Sisa Sifar Di Rumah Bersama Mission Foods

Masalah Pembaziran Makanan

Kadang kala di rumah, makanan yang dimasak tidak mampu untuk dihabiskan oleh seisi keluarga. Lalu, makanan lebihan akan disimpan di peti sejuk. Dalam 2 atau 3 hari, makanan akan dijamah oleh ahli keluarga yang lapar (dan terdesak). Itupun, kalau lah ada orang yang makan. Bagaimana pula jika tidak dimakan orang? Ke tong sampah lah jawabnya. Begitulah al kisah si makanan lebihan.

Inilah permasalahan yang Mission Foods ingin selesaikan. Menurut United Nations Food and Agricultural Organisation, di Malaysia sahaja, terdapat 15,000 tan makanan yang dibuang dalam satu hari. 20% daripada jumlah makanan tersebut masih elok untuk dimakan. Malah, belum disentuh lagi!

Jadi, adakah cara untuk kita selesaikan masalah ini?

 

Pelancaran Kempen #FoldoverYourLeftover

Sempena Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober, Mission Foods telah bergabung kuasa dengan Cef Selebriti Sarah Benjamin di dalam kempen “Foldover Your Leftovers” untuk mengurangkan pembuangan makanan lebihan.

Kempen ini bercita-cita untuk menggalakkan kreativiti dalam kalangan pengguna dalam memberi peluang kedua pada makanan lebihan.

Hasil usaha sama Cef Selebriti Sarah Benjamin dan Mission Foods, terdapat cara untuk pastikan makanan lebihan tidak dibuang begitu sahaja! Cef Sarah telah mencipta 12 resipi kreatif yang melibatkan sajian-sajian lazim dihidangkan di rumah-rumah masyarakat Malaysia. 

Dengan menggunakan roti pita, wrap dan juga naan keluaran Mission, makanan lebihan kelihatan seperti makanan baru.

Antara resepi-resepi yang dipamerkan pada hari pelancaran kempen ialah foldover kari bersama sayuran herba, roti pita satay bersama hummus kacang tanah dan nasi ayam Schezuan bersama halia pedas dan sos daun bawang.

 

Misi Mission

Menurut Randall Tan, Pengurus Jenama untuk Mission Foods South Asia menyatakan bahawa kempen Foldover Your Leftovers ini bertujuan untuk mengurangkan kadar makanan buangan harian di Malaysia.

Oleh itu, beliau menambah, “Melalui kempen ini, kami ingin menunjukkan cara-cara yang mudah untuk menggunakan semula makanan lebihan mengguna produk kami.”

Daripada semua resepi yang disediakan, ternyata penyediaan makanan lebihan tidak semestinya perlu menjadi suatu yang membosankan. Malah, anda boleh memperbaharui cara penyediaan mengikut kreativiti dan citarasa tersendiri.

Seperti yang ditunjukkan oleh Cef Sarah Benjamin, lebihan hummus anda boleh menjadi bahan utama dalam penyediaan resepi roti pita satay ciptaan beliau.

Menjadi kreatif dan mempuyai keterbukaan minda terhadap makanan lebihan mungkin akan memberi jalan kepada hidangan baru yang menarik!” bilang Cef Sarah.

Siapa sahaja sangka kari semalam boleh bertukar menjadi hidangan enak untuk hari seterusnya? Hanya perlu menjadi berani dan kreatif! Itulah konsep yang cuba disampaikan oleh Mission Foods.

 

Buku Resepi Edisi Terhad


Buku resepi edisi terhad yang mengandungi 12 resepi akan mula dipasarkan di pasar raya tertentu bermula dari bulan November. Anda boleh mendapatkan resepi-resepi ciptaan Cef Sarah Benjamin tersebut dengan setiap pembelian dua produk keluaran Mission.

Dengan panduan resepi yang diberi, anda tidak perlu lagi membuang makanan lebihan di dalam peti sejuk anda. Dengan Mission Foods, anda hanya perlu #FoldoverYourLeftovers. Jangan lupa untuk kreatifkan diri anda!

print
Aisya Khairain

Aisyatul is an adventurous eater who eats pretty much anything and everything except for nasi lemak burger. With that said, she is a nasi lemak purist but feel free to change her mind. If she goes missing, she's probably hiding out in a mamak with a plate of maggi goreng and a glass of teh o ais. When she's not busy eating food, she writes about them.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris