5 Resepi Ikan yang Sangat Unik

Tahukan anda bahawa ikan merupakan salah satu makanan yang memberi pelbagai kebaikan kepada kita?

Ikan merupakan salah satu binatang yang mengandungi protin dan vitamin D. Selain itu, ikan merupakan sumber makanan yang tinggi dalam kandungan omega-3, satu bahan yang amat penting dalam tumbesaran badan serta otak kita.

Antara manfaat kesihatan yang terdapat pada ikan ialah ikan boleh meningkat kualiti tidur, ianya turut boleh membantu dalam mencegah asma pada kanak-kanak serta mencegah dan mengubati depresi. Selain itu, ikan turut merupakan salah satu bahan yang mudah untuk dibuat dan dan sedap dimakan.

Oleh demikian, kami ingin menyenaraikan 5 resepi ikan yang paling unik perlu anda cuba dirumah. Saya pasti semua pescatarian pasti menyukai resepi yang akan kami senaraikan ini.

1. Umai

Kredit: kambatikpark.blogspot.my

Kepada mereka yang pernah makan ceviche dan suka akan rasanya, anda pasti akan menyukai umai. Rasa yang agak sama iaitu masam asidik, kami pasti umai mampu menjadi dan bersaing dengan ceviche yang berasal daripada Latin Amerika dan pulau caribbean.

Bahan-Bahan:

  • 100g isi ikan dihiris halus
  • 1 inci halia
  • Cili merah+cili padi
  • 2 ulas bawang merah-hiris
  • 6 biji limau kasturi
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula

Langkah-langkah:

  1. Cili dan halia ditumbuk sehingga lumat.
  2. Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.
  3. Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.
  4. Pindahkan ramuan tadi dan makan bersama nasi yang panas.

 

2. Kari Ikan Tanpa Minyak

Kredit: enyabdullah.com

Resepi ikan unik yang seterusnya ialah kari ikan tanpa minyak. Amat jarang untuk kita dengar sesuatu masakan itu tidak menggunakan minyak tetapi resepi ini agak unik kerana ianya tidak menggunakan minyak. Bagi peminat kari ikan yang tidak mahu minyak, cubalah resepi ini.

Bahan-Bahan:

  • 500g ikan segar
  • 1 mangkuk jus asam jawa
  • 1 bawang besar
  • 2 tomato
  • 3 sudu besar kelapa parut
  • 2 cili hijau
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu kecil cili merah
  • 2 sudu kecil garam
  • 600ml air
  • 4 helai daun kari
  • 1 inci halia

Langkah-langkah:

  1. Ambil ikan yang telah cincang dalam mangkuk dan masukkan jus asam jawa ke dalamnya dan biarkannya selama 2-3 minit.
  2. Panaskan periuk tanah liat.
  3. Tuangkan ikan di dalam periuk tersebut dan tambah bawang cincang dan tomato.
  4. Tambah kelapa parut dengan serbuk kunyit ke dalam bahan tersebut.
  5. Kemudian masukkan cili hijau dan tuangkan air dan biarkan ia panas.
  6. Selepas itu, tambahkan perisa dengan menambah serbuk kunyit, serbuk cili dan garam.
  7. Tambah daun kari dan halia yang telah dicincang halus.
  8. Bawa ia mendidih.

 

3. Resepi Ikan Pansuh

Kredit: huntersfood.com

Resepi ini berasal dari Sawarak dan merupakan antara resepi yang amat popular antara kaum Iban. Rasanya yang sedap serta aroma yang akan menaikkan kelaparan anda, kami pasti ikan pansuh menjadi kegemaran ramai. Keunikan resepi ini ialah ianya menggunakan buluh bagi menghasilkan resepi ini.

Bahan-bahan:

  • Seruas buluh lemang
  • 1/2 ekor ayam yg telah dipotong
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1 kuntum Bunga kantan
  • 1 sudu kecil Garam
  • Secekal pucuk ubi diramas.
  • 1/2 cawan air

Langkah-langkah:

  1. Bersihkan buluh dengan membasuh bahagian dalam buluh
  2. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat
  3. Bersihkan ayam
  4. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam dan Bunga kantan
  5. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
  6. Jangan hentak buluh dan masukkan sedikit air serta tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.
  7. Bakarlah di atas bara api lebih kurang setengah jam.
  8. Bila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah masak.
  9. Hidangkan.

 

4. Nasi Kukus Tongkol

Kredit: Youtube.com

Saya pasti ramai yang mengetahui nasi kukus tongkol. Jika anda tidak pasti, nasi kukus tongkol adalah seperti nasi pulut namun begitu ianya tidak menggunakan nasi pulut dan menggunakan nasi biasa. Aroma serta rasanya yang agak salai pasti akan membangkitkan selera anda.

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi
  • 1 potong Ubi Kayu (rebus dan potong kecil)
  • 5 cili padi (dipotong kecil)
  • 3 helai Daun pisang
  • 1/2 ikan tongkol (Dipotong)
  • 3 biji cili merah*
  • 1 1/2 buah keras
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 helai daun selasih
  • 2 sudu kecil garam
Cara Membuat:
  1. Tumbuk lada merah, daun selasih, garam, bawang merah dan bawang putih.
  2. Setelah ditumbuk, masukkan potongan ikan tongkol ke dalam ramuan tersebut dan tambahkan daun selasih.
  3. Masukkan ramuan ikan ke dalam daun pisang, dan bungkus kemudian di kukus selama 15 minit.
  4. Setelah ikan tongkol dikukus, masukkan nasi ke dalam daun pisang.
  5. Campur cili padi dan potongan ubi kayu ke dalam nasi
  6. Masukkan pula ikan tongkol ke dalam daun pisang tersebut.
  7. Akhir sekali, lipat daun pisang tersebut dan terus mengukus ramuan tersebut selama 10 minit.

5. Resepi Pepes Ikan Kembung Pedas

Kredit: inirecipes.id
Resepi yang akhir ingin kami kongsikan bersama pembaca kami ialah resepi pepes ikan kembung pedas. Resepi ini menggunakan bahan-bahan yang hampir sama dengan nasi kukus tongkol dengan tambahan barang yang baharu. Mereka yang gemarkan rasa yang pedas, boleh mencuba resepi ini.
Bahan-bahan:
  • 1 kg ikan kembung
  • 30g cili merah
  • 1 tangkai daun bawang
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji limau purut
  • 2 ulas kunyit
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pisang
Langkah-langkah:
  1. Pertama sekali bersihkan ikan kembung tersebut.
  2. Tumbuk cili, bawang putih, kunyit hingga halus dan tambahkan garam
  3. Kemudian, potong daun bawang dan limau purut sehingga nipis
  4. Selepas itu, campurkan ramuan yang telah ditumbuk dengan potongan daun bawang dan limau purut.
  5. Ramuan tadi kemudian diperapkan dengan ikan kembung.
  6. Ikan kembung kemudian dimasukkan ke dalam daun pisang bersama dengan ramuan tadi.
  7. Kukuskan ikan tadi selama 30 minit dalam pengukus dan hidangkannya dengan nasi.

 

 

Itulah merupakan senarai resepi ikan yang agak unik. Mereka yang pescatarian atau pengemar ikan, bolehlah cuba resepi di atas. Jikalau anda mempunyai resepi ikan yang unik, boleh kongsi bersama kami.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş