Sekali pandang, ayam penyet ini tampak biasa-biasa sahaja. Hanya dengan nasi putih, ayam goreng, tempeh goreng, tauhu goreng dan sambal, mengapakah sajian nusantara ini menjadi kegilaan rakyat Malaysia?
Hidangan yang berasal dari Indonesia ini memang lain daripada yang lain kerana ayam goreng rempahnya gurih dan sambalnya pula pasti akan menyengat lidah si pemakan. Pedas sekali manapun sambal nasi ayam penyet, memang payah sekali untuk berhenti dimakan. Kami percaya semua peminat nasi ayam penyet pasti menghadapi situasi yang sama.
Bukan itu sahaja, ayam penyet ini juga bukan sahaja ayam goreng biasa. Ayam penyet kebiasaanya direbus dan diperap terlebih dahulu. Setelah ayam direbus, barulah ayam akan diperap dan digoreng. Proses rebusan akan menghasilkan daging ayam yang lembut dan sebab itulah ayam penyet bukan calang-calang ayam goreng.
1. Waroeng Ayam Penyet
Restoran Indonesia ini merupakan salah satu restoran yang terkenal dalam kalangan peminat ayam penyet. Lebih menarik lagi restoran ini juga menyajikan pelbagai jenis hidangan bertemakan Penyet dan Sup.
Kebanyakan restoran hanya hidang Ayam Penyet, tetapi di Waroeng Penyet and boleh menikmati Empal Penyet, Bawal Penyet, Udang Penyet, Lele Penyet dan paling enak Bakso Penyet. Jika anda mahukan sajian panas, cubalah pesan sajian yang bertemakan sup seperti Sup Bakso.
Nak info lagi?
FB: https://www.facebook.com/waroengpenyetmalaysia
W: http://waroengpenyet.com/
2. Restoran Kak Shila
Jika anda tinggal di sekitar Bangi atau Kajang, anda pasti tahu tentang kewujudan restoran ini kerana penggemar Ayam Penyet pasti akan datang berulang kali untuk menikmati hidangan yang memuaskan.
Testimoni? Sayalah tu! Sepanjang tiga tahun bergelar sebagai pelajar UKM, restoran ini pasti akan saya kunjungi. Bak kata mat saleh, ‘Ayam Penyet on my mind! I cannot!’ . Jika anda penggemar sambal yang sedikit pedas dari biasa, inilah restoran Ayam Penyet untuk anda!
Nak info lagi?
A: NO 20 Pusat Hentian Bas, Jalan Hentian 6, 43000 Kajang, Selangor
3. Restoran Pecel Lele
Eh sekejap! Penduduk Bangi atau sekitar Kajang, jika anda peminat Restoran Kak Shila anda juga pasti tahu tentang restoran Indonesia ini yang berdekatan antara satu sama lain.
Susah hendak saya bicara kedai ayam penyet mana yang paling sedap kerana ‘both in my heart!’ . Percayalah bahawa ayam penyet mereka unik dan tidak boleh dibandingkan. Hati-hati kepada mereka yang tidak boleh tahan sambal pedas kerana jika sekali anda rasa pasti anda terkena!
Untuk mereka yang hidup umpama Hantu Cili, hmm rasa sekali pasti hendak lagi! Harga menu juga berbaloi dan berpatutan. Jadi, usahlah anda bimbang tentang harga kerana Ayam Penyet begitu berharga.
Nak info lagi?
A: No. 2, Jalan Hentian 3, Off Jalan Reko, Selangor, 43000 Kajang
M: +6016 242 2520
4. Restoran Ayam Penyet HJ Simpang 3
Dengar khabar, sekitar kawasan Kajang dan Bangi terdapat banyak restoran yang hidang sajian Ayam Penyet sedap hingga menjilat jari, betulkah? Betul lah itu. Kemungkinan saya bersikap berat sebelah kerana membesar di Bangi tetapi siapa sahaja yang tidak akan mempromosikan makanan yang sedap kepada orang ramai, bukan?
Marilah dan rasai kesedapan ayam penyet yang hanya boleh didapati di Bangi dan Kajang… melainkan restoran tersebut buka cawangan baru berdekatan anda. Dan itu sememangnya lebih bagus bukan?
Nak info lagi?
A: Lot 758-E, Batu 18 3/4, Jalan Reko, Sungai Tangkas, Selangor, 43000 Kajang
M: +6016 274 7582
5. Ayam Penyet De Binjai
Tahukah anda bahawa di Kajang juga ada restoran warisan keluarga yang berasal dari Indonesia yang cukup popular antara penggemar ayam penyet? Tidak lain tidak bukan, cawangan Ayam Penyet De Binjai.
Perkara paling menarik tentang restoran tersebut, mereka tidak menggunakan mesin pengisar untuk menumbuk sambal lada kerana ingin mengekalkan keaslian tekstur, rasa dan bahan asli yang mampu menambat hati ramai. Sebab itulah peminat setia dan selalu kembali untuk merasa keenakan Ayam Penyet asli.
Nak info lagi?
A: B-05, Jalan Jelok 3, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
6. Ayam Penyet Wong Solo
Terkenal dengan sajian tidak lain tidak bukan, Ayam Penyet, Restoran Wong Solo telah berjaya membuka cawangan di Selangor dan salah satu cawangan baru mereka juga berada di Bangi.
Restorang Wong Solo amat terkenal dengan sambal mereka yang mampu membuat anda menangis. Tidak kira di mana cawangan mereka terletak, restorang ini sentiasa diserbu ramai waktu tengah hari.
Apa yang menarik? Selain sayuran segar di atas pinggan, Wong Solo juga menyediakan Sambal Terung untuk menu Ayam Penyet yang popular dalam kalangan mereka sentiasa gemar makanan pedas.
Nak info lagi?
A: Restoran Wong Solo, Bandar Baru Bangi. No. 8-G-1 & 9-G-1, Seksyen 9, Jalan Medan Pusat Bandar 4A. 43650 Bandar Baru Bangi
M: +603 8925 3414
7. Ayam Penyet AP
Sebut sahaja Restoran Ayam Penyet AP, ramai tahu! Mahu mereka tidak tahu tentang restoran yang menyajikan beraneka sajian yang berasal dari Surabaya.
Apa yang menarik tentang restoran ini? Menu Ayam Penyet AP mempunyai 7 tema makanan termasuklah tema Jawa, Bakar, Minang, Sup, Asian, Mee dan Snek. Anda tidak akan jemu dengan pelbagai sajian yang ada kerana semuanya berbeza dan unik cara hidangannya.
Untuk mereka yang malas untuk keluar, Ayam Penyet AP juga menyediakan perkhidmatan secara atas talian untuk penghantaran makan. Mudah bukan? Jadi apa lagi? pesanan anda hanya memerlukan satu klik sahaja dan selebihnya hanyalah keenakan. Untuk mengetahui lokasi mereka dengah lebih lanjut, klik disini.
Nak info lagi?
M: +603 8020 7499
W: http://www.ayampenyet-ap.com/
FB: https://www.facebook.com/AyamPenyetAPI/
E: inquiry@ayampenyet-ap.com
8. Ayam Penyet Best
Ya, betul itu. Seperti nama restoran yang tertera di atas, peminat setia ayam penyet mesti tahu akan Ayam Penyet Best.
Mustahil jika anda tidak pernah dengar langsung kerana restoran ini merupakan kegemaran ramai.Restoran komersial ini menyajikan pelbagai aneka hidangan dan menunya seakan seperti restoran komersial yang lain tetapi rasanya sudah tentu lain dari lain!
Lebih menarik apabila anda dapat membuat pesanan secara online dengan menggunakan aplikasi food panda. Menarik bukan? Untuk mengetahui lokasi Ayam Penyet Best, klik disini.
Nak info lagi?
M: +603-8741 6372
W: http://www.ayampenyetbest.com
FB: https://www.facebook.com/MalaysiaHQ/
E: admin@ayampenyetbest.com
9. Restoran Ayam Penyet Ria
Siapa tidak mahu beriang ria menikmati ayam penyet asli dari Indonesia? Sudah tentu bukan saya atau peminat setia hidangan tersebut. Apa yang menarik tentang ayam penyet yang dihidangkan di restoran ini ada dalam sambal lada mereka.
Sememangnya menepati citarasa mereka yang tahan pedas. Silap hari bulan, anda menangis tidak berlagu kerana… sedap sangat!
Nak info lagi?
A: 6, Jalan PJS 8/2, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
M: +603 5635 0911
Jom Pergi Makan!
Ha… apa lagi? Bawalah rakan seperjuangan cili anda untuk merasai kehangatan sambal ayam penyet di restoran yang tertera di atas. Pasti mereka akan berterima kasih kepada anda kerana membawa mereka pergi ke sana!