Site icon Butterkicap

10 Resepi Ayam Gunakan Kacang yang Anda Harus Cuba

Tahukan anda bahawa kacang merupakan salah satu perkara yang amat baik untuk kesihatan anda?

Pada kebanyakkan berita yang kita tonton di media mengatakan bahawa kekacang merupakan satu bahan yang tidak baik untuk kesihatan kita, tetapi baik untuk tumbesaran kita.

Kekacang mengandungi nutrien yang boleh melawan penyakit jantung dan diabetes, meningkatkan fungsi otak dan sistem imun serta boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan anda.

Antara Khasiat Kekacang:

1. Kanser

Kacang menganungi Vitamin E yang merupakan satu antioksidan yang berkuasa bagi mencegah kanser. Vitamin E melindungi lelaki daripada kanser prostrat dan ia juga boleh melawan kanser paru-paru.

2. Kolestrol dan Penyakit Jantung

Kajian mendapati bahawa kekacang dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Kajian yang lain juga mendapati bahawa ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung. Satu diet yang mengandungi kekacang dapat membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan, mengurangkan risiko darat tersumbat dan meningkatkan lapisan permukaan arteri.

Oleh kerana anda sudah mengetahui jenis serta kebaikan kekacang, kami akan menyenaraikan 10 resepi ayam yang gunakan kekacang. Selamat mencuba!

1. Ayam Kuah Kacang

Bagi mereka yang kuah kacang dan ayam, resepi ini adalah untuk anda. Rasa lemak manis yang dikeluarkan daripada kacang tersebut pasti membuat anda menjilat jari.

Bahan-bahan:

Bahan Kisar:

Cara Masak:

  1. Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven. Buangkan kulit dan dikisar serta sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur.
  2. Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.
  3. Ayam digril atau dikecutkan di atas dapur sehingga air ayam kering bagi menjadikan kuah kacang tahan lama dan lambat basi.
  4. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing dengan minyak mazola, setelah garing, masukkan cili giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.
  5. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga air ayam kering jika ayam tidak dikecutkan terlebih dahulu. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  6. Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.

2. Ayam Masak Gajus

Kredit: emiliaputeri.blogspot.my

Jika kalau anda carikan sesuatu yang masam manis dengan sedikit keranggupan, makan ayam masak gajus ini untuk anda. Ayam ini bukan sahaja senang untuk dibuat malahan sedap dimakan.

Bahan-bahan:

Cara Masak:

  1. Goreng ayam separuh masak, lebih baik di goreng di atas kuali non stick. Angkat dan asingkan.
  2. Panaskan minyak bekas gorengan ayam tadi.Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan teruskan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau selama 1-2 minit, kemudian masukkan sos tiram, sos cili, minyak bijan, kicap manis, kicap cair dan gajus. Teruskan memasak sehingga ayam lembut dan masak sepenuhnya. Taburkan dengan bawang besar dan perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.

3. Ayam Kung Pao

Kredit: newsarea7.blogspot.com

Mereka yang suka akan hidangan yang pedas. Anda boleh mencuba resepi ayam kung pao. Ia bukan sahaja sedap malahan ia tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya.

Bahan-bahan:

Bahan untuk Perapan:

Bahan untuk Sos:

Cara Masak:

  1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit.
  2. Goreng kacang dengan minyak sehingga masak. Ketepikan.
  3. Goreng ayam dalam minyak yang sama sehingga ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 3 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah atau gajus. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

4. Ayam Bakar Bumbu Kacang

Kredit: bliblinews.com

Resepi berikutnya ialah resepi ayam bakar bumbu kacang. Mereka yang gemari ayam goreng pasti akan menyukai resepi ini yang sangat mengamit selera.

Bahan-bahan:

Dikisar Halus:

Cara Masak:

  1. Cuci dan bersihkan ayam,kemudian lumuri air jeruk nipis
  2. Rebus santan, bahan yang dikisar halus dan bahan lain,masukkan kacang tanah, gula merah, air asam jawa dan garam.
  3. Masukkan ayam dan biarkan ayam diperap lebih 20 minit.
  4. Bakar ayam sambil disapu margarin, kicap manis.
  5. Selepas 15 minit angkat dan pastikan ayam sudah masak.
  6. Sajikan.

5. Ayam Bumbu Kacang

Kredit: etyabdoel.com

Sebentar tadi anda didedahkan dengan resepi ayam goreng kacang, Ayam bumbu kacang merupakan hidangan yang pasti anda akan gemari jika anda peminat kuah kacang.

Bahan-bahan:

Cara Masak:

  1. Bersihkan ayam lalu beri perapkan dengan jeruk nipis dan 1 sudu kecil garam lalu selama 20 minit.
  2. Goreng ayam hingga berwarna keemasan.
  3. Panaskan kacang tanah sehingga masak dan harum kira kira 15 minit, buang kulitnya dan kisar halus.
  4. Kisar halus kencur, bawang putih, daun jeruk, cili dan tambahkan sedikit air dalam bahan tersebut.
  5. Masukkan kacang, gula merah, air, 1 sudu kecil garam danair asam jawa ke dalam periuk.
  6. Kacau ramuan tersebut sehinga mendidih
  7. Masukkan ayam dan tambahkan kicap manis sehingga kuah pekat.
  8. Sajikan

6. Ayam Gajus

Kredit: wikipedia.org

Ayam gajus merupakan salah satu resepi yang anda mesti cuba jika anda suka akan keranggupan. Walaupun cara membuatnya agak leceh, tetapi percayalah ia berbaloi.

Bahan-bahan:

Cara masak:

  1. Dalam satu magkuk, campurkan cuka, gula perang, sos tiram, mink bijan, 1/4 cawan kicap soya dan 1 sued besar halia. Ketepikan.
  2. Taburkan garam dan lada hitam ke ayam. Panaskan kuali dengan minyak masak dan goreng ayam selama 5 hingga 7 minit.
  3. Pada kuala yang sama, masukkan bawang, lada benggala dan tambahkan 2 sudu halia.
  4. Kemudian, tambahkan campuran soya yang telah diketepikan dan tunggu ia mendidih.
  5. Selepas itu, gaul tepung jagung dan 1/4 cawan kicap yang berlebihan dan masukkan ke dalam kuali tersebut.
  6. Akhir sekali, tambah kacang kashew dan buah berangan serta tambahkan 1/4 cawan air ke sos tersebut untuk mencairkannya. Masak untuk lagi seminit.
  7. Hiaskan dengan daun bawang dan hidangkan.

7. Ayam Kicap Bumbu Kacang

Kredit: akakvitamin.com

Resepi seteresunya ialah resepi ayam kicap bumbu kacang. Resepi ini merupakan salah satu mudah untuk dibuat yang menggabungkan ayam dan juga kacang.

Bahan-bahan:

Cara masak:

  1. Ayam diberihkan dan dibakar selama 10 minit
  2. Kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar.
  3. Dalam mangkuk yang lain, campurkan kacang, cili, kicap manis dan jeruk sehingga sebati.
  4. Selepas itu, masukkan ayam yang dibakar ke dalam ramuan tersebut dan gaulnya.
  5. Akhir sekali letakkan hirisan tomato pada campuran tersebut.

8. Ayam Bersalut Kacang.

Mereka yang gemari kacang badam pasti akan sukakan resepi ini. Ayam bersalut kacang ini bukan sahaja penuh dengan perisa kacang badam tetapi sangat garing.

Bahan-bahan:

Cara masak:

  1. Panaskan oven pada 190C dan tekankan dengan garfu setiap dada ayam tersebut. Taburkan sedikit garam dan masukkan dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
  2. Kisarkan kacang tersebut secara kasar.
  3. Panaskan mentega hingga cair dan hingga menjadi perang. Tambahkan bawang merah dan 1/4 sudu kecil garam.
  4. Sambung panaskan bawang merah hingga ia jadi lembut dan tambahkan kacang dan serbuk roti sehingga menjadi keemasan. Pindahkan pada mangkuk dan tambah hirisan kulit limau dan daun taim.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur, mustard dan lada hitam dan masukkan tepung ada mangkuk ketiga.
  6. Lumurkan ayam pada tepung tadi kemudian telur. Tekankan ramuan kacang pada dada ayam tersebut.
  7. Ulangi langkah nombor 6 hingga semua dada ayam dilumurkan dengan kacang.
  8. Masukkan ke adalam oven yang bersuhu 80C selama 20 hingga 25 minit.
  9. Hidang dengan hirisan limau.

9. Ayam Bakar Kacang Madu

Kredit: khadijahjaafar.blogspot.my

Ayam bakar kacang madu adalah khas bagi mereka yang gemari sesuatu yang manis terhadap ayam mereka. Resepi ini bukan sahaja memberi anda sesuatu yang manis tetapi ia juga akan memberi anda sesuatu yang ranggup.

Bahan-bahan:

Cara masak:

  1. Panaskan oven kepada 190C
  2. Dalam mangkuk, pukul telur dan madu bersama sehingga ia sebati.
  3. Kemudian, campurkan kacang pecan, serbuk roti, garam dan lada hitam dalam mangkuk yang lain.
  4. Celup ayam tersebut dalam ramuan telur dan madu, kemudian salutkan dengan ramuan pecan.
  5. Susun ayam dalam dulang memasak dan sapukan mentega atasnya.
  6. Bakar selama 40 minit atau sehingga ayam tersebut tiada jus lagi.

10. Ayam Kacang Puff

Kredit: hariharimasakmakan.blogspot.my

Resepi yang terakhir kami ingin berkongsi dengan anda ialah resepi puff ayam kacang. Resepi ini antara resepi yang paling mudah dibuat dan sesuai dimakan pada waktu petang sebagai minuman petang.

Bahan-bahan:

Cara masak:

  1. Campur ayam dan kacang almond, letakknya di tepi.
  2. Dalam kuali, campurkan bahan-bahan lain kecuali telur dan tepung sehingga ia mendidih. Kemudian tambahkan tepung sehingga ia bentuk bola yang lincin kelihatan
  3. Tutup api dan bairkannya selama 5 minit. Tambah telur satu demi satu dan pukulnya. Pukul hingga licin dan masukkan ayam dan almond.
  4. Scop 1 sudu kecil ramuan ayam tersebut dalam dulang pembakar dan bakarnya untuk 450C hingga 12-14 minit atau sehingga ia menjadi keemasan
  5. Hidangnya.

 

 

Maka itulah merupakan resepi yang kami ingin berkongsi dengan anda yang mengandungi ayam dan kacang.

Kepada mereka yang alah kepada kacang, jangan risau kami mempunyai resepi ayam yang tidak punyai kacang.

Kepada mereka yang telah cuba membuatnya, kongsikan dengan kami dengan palang #Butterkicap. Kami pun mahu tahu kejayaan anda membuat resepi ini.

print