Koleksi Ramadhan #PuasaFails Diwarisi Turun-Temurun

Kredit: mylovelylittlelunchbox.com

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dinanti-nantikan ataupun bulan yang paling ditakuti oleh sesetengah pihak khususnya kanak-kanak yang baru hendak belajar mula berpuasa. Mana tidaknya, bulan berpuasa tidak membenarkan sesiapa untuk makan ataupun minum sepanjang hari. Bagi seorang kanak-kanak kecil, hal itu sesuatu yang menggerunkan bagi mereka kerana pada pendapat mereka, siapa yang boleh bertahan lapar sepanjang hari, khususnya apabila ada makanan yang terhidang di depan mata,

Bercakap tentang kanak-kanak yang mula bertatih belajar berpuasa pasti mempunyai pelbagai ragam dan taktik untuk melarikan diri daripada berpuasa ataupun cuba untuk menyembunyikan hakikat mereka tidak berpuasa di hadapan ibu bapa mereka. Semua teknik-teknik dan helah ini adalah sama di setiap generasi dan tiada kelainan sekalipun (Mungkin taktik lari dari berpuasa ini sedia ada dalam gen rakyat Malaysia, mungkin). Jadi, Butterkicap menyediakan koleksi 7 Puasa Fail yang anda pasti pernah lihat atau gunakan untuk lari daripada berpuasa. Jangan nak berlakon tak tahu sebab kami akan ingatkan anda kembali nostalgia bulan puasa anda.

 

Puasa Fail #1 – Terkentut? Boleh Makan!

Kredit: imgur.com

Ini salah satu taktik lari daripada puasa yang berlaku akibat daripada salah faham atau ajaran ‘sesat’ daripada rakan-rakan yang sudah otai ataupun berpengalaman dalam bab lari daripada berpuasa. Sepertimana kentut membatalkan solat, begitu jugalah kentut dapat membatalkan puasa. Hal ini sesuatu yang agak melucukan kerana terdapat adik-adik di luar sana yang bersungguh-sungguh percayakan hal ini sehingga sanggup tahan kentut seharian. Ingat ya, adik, kentut tak membatalkan puasa. Kalau saja-saja buat diri adik terkentut, itu salah lah ya.

 

Puasa Fail #2- Puasa Sekerat Jalan

Kredit: medicaldaily.com

Ini bukanlah suatu taktik untuk lari puasa. Sebaliknya, ramai ibu bapa yang mahu mengajar anak-anak mereka berpuasa secara berperingkat akan menggunakan teknik ‘puasa yang yok’ atau puasa setengah hari untuk membiasakan diri anak-anak dalam keadaan berpuasa. Kaedah ini dilihat agak berkesan untuk melatih anak-anak yang masih kecil. Jangan pula, anak-anak pandai memijak kepala dan menggabungkan taktik-taktik tak nak puasa yang lain dengan anda sehingga asyik berpuasa separuh hari sehingga usia lanjut.

 

Puasa Fail #3- Minum Air Paip Tak Batal!

Kredit: imgur.com

Ini juga satu taktik yang banyak diguna pakai oleh pelajar sekolah lelaki baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Menurut logik yang mereka pakai, minum air paip tidak salah kerana air tersebut bukan air masak, jadi tidak dikira sebagai makanan. Bagi mereka istilah makanan yang boleh membatalkan puasa ialah makanan yang dimasak. Sebab itulah budak-budak lelaki masih aktif bermain bola dan sebagainya walaupun pada waktu puasa!

Sebenarnya, adik, air yang dimasak atau tidak masak masih dianggap sebagai air dan boleh dibatalkan puasa. Jangan nak mengelat dan mengular daripada puasa, ya.

 

Puasa Fail #4- Rendam Dalam Kolah

Kredit: tumblr.com

Spesies yang menggunakan alasan berendam dalam air kolah atau kolam adalah lebih kurang sama dengan spesies yang mengelat dengan memberikan alasan minum air paip tidak membatalkan puasa juga. Bezanya, berendam dalam air kolam ataupun kolah dikatakan tidak membatalkan puasa (Ya….berenang tidak membatalkan puasa. Sila semak dengan ustaz yang bertauliah kalau nak pengesahan). Namun begitu, sukar untuk percaya budak-budak yang berendam di dalam kolam tidak akan menyelam dan curi-curi minum air di dalam kolam itu. Maklumlah, budak-budak banyak akalnya. Jadi, ibu bapa yang membawa anak-anak berenang semasa bulan puasa, kalau anak-anak anda macam malas nak keluar kolam dan asyik menyelam, ketahuilah anak anda sememangnya betul-betul mengikut peribahasa Melayu, “Sambil menyelam, minum air.”

P/S: Jangan anda pun tumpang sekali selam dan minum pula ya!

 

Puasa Fail #5 – Pusat Rongga Badan?

Kredit: terrafemina.com

Kanak-kanak memang mempunyai jiwa yang suci dan lurus bendul. Mereka akan percaya segala yang kita beritahu kepada mereka dan benar-benar mengikuti segala yang diberitahu. Memang melucukan apabila sesetengah perkara yang mereka fahami seperti mengorek pusat boleh menyebabkan puasa mereka terbatal. Sepertimana kes yang menganggap kentut itu boleh membatalkan puasa, ada juga yang menganggap pusat sebagai sebahagian daripada rongga badan dan boleh membatalkan puasa jika dikorek. Ibu bapa sila ambil peranan dan jelaskanlah kepada anak-anak anda bahawa mengorek pusat tidak membatalkan puasa malah digalakkan sebagai sebahagian daripada amalan kebersihan diri.

 

Puasa Fail #6 – Alamak Terlupalah!

Kredit: Pinterest,com

Kanak-kanak yang baru mula belajar puasa, ada kalanya, tidak akan teringat bahawa mereka sedang berpuasa. Janji perut terasa lapar, mereka akan terus berlari ke peti sejuk mencari makanan atau jajan (snek) untuk mengisi perut, baik semasa bulan Ramadhan atau bukan bulan Ramadhan. Jadi, janganlah marah-marah jika mereka terlupa dan anda menjumpai mereka dengan mulut yang comot. Minta mereka cuba lagi pada hari seterusnya. TETAPI, jika anak anda sudahpun dewasa atau menginjak usia remaja, janganlah bermanja-manja dan potonglah bajet raya mereka jika mendapati mereka tidak berpuasa atas sebab-sebab yang munasabah lagi diterima akal.

 

Puasa Fail #7- Tak Tahan Makan….

Kredit: filing.pl

Berpuasa di negara seperti Malaysia yang terletak di kawasan beriklim panas dan lembap sepanjang tahun adalah satu cabaran yang tinggi buat kanak-kanak. Cuaca yang panas dan kekurangan air akan membuatkan bukan sahaja mereka malah ibu bapa mereka juga tidak bermaya. Oleh sebab rasa tidak bermaya itu, mereka memikirkan cara untuk kembali bertenaga adalah dengan makan. Jadi, jika anak anda merengek untuk makan. Jangan cepat mengalah sehingga mereka kelihatan benar-benar tidak bermaya dan lapar.

 

Jadi, itulah keletah anak-anak yang sering dilihat berlaku semasa bulan Ramadhan. Anda jangan terlupa pula yang anda juga anda bersifat keanak-anakan seperti ini juga. Jadi, jika ada teknik mengelat puasa lain yang kami tidak senaraikan, silalah komen dan kongsikan pengalaman anda.

 

Artikel Lain:

6 Phases to Watch Out for When You’re in the Kitchen With an Asian Aunty

10 Malay Idioms That are Deliciously Related to Food

10 Pickup-Line “Tangkap Cintan”- Bila Kaki Makan Jatuh Cinta

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.