Menu Inspirasi dari 10 Filem Terbaik Allahyarham P. Ramlee

P. Ramlee atau nama sebenar beliau, Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih. Allahyarham P. Ramlee lahir pada tarikh 22 Mac 1929 dan beliau merupakan seorang seniman, pengarah filem, penulis, dan komposer lagu pada suatu ketika dahulu. Karya yang berjaya dihasilkan oleh beliau sepanjang hayatnya ialah 401 buah lagu dan 66 buah filem.

Dari situ kita boleh lihat betapa besar jasa beliau dalam mengembangkan industri seni di Malaysia pada waktu itu. Tidak dinafikan bahawa karya ciptaan beliau masih menjadi siulan dan tontonan generasi kini dan kita lebih menghargai karya-karya beliau walaupun telah lebih dari 30 tahun pemergian beliau.

Bakat yang ada pada beliau sebagai pelakon pelbagai watak sama ada pelawak, penjahat, orang baik dan sebagainya. Allahyarham P. Ramlee juga pernah menjadi pengarah dan penerbit filem, dah penyanyi dan penulis lagu yang dihormati. Semua ini telah mengangkat nama beliau ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan Malaysia. Sehingga kini, karya beliau sangat diingati oleh anak seni terutama mereka yang menceburi bidang pembikinan filem sama ada tempatan ataupun antarabangsa.

Setiap karya dan ciptaan beliau adalah sumber ilham beliau sendiri dengan keikhlasan beliau dalam berkarya dan membantu bidang seni dan muzik tanah air berkembang supaya tidak dilupakan oleh semua masyarakat terutama sekali generasi muda walaupun telah terdedah dengan arus permodenan tetapi masih mengekalkan tinggalan yang beliau telah wariskan untuk rujukan dan panduan semua anak seni dalam memajukan lagi industri perfileman dan muzik Malaysia.

Sempena memperingati sambutan hari lahir Allahyarham P. Ramlee pada tanggal 22 Mac, di sini kita senaraikan 10 menu masakan berinspirasikan filem terbaik beliau. Lepas ini boleh lah cuba buat menu ini kat rumah anda. Jadi bertambah sedap pula bila nama menu digabungkan dengan tajuk filem.

 

Kerabu Kerang Masam Masam Manis

Allahyarham P. Ramlee
Kredit: resepinannie.blogspot.my

Resepi ni mudah je kalau nak buat. Menu ini adalah salad Asia yang orang Malaysia panggil kerabu. Gabungan rasa yang masam masam manis sesuai dengan tajuk cerita ni, iaitu Masam Masam Manis. Jalan ceritanya juga memaparkan suka duka kehidupan. Agak-agak kalau rasa nak buat jadi pedas, tambahkan saja cili api atau lada hitam.

Anda boleh gunakan apa-apa ulam kesukaan untuk dicampurkan bersama kerang. Nak jadikan masam masam manis, campuran perahan limau kasturi dan rasa manis daripada kerang.

 

Nujum Pa’ Blalang Goreng Berempah

Allahyarham P. Ramlee
Kredit: broframestone.com

Siapa yang makan belalang tu boleh la try masak berempah. Anda mesti makan dan teringat dekat cerita Nujum Pa’ Blalang. Selalunya orang disebelah pantai Timur Malaysia gemar menjadikan belalang sebagai kudapan. Menu ini agak eksotik kerana belalang sukar diperolehi dan jarang sekali orang makan. Apa kata anda cuba sendiri untuk mengetahui bagaimana rasanya.

Kalau anda nak goreng dengan kunyit pun boleh juga. Variasikan rasa ikut citarasa jika anda ingin mencubanya sendiri di rumah. Cuma cari dulu la belalangnya. heheh. Kebiasaannya di kawasan sawah atau bendang, belalang banyak. Nak mudah, anda cari di sekitar negeri Kelantan, pasti ada peniaga gerai menjual menu ini.

 

Masak Lemak Labu Labi

Allahyarham P. Ramlee
Kredit: resepicheff.blogspot.my

Siapa sini penggemar masak lemak? Jom la try buat masakan ni. Tapi bukanlah letak labi-labi dalam masakan tu nanti. Kalau labu okay lagi kalau nak letak dalam masakan tu. Eksotik sangat kalau nak letak juga dengan labi-labinya sekali seperti labu sentiasa bersama labi dalam filem Labu dan Labi. Jadi lapar tak bila baca ni? Kalau macam tu, apa lagi try la buat di rumah.

Kalau anda jenis yang gemar makan masak pedas, anda boleh masukkan cili padi dalam kadar yang banyak mengikut citarasa anda. Boleh ubah ikut citarasa anda, sama ada mahu buat masak lemak labu sahaja atau dengan apa-apa jenis ikan sekalipun.

 

Ikan Bawal Madu Tiga

Allahyarham P. Ramlee
Kredit: iresipi.com

Dengar nama mesti terkejut ni. Haha. Tiada kaitan pun dengan kahwin 3, cuma rasanya ada tiga variasi iaitu manis, masam, dan pedas. Yela kan nama cerita tu pun Madu 3, yang mengisahkan seorang lelaki yang berpoligami dan mempunyai 3 orang isteri. Menu ni menggabungkan tiga rasa yang berbeza dalam satu rasa yang sama. Sesuai sangatlah dengan cerita ni.

Fuh, dengar nama pun dah mencabar. ini kan pulak anda cuba sendiri masak di rumah. Nak nak kalau ikan yang anda sediakan segar daripada laut, lagilah menambahkan rasa kemanisan dalam masakan ini. Bertambah-tambah nasi bila makan pula waktu panas-panas lagi. Mesti syok!

 

Rendang Ibu Mertuaku

Allahyarham P. Ramlee
Kredit: portalsayur.com

Ibu mertua siapa ni? Jeng jeng jeng. Menu rendang kebiasaannya disajikan oleh mak-mak masa raya kan. Jadi, sesuai sangat kan dengan nama ni. Tapi bukanlah dapat mertua yang macam dalam cerita Ibu Mertuaku. hehe. Tambah-tambah kalau rendang tersebut disertakan dengan ketupat atau lemang.

Kombinasi yang sangat menarik untuk disediakan dan menjadi menu wajib ketika musim perayaan bagi kaum Melayu terutama ketika sambutan hari raya Aidilfitri. Boleh jadikan rendang daging mahupun ayam, kedua-duanya pasti menambat selera anda dan boleh dimakan dengan nasi ataupun pulut. Kalau dapat lemang, lagi lazat lah!

 

Ayam Masak Semerah Padi

Nama gempak kan sebab semerah padi. Fuh mesti pedas juga la kalau letak cili padi banyak-banyak. Warna dan rasanya mesti merah Semerah Padi. Tapi biasanya guna cili kering pun dah terangkat dah rasa dia. Ayam masak merah sama macam kita buat sambal ayam. Ada beza antara dua resepi ni. Bahan yang dicampur ke dalamnya ada penambah dari segi rempah dan bahan tumisannya juga.

Tapi yang pastinya, ayam masak semerah padi kalau disajikan dengan nasi panas mesti lagi sedap ni! Selalunya anda akan jumpa lauk ni kat mana? Mesti kat kenduri kahwin kan.. Menu wajib kalau kenduri kendara masyarakat melayu. Sudah menjadi tradisi mereka untuk menyediakan menu ayam masak merah ini.

 

Puding Getaran Jiwa (Antara Dua Darjat)

Allahyarham P. Ramlee
Kredit: cemilan-rakyat.blogspot.com

Bergetar jiwa bila makan puding. Sebab apa tau? Teksturnya yang lembut pasti enak dimakan sebagai pencuci mulut. Pelbagai perisa anda boleh buat dan mudah dilakukan dirumah atau anda dapatkan sahaja di pasar raya. Kalau nak kepuasan dalam menikmatinya, anda boleh mencuba lakukan sendiri dan lebih menarik kalau anda sediakan bersama ahli keluarga. Buat bersama dan makan bersama.

Dengan mencampurkan pelbagai jenis buah-buahan juga akan membuatkan ia menarik dan lazat untuk dijadikan hidangan pencuci mulut. Kalau dijadikan hidangan untuk disajikan kepada tetamu juga boleh dan anda pastinya akan mengingati salah satu babak dalam cerita Bujang Lapok di mana ia keihatan lucu sekali ketika Sudin ingin mengambil puding yang dihidangkan tetapi dia sedang gementar, habis goyang-goyang puding tu. Kelakar je bila ingat balik babak tu.

 

Kuih Tiga Abdul Berlapis

Allahyarham P. Ramlee
Kredit: wlteef.blogspot.com

Kuih lapis ini kebiasaannya mempunyai dua warna sebagai asas kepada lapisannya. Bagi warna merah jambu dan putih selalunya antara yang menjadi penyeri kuih ini. Lapisan demi lapisan membuatkan kuih ini menjadi pilihan lapisan umur terutama sekali anak kecil. Walaupun pembuatannya agak leceh kerana perlu menunggu satu lapisan masak sebelum lapisan seterusnya diletakkan, ia tetap menawan hati peminat kuih tradisi.

Kuih lapis juga antara kuih yang selalu mendapat permintaan dan dicari-cari oleh semua orang pada bulan Ramadan dan banyak dijual di Bazaar Ramadan. Kuih ini sentiasa anda mencari di gerai Pasar Malam. Kadang-kadang ia dibuat dalam pelbagai warna dan perisa yang berbeza.

Seperti dalam filem Tiga Abdul, Kisah ini menceritakan satu masyarakat yang hidup dalam lapisan masyarakat yang berbeza antara bangsawan dan golongan hamba. Ia mengajar erti kesabaran dan kesan buruk jika kita terburu-buru dalam membuat keputusan. Kuih lapis ini anda patut mencubanya sendiri walaupun pembuatannya agak lama dan perlu kesabaran yang tinggi tau. Sebab kena tunggu lapisan demi lapisan untuk masak dengan sempurna.

Kuih Goyang Pak Maun

Allahyarham P. Ramlee
Kredit: rakanda.my

Kuih goyang ini dikenali dengan nama kuih ros. Ia digelarkan dengan gelaran kuih goyang kerana cara pembuatannya yang perlu menggoyangkan acuannya. Bagi anda yang pernah menonton filem Do Re Mi, anda pasti mengenali Pak Maun dan gelagatnya yang menari ‘twist’ ketika Malam Pesta Muda Mudi. Teringat akan gelagat Pak Maun, anda pasti akan tertawa dengan keletahnya bukan.

Kuih ini biasanya ada ketika musim perayaan dan sangat diminati oleh lapisan masyarakat di Malaysia. Kerangupan kuih ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Walaupun kuih ini tradisional, ia tetap menjadi kegemaran semua orang dan masih dicari-cari oleh generasi kini terutama ketika raya Aidilfitri.

 

Karipap Keluarga 69

Allahyarham P. Ramlee
Kredit: secukuprasa.com

Mesti korang tertanya-tanya kan, apa benda karipap Keluarga 69 pula kan. Sebenarnya, karipap pusing la. Cerita Keluarga 69 mengisahkan keluarga yang tunggang terbalik dengan kerenah masing-masing. Jadi, sama la dengan karipap ni pun berpusing-pusing. Bagi penggemar kuih tradisional melayu, anda mesti akan tercari-cari kuih ini.

Tambah-tambah untuk sarapan pagi atau minum petang. Bak kata orang, kalau tak dapat jadi rindu. Lagi sedap kan kalau anda buat sendiri di rumah, kemudian sejuk bekukan untuk dimakan bersama keluarga. Tentu lebih meriah dan menyelerakan. Kalau makan panas-panas bersama kopi di waktu petang bersama keluarga, ia pasti lebih menyeronokkan dan merapatkan hubungan antara keluarga.

 

 

Semua menu diatas adalah rekaan semata dan anda boleh memvariasikan sendiri ikut citarasa anda. Ada banyak lagi karya Allahyarham P. Ramlee yang boleh kita kenang sehingga kini dan sentiasa menjadi siulan semua orang. Setiap bait-bait lirik lagu juga mempunyai kisah dan nada yang tersendiri yang pastinya memukau setiap pendengar dan pencinta muzik.

Karya teragung beliau kini banyak diabadikan dan disiarkan di kaca televisyen. Ini membuktikan setiap jasa dan pengorbanan beliau sentiasa dikenang oleh semua rakyat Malaysia. Walaupun generasi kini tidak pernah melihat Allahyarham P. Ramlee, mereka masih mengetahui dan menghafal setiap babak yang ada dalam filem-filem dia.

Malahan setiap lagu yang diciptanya juga digemari setiap lapisan generasi dan masih ada yang mendengar tanpa jemu. Akhir kata, Allahyarham P. Ramlee tetap dalam kenangan semua rakyat Malaysia. Selamat ulang tahun, P. Ramlee!

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

 

Terasa rindu? Mari kita akhirkan artikel ini dengan keratan-keratan adegan lawak dari filem Allahyarham P. Ramlee:

print
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.