut panggang.

Cara menyediakan kuih ini begitu senang dan cara makannya juga cukup senang! Dalam artikel ini, saya akan kongsikan cara untuk sediakan onde-onde mengunakan ubi keledek sebagai doh. Ubi keledek memberikan tekstur gigitan yang lebih rangup dan memberikan anda nikmat berganda apabila mengigit onde-onde ini nanti.

Selain itu, saya juga memberikan sedikit kelainan dengan mewarnakan onde-onde saya menggunakan bunga telang untuk menghasilkan onde-onde berwarna biru keunguan yang begitu cantik dan anggun sekali. Memang sesuai untuk anda bawa sebagai buah tangan semasa menghadiri jamuan makan malam mahupun semasa bertandang ke rumah sanak-saudara.

Tak perlu cakap panjang-panjang lagi. Ayuh kita ke dapur dan sediakan onde-onde bunga telang bersama saya!

Bahan-Bahan:

  • 150g kelapa parut segar
  • 1/4 sudu teh garam
  • 70g tepung pulut
  • 30g tepung ubi
  • 20g gula kastor
  • 100g ubi keledek, direbus dan dilenyek
  • 100g bunga telang kering
  • 100ml air panas
  • 70g gula melaka, diparut halus dan digulung menjadi bebola kecil.
  • 2 helai daun pandan

Cara-Cara:

a) Salutan Kelapa Parut

  1. Campurkan kelapa parut dengan garam. Gaul rata.
  2. Serakkan atas pinggan dan kukus selama 10 minit. Ketepikan untuk menyejuk.

b) Ekstrak Bunga Telang

  1. Rendam bunga telang kering dalam air panas. Ketepikan untuk menyejuk.

c) Inti

  1. Bentukkan parutan gula melaka menjadi bebola. Letakkan dalam pinggan dan ketepikan.

d) Ubi Keledek

  1. Kupas kulit. Potong menjadi ketulan- ketulan sederhana besar,
  2. Rebus hingga empuk dengan secubit garam.
  3. Lenyekkan dalam pemproses makanan hingga halus.

e) Doh

  1. Isikan 2 liter air dalam periuk besar. Didihkan air dan kecilkan api. Masukkan daun pandan dan biar ia terendam.
  2. Gabungkan tepung pulut, tepung ubi, gula, minyak, ubi keledek, dan 75ml air ekstrak bunga telang dalam mangkuk besar. Gaul rata hingga doh terbentuk. Jika doh terlalu kering, masukkan sedikit lagi ekstrak bunga telang. Jika terlalu basah, tambahkan sedikit tepung pulut.
  3. Cubit doh sebesar bola golf dan masukkan dalam air mendduh selama 5 minit atau hingga masak sepenuhnya. Gunakan sudip berlubang untuk keluarkan doh yang sudah masak dan masukkan semula dalam baki doh dalam mangkuk. Uli hingga doh lembut. Jika masih terlalu melekit, tambah tepung ubi.
  4. Sediakan bebola doh kecil seberat 11g dan letakkan atas dulang dilapik kertas bakar.
  5. Canaikan doh dan letakkan gula melaka di tengah. kemudian tutup bahagian diletakkan inti dan bulatkan semula doh.
  6. Masukkan onde-onde ke dalam air mendidih. Teruskan hingga semua doh dan gula melaka habis. Jika doh sedikit kering, uli hingga menjadi lembut.
  7. Selepas onde-onde terakhir dimasukkan, biar air mendidih selama 10 minit lagi kemudian padamkan api. Biarkan onde-onde terendam dalam air panas selama 10 minit.
  8. Keluarkan onde-onde dari air menggunakan sudip berlubang, beberapa biji pada satu-satu masa dan letakkan perlahan-lahan dalam pinggan berisi kelapa parut.
  9. Golek onde-onde perlahan-lahan dan biar ia diselaputi kelapa parut secara rata. Benarkan onde-onde menyejuk sebelum menghidang.

Onde-Onde Memukau Mata, Menawan Jiwa

Jadi, bagaimana? Puas dengan hasil onde-onde bunga telang anda? Bagi yang pertama kali buat dan onde-onde anda tak begitu menjadi, jangan risau dan patah semangat. Cuba lagi dan lihatlah betapa cantiknya hasil anda nanti.

Bagi yang berjaya menyediakan onde-onde keledek bunga telang ini, saya ucapkan syabas kepada anda! Jangan lupa untuk kongsi gambar bersama saya dan Butterkicap di laman media sosial. Kita sama-sama membuat kuih, takkanlah tak nak berkongsi kejayaan juga, kan?

Jangan lupa untuk letakkan #butterkicap dan @#justinescakesandkueh pada gambar anda. Tak sabarnya nak tengok!

print
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris