9 Minuman Menyejukkan Badan Akibat Panas Daging

kredit: healthyliving.hub.net

Cuaca panas terik di Semenanjung Malaysia sememangnya sesuatu yang normal tetapi acapkali kita dapat rasakan kepanasan yang melampau. Bukan setakat itu sahaja, panas di luar rumah dan panas di dalam rumah seakan sama biarpun kipas terbuka. Lebih parah lagi apabila kipas sudah di aras maksimum namun bahang matahari masih terasa. Anda juga seringkali dinasihatkan oleh pakar untuk minum air lebih supaya dapat mengelakkan dehidrasi.

Kombinasi Maut Cuaca dan Daging

Tetapi, bagaimana pula harus anda menyejukkan badan jika bergelen-gelen air sudah diminum tetapi panas masih terasa? Apatah lagi dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang, badan anda akan menjadi semakin panas akibat sajian daging yang pelbagai anda akan nikmati tanpa henti.

Hendak pergi ke kedai tetapi disebabkan bahang yang dahsyat,  anda tersungkur tewas di dalam rumah.

Usah bimbang, di sini kami menyenaraikan 9 minuman yang dapat menewaskan haba-haba jahat tatkala matahari meliar seperti biasa dan membuatkan suhu badan anda kekal terkawal agar bolehlah anda menikmati lebih banyak sajian daging nanti.

 

1. Soda Lemon Pudina

kredit: inanihazwani.com

Bahan-Bahan

  • 1 tin laici
  • 1 botol besar krim soda
  • 1 biji lemon, dihiris nipis
  • 2 batang serai, dititik
  • 4 biji asam boi putih
  • 6 helai daun pudina
  • ketulan ais secukupnya

 

Cara-Cara

  1. Cuci daun pudina, serai dan lemon hingga bersih.
  2. Buka tin laici. Tapis air gula dan ketepikan buah laici tersebut.
  3. Dengan menggunakan pisau, hiris lemon nipis-nipis.
  4. Masukkan lemon yang telah dihiris, daun pudina, serai, asam boi putih dan buah laici ke dalam bekas air.
  5. Kemudian, tuangkan air krim soda dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan ketulan ais secukupnya dan sedia dihidang.

 

2. Teh Pudina Lemon Madu

Kredit: ritadrinks.asia

Bahan-Bahan

  • 1 biji lemon segar
  • Segenggam daun pudina
  • 4 sudu besar madu
  • 2 uncang teh
  • 500 ml air panas
  • 800 ml air
  • Ais kiub secukupnya

 

Cara-Cara

  1. Rendam uncang teh di dalam air panas. Biarkan selama 30 minit.
  2. Masukkan daun pudina dan madu ke dalam bekas berisi teh. Kacau rata dan keluarkan uncang teh.
  3. Masukkan airteh yang sudah direndam selama 30 minit tadi ke dalam air dan kacau rata.
  4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau. Seterusnya, masukkan kiub ais secukupnya.
  5. Sebagai hiasan, anda boleh meletakkan hirisan lemon dan sedikit daun pudina.

 

 

3. Lai Chee Kang

kredit: foodcanon.com

Bahan-Bahan

  • 400ml air panas
  • 6 ketul gula kundur
  • 8 biji kembang semangkuk
  • 4 sudu barli siap direbus
  • 3 biji getah anggur
  • 3 sudu cincau, siap dihiris
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 1 tin longan

Cara-Cara

  1. Rendamkan kembang semangkuk, gula melaka, gula kundur dan getah anggur di dalam air panas.
  2. Buka tin longan dan tapis keluar air gula. Ketepikan buah longan.
  3. Gabungkan semua bahan di atas dalam bekas air.
  4. Masukkan ais apabila mahu menghidang.

 

4. Air Kelapa Muda Gula Melaka

kredit: nutrimentdiet.com

Bahan-Bahan

  • 2 biji kelapa muda
  • 500g Isi kelapa muda, diparut
  • 200ml air
  • 2 helai daun pandan segar, disimpul
  • 3 sudu besar gula melaka
  • 2 sudu besar gula
  • Kiub ais secukupnya

 

Cara-Cara

  1. Masukkan gula pasir, gula melaka dan simpulan daun pandan ke dalam periuk. Masukkan air dan panaskan atas api sederhana besar. Biar semua bahan larut. Padamkan api dan ketepikan untuk cecair menyejuk.
  2. Pecahkan kelapa dan masukkan air kelapa ke dalam jag. Kaut isi kelapa di dalam tempurung kelapa dan masukkan ke dalam jag.
  3. Masukkan 3 sudu besar air gula yang sudah disediakan tadi. Letak kiub ais secukupnya dan hidangkan.

 

 

5. Air Barli

kredit: tuetego.net

Bahan-Bahan

  • 1/2 cawan barli
  • 1 ketul gula batu
  • 500ml air
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 2 sudu besar gula

Cara-Cara

  1. Cuci bersih dan toskan barli. Ketepikan.
  2. Masukkan barli dalam periuk bersama air dan daun pandan. Letakkan periuk atas api sederhana besar dan rebus hingga barli kembang.
  3. Keluarkan 2 sudip barli yang sudah dimasak kembang dan kisar halus dalam pengisar.
  4. Kemudian masukkan semula barli yang dikisar seketika tadi ke dalam periuk dan rebus selama 3 minit.
  5. Masukkan gula batu dan biarkan hingga gula batu larut. Jika kurang rasa manis, tambahkan 2 sudu besar gula atau mengikut citarasa anda.
  6. Minuman ini boleh dihidang panas atau sejuk.

 

 

6. Jus Tembikai

Bahan-Bahan

  • 4 cawan air, disejukkan dalam peti sejuk
  • 6 cawan tembikai, dipotong dadu, dibuang biji dan disimpan dalam peti sejuk
  • 3/4 cawan jus lemon segar, disejukkan dalam peti sejuk
  • 1/2 cawan gula
  • 5 helai daun pudina
  • kiub ais

 

Cara-Cara

  1. Potong isi tmbikai dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  2. Apabila tembikai sudah sejuk, masukkan dalam mesin pengisar. Kisar selama 3 minit sehingga isi buah tembikai menjadi puri.
  3. Dengan menggunakan penapis, tapiskan puri tembikai untuk dapatkan jus.
  4. Masukkan air air, jus lemon dan gula ke dalam jag. Kacau sehingga larut. Kemudian masukkan jus tembikai.
  5. Masukkan kiub ais secukupnya dan hidangkan bersama daun pudina di atas sebagai hiasan.

 

 

6. Lai Chee Kang Bunga Kekwa

kredit: flickr.com

Bahan-Bahan

  • 2 kotak teh bunga kekwa
  • 1 tin buah laici
  • 1/2 cawan kembang semangkuk
  • 1 cawan cincau, dihiris
  • 1 tin buahan koktel
  • 1/2 cawan biji selasih
  • Kiub ais

 

  1. Dalam satu mangkuk, rendam biji selasih selama 30 minit atau sehingga kembang.
  2. Dalam mangkuk berasingan, rendam bunga kembang semangkuk selama 1 jam atau sehingga kembang penuh.
  3. Tapiskan laici dan buah koktel lalu ketepikan.
  4. Masukkan biji selasih dan bunga kembang semangkuk yang sudah kembang ke dalam jag.
  5. Masukkan laici, cincau manis dan buah-buahan koktel ke dalam jag.
  6. Masukkan teh krisantimum dan kacau rata.
  7. Masukkan kiub ais secukupnya apabila ingin dihidang.

 

 

7. Teh Kundur

Kredit: chinasichuanfood.com

Bahan-Bahan

  • 500g buah kundur,dibuang kulit, biji dan dipotong dadu
  • 150g gula melaka, dihiris
  • 50 gram gula batu
  • Kiub ais secukupnya

 

Cara-Cara

  1. Cuci buah kundur sehingga bersih. Kupas kulit dan potong buah kundur dalam bentuk dadu.
  2. Masukkan potongan buah kundur dalam periuk dan tabur hirisan gula melaka. Menggunakan sudu, kacau campuran tersebut hingga rata dan biarkan selama 1 jam.
  3. Atas api sederhana besar, masukkan gula batu dalam kuali tersebut dan biarkan sehingga larut dan mendidih.
  4. Kecilkan api untuk elak wap air tidak terkeluar dan tutup kuali rapat dengan penutup kuali. Biarkan buah kundur masak selama 1 jam 30 minit atau 2 jam dengan api kecil.
  5. Untuk mengetahui sama ada buah kundur sudah masak, buah kelihatan lutsinar.
  6. Setelah masak, tapis buah kundur untuk dapatkan jus.
  7. Untuk menghidang, campur 1 cawan teh kundur dan 3 cawan air. Boleh tambahkan ais, jika mahu.

 

 

8. Jus Timun Jepun

kredit: organicfacts.net

Bahan-Bahan

  • 2 batang timun Jepun
  • 2 sudu besar gula
  • 1 gelas air
  • 3 helai daun pudina segar
  • kiub ais secukupnya

 

Cara-Cara

  1. Basuh timun sehingga bersih dan kupas kulit timun Jepun.
  2. Potong dadu timun. Kemudian, kisar bersama air, gula dan kiub ais.
  3. Kisar kesemua bahan hingga halus.
  4. Untuk menghidang, tuang da jus ke dalam gelas. Tambah daun pudina segar sebagai hiasan.

 

 

9. Jus Tomato & Tembikai Susu

kredit: organicfacts.net

Bahan-Bahan

  • 1 biji tomato, dihiris nipis
  • 200g isi tembikai susu, dipotong dadu
  • 100g susu berkrim
  • 1 sudu besar madu
  • 5 helai daun pudina segar
  • Kiub ais secukupnya

 

Cara-Cara

  1. Masukkan potongan tomato, tembikai susu dan madu ke dalam mesin pengisar. Kisar kesemua bahan.
  2. Tuang jus yang sudah dikisar sebentar tadi ke dalam gelas.
  3. Masukkan kiub ais dan hias dengan daun pudina segar.

 

 

Cepat Hilangkan Dahaga

Menarik bukan 9 resepi minuman di atas? Anda juga boleh mencuba resepi tersebut sendiri untuk menghilangkan dahaga dan yang lebih penting untuk menurunkan suhu badan ketika hari panas. Jangan lupa untuk minum air masak secukupnya dan pastikan badan anda tidak mengalami dehidrasi.

Akhir kata, jangan lupa untuk tangkap gambar air buatan anda dan letak #butterkicap untuk berpeluang mendapatkan gambar masakan anda dipaparkan ke laman web kami.

print
Sabrina Amran

Sabrina Amran, a precarious girl in her 20s who loves anything that screams ‘food!’ . She is convinced that food-romance is real and the only form of true love on planet earth. From day one, she knows she’ll find true love if she follows her passion, which is none other than eating! From Curry to Coffee to Cinnamon Rolls, she consumes almost everything edible but not everything la (obviously!). This is Sabrina, a girl in her 20s, she is most definitely ready to explore the world of cuisine and more with her audacity.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.